Aku Bukan Superman Supermom

By | August 13, 2010

Segan gile bila jumpa member2 yang memberi jolokan “Supermom” kepada saya. Mentang-mentangla blogku bernama ‘My Super Kids’ ia tidak menjadikan maknya super. Rasa macam kena perli aje, muahahaha. Tolonglah jangan perli saya.

Beberapa teman ada bertanya dan wonder, saya ni tak penat ke. Siang keje, malam pun keje jugak. Weekend pun keje. Gila kerja ke apa? Takde maid pulak tu. Kesian anak-anak…

Saya rasa saya belum cukup gila kerana ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang lebih ‘gila’ dari saya. Pada masa yang sama mereka berjaya mengasuh anak-anak, hingga kecik2 dah pandai ngaji pandai baca pandai beradap sopan.

Kata Lucille Ball “If you want something done, ask a busy person to do it”.

Kan?

Macam ibu kepada Darwish & Darwisya, ramai yang ingat beliau surirumah, saya pun.. sampaila saya berutus email dengan beliau dan beliau rupanya seorang businesswoman yang sering berada di luar rumah. Puan Farah Farhan pemilik Sarakids ada-ada je aktiviti dengan anak-anaknya. Teman saya ada dua tiga orang, busy wokring mommies, yang berjaya mempraktikkan pembelajaran di rumah dan memiliki anak2 yang pintar membaca seawal usia 2 tahun.

Punca kejayaan mereka ialah mereka bukan mencari alasan sebaliknya mencari jalan untuk berjaya. Yang ramai antara kita2 ni, sibuk cari alasan. Itu tak boleh buat, ini tak boleh buat. Orang dah naik ke bulan, kita masih menguis tanah.

Saya berusaha menjadi ibu yang baik kepada anak-anak saya, provider yang baik kepada customer2 saya, pekerja yang baik kepada bos saya, isteri yang baik kepada suami saya, hamba yang baik kepada Tuhan saya… walaupun ada ketikanya saya tergelincir. Contohnya sekarang ni. Saya dah beberapa hari tak bukak PC gara2 kelesuan. Lesu awal kehamilan dan lesu berpuasa mungkin.

Sejak 3-4 minggu ni saya dah tak mampu nak berjaga malam. Dah hilang energy sebelum ni. Mungkin sebab awal2 hamil ni. Jika sebelum ni tidur jam 2 pagi adalah rutin, sekarang dah tak boleh. Saya terpaksa tangguhkan kerja sebab terlalu lesu. Baby nak Mommy rehat agaknya 🙂

Menyentuh soal berjaga malam, ada juga kawan bertanya, tak penat ke? Memanglah penat, sebab itulah saya bersungguh ambil supplement. Itu adalah salah salah satu usaha saya di samping doa yang tak putus2 supaya Allah kurniakan tenaga, momentum dan keinginan untuk terus berusaha. Kita kena ingat setiap ilham kita adalah dari-Nya. Kalau kita tak ingat Dia dan tak minta dari Dia, Dia bleh je tutupkan hati kita terus. Macam ada orang yang malas nak mampus, tak reti2 nak berusaha. Kita pun jadi pelik apa jenis manusia macam ni. Tapi dah pintu berusaha di hatinya tak terbuka, mungkin sebab malas nak berdoa ke, malas solat ke….

Kadang2 kita rasa susah hati, dah usaha tapi tak jugak berjaya. Dah kerja elok2 tapi dapat juga rating teruk. Dah cuba nak jual tapi tak terjual2. Salah satu sebabnya mungkin kita lupa nak bersyukur. Kerana Allah dah berjanji mana2 hamba-Nya yang bersyukur, Dia akan menambah nikmat kepada orang tu. Gaji kecik, kita complaint. Hari2 bengang je. Tapi gaji tak naik2 pun. Ada orang happy saja walaupun gaji kecik. Bila dia bersyukur Allah tambah nikmat kepadanya. Mungkin bukan naik gaji tapi nikmat hati yang tenang, jiwa yang lapang, keluarga bahagia…

Saya pun tak tahu apa yang saya merapu ni.

Ohhh tadi sebenarnya nak share tentang saya yang still ada energy walaupun tak cukup tidur. Sebenarnya jangan amalkan tak cukup tidur ni, memang tak bagus untuk kesihatan. Tapi kalau tak cukup tidur buat benda berfaedah takde salahnya. Kalau tak cukup tidur wat benda lagho sendiri mau ingat.

Dulu saya memang kaki tidur. Saya ada hypotenion menyebabkan saya mudah pitam. Asyik pengsan aje. Tapi sejak saya ambil vitamin secara konsisten lebih 3 tahun lalu, alhamdulillah hypotension tak ketara. Walaupun tekanan darah saya yang normal  90/60 je tapi saya dah tak pitam2. Even masa mengandung pun alhamdulilah tak ada masalah.

Ramai yang tak tahu fungsi supplement atau vitamin. Ramai yang sangka ia seperti ubat, dah sakit baru makan. Tidak, sebab ia adalah preventive tool. Ubat datang setelah datangnya penyakit, kalau tak sakit kita tak boleh makan ubat. Tapi supplement datang sebelum tibanya sakit.

Saya memang perlukan supplement sebab saya suka makanan rapu, terdedah pula pada pencemaran udara. Kadang2 rasa penat, mengantuk, lesu tak pasal2 hanyalah kerana sebab2 di atas. Bila banyak ambik makanan rapu dan fast food, terdedah kepada pencemaran, sel2 badan kita berubah bentuk, jadi tak cantik. Kalau dibiarkan lama2 boleh datang macam2 penyakit. Badan pun mudah penat dan lesu kerana oksigen tak sampai ke seluruh sel, especially yang dah berubah DNA tu.

Jadi untuk menghindarkan diri dari benda2 tu kita perlukan supplement. orang zaman dulu/orang asli tak makan supplement takpe sebab diorang kurang terdedah pada pencemaran, tak makan fastfood, sayur ke, meat poultry bukan jenis yang kena cucuk2.

Saya ambil supplement bukan sebab fanatik,tapi dah rasa perubahannya. Kalau dulu saya memang tak boleh berjaga malam, esoknya 2-3 hari flatlah jawabnya.

so inilah jawapan kepada yang tercari2 solution untuk mengatasi rasa penat melampau. Ambillah supplement, sebab rakan2 saya yang mencuba  kebanyakannya memberi respon mereka rasa lebih bertenaga.

Kalau nak cuba vitamin untuk atasi kelesuan, boleh hubungi saya di sauberlina[at]gmail.com.

Happy weekends!

3 thoughts on “Aku Bukan Superman Supermom

  1. faznfaz

    wah!!!! mak darwisya ada blog rupanya…. thanks for sharing…. dengar darwisya hafal surah muhammad terus speechless mulut ternganga!!!!
    .-= faznfaz´s last blog ..Salam Ramadhan =-.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge