Amanah Saham Hartanah – Saham KPJ & Al-Aqar REIT

By | December 21, 2010

I try to cerita-semula artikel pasal Amanah Saham Hartanah yang lalu pasal KPJ & Al-Aqar REIT, apa kebendenya kaitan dua-dua saham ni? Seperti yg anda tahu, KPJ ni syarikat tersenarai di Bursa yang terlibat dengan industri kesihatan melalui rangkaian hospital swastanya. Antara yang famous mungkin Hospital Ampang Puteri.

Al-Aqar REIT pula adalah amanah saham hartanah yang ditubuhkan sebagai pengurus hartanah hampir untuk kesemua hospital KPJ. Jika sebelum ini semua hospital KPJ adalah milik mutlaknya, selepas tertubuhnya Al-Aqar REIT, hospital yang di-inject ke dalam REIT tersebut kini diuruskan oleh pihak pengurusan yang lain. KPJ pula sewa hospital-hopsital tersebut daripada Al-Aqar REIT untuk terus beroperasi.

Ni sama macam kita dah beli rumah sendiri (macam KPJ ada hospital sendiri sebelum ada REIT Al-Aqar) tapi kita jual rumah yang kita duduk tu kepada orang lain (iaitu Syarikat Al-Aqar). Walaupun rumah kita tu dah dijual kepada orang lain, kita masih nak duduk situ lagi, so bayar la sewa bulanan kepada pemilik baru; dalam hal ini KPJ bayar sewa bulanan kepada Al-Aqar REITs.

So far so good?

Sebab kita dah ada cash hasil jualan rumah kita tadi, duit tu boleh la digunakan untuk membayar hutang-hutang lapuk kita; hutang kad kredit ka, hutang pinjaman peribadi ka or hutang ar-rahnu.

Dalam kes KPJ, lepas dia jual hospital miliknya kepada Al-Aqar, dia gunakan lebihan wang (iaitu harga jualan tolak pinjaman hartanah jika ada) untuk membayar hutang-hutang yang lalu. Hasilnya, nisbah hutang KPJ (D/E ratio) jatuh daripada 0.87 kepada 0.77; dan sekarang target nak kurangkan kepada 0.46 selepas 3 lagi hospitalnya dijual kepada Al-Aqar.

Bukan senang nak kurangkan by half dalam masa kurang 5 tahun kalau hanya bergantung kepada keuntungan operasi hospital semata-mata.

Dah la tak payah bayar mortgage hospital miliknya, lebihan duit yang ada boleh digunakan untuk benda lain; macam lunaskan hutang lapuk, bayar bonus pekerja, bayar dividen kepada pemegang saham or simpan je duit tu untuk declare sebagai keuntungan.

In fact, keuntungan KPJ naik mendadak sejak hospitalnya dijual kepada Al-Aqar; untung 15 sen sesaham sebelum ada Al-Aqar kepada untung 33 sen sesaham selepas hospitalnya dijual kepada Al-Aqar. Justeru, saham KPJ juga naik mendadak; daripada RM1.50 sebelum REITs kepada sekitar RM3.00 selepas REIT dalam masa kurang 2 tahun.

So far ok?

Kalau dah ok, maybe u boleh try baca lagi artikel pasal Politik Amanah Saham Hartanah. Then you see my point kenapa invest dalam syarikat yang jual REIT jauh lebih untung daripada melabur dalam REIT tu sendiri (REIT pun untung jugak).

11 thoughts on “Amanah Saham Hartanah – Saham KPJ & Al-Aqar REIT

  1. sue

    Then you see my point kenapa invest dalam syarikat yang jual REIT jauh lebih untung daripada melabur dalam REIT tu sendiri–> dalam hal ni syarikat yg jual REIT adalah????????????? KPJ kah??? atau al-aqar??? izinkan saya berguling2 sebentar. Hahaa..
    sue´s menulis tentang ..Cara letak LinkWithin untuk blogspotMy Profile

    Reply
    1. sue

      setelah membaca 2-3-4 kali kedua2 artikel mengikut pemahaman saya syarikat yang jual REIT adalah KPJ. Betulkan kalau sy salah.
      Artikel Politiak Amanah Saham Hartanah tu banyak point yang penting rupanya. Baru perasan… Or may be sebab baru paham. Hahaaa..
      sue´s menulis tentang ..Cara letak LinkWithin untuk blogspotMy Profile

      Reply
      1. Mommy Lyna Post author

        KPJ jual hartanahnya (in this case hospital) kepada Al-Aqar. Yg jual REIT kepada orang umum tu orang Al-Aqar, bukan KPJ. KPJ tak peduli sapa pun nak jadi pemilik AL-Aqar asalkan pemilik tersebut sanggup sewakan hospital yang baru dijual sebelum ini.

        Reply
  2. june

    jazakillahu khairan! arigato gozaimasu!! sankyu! tengkiu! dgn contoh beli rumah sendiri – jual- duduk & bayar sewa.. baru saya NAMPAK dan FAHAM erti REIT & AHB.. tapi rasanya org mcm saya akan beli AHB.. instead of saham company yg me-REIT-kan asetnya.. sebab masalah buta saham! *tunggu mommylina bukak kelas saham 😉
    june´s menulis tentang ..my eldest is 9 today!My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge