Cara Bayar Zakat Online

by admin on August 14, 2010 · 10 comments

Sekarang bayar zakat dah mudah, tak payah ke masjid atau pusat zakat atau kaunter.. tak payah beratur di bank atau pejabat pos…

Hanya di hujung jari je. Apa jenis zakat boleh bayar via online.

Cara bayar Zakat melalui Maybank2U.

  1. Log masuk ke M2U.
  2. Klik pada “Bill Payment”.
  3. Klik “Make a One-Off Payment”.
  4. Pilih Zakat & Charity, kemudian klik “Continue”.
  5. Pilih Perbadanan pilihan anda untuk membayar zakat, kemudian klik “Teruskan”.
  6. Masukkan Jumlah yang anda akan bayar, Nombor Telefon dan Jenis zakat. Kemudian kunci dalam TAC. Klik “Confirm”.
  7. Halaman status bayaran akan muncul. Klik “print” untuk rujukan di masa mendatang.

Zakat adalah berbeza dengan sedekah, kerana zakat termasuk dalam perkara2 wajib, senangkan sedekah tidak. Ada beberapa golongan yang layak menerima zakat termasuk:

1.   Fakir, orang yang pendapatannya kurang daripada lima puluh peratus keperluan hariannya, seperti dia memerlukan RM. 50 tetapi pendapatannya hanya RM. 24 dan kebawah.

2.   Miskin, orang yang pendapatannya lima puluh peratus dan keatas daripada keperluan hariannya tetapi tidak sampai seratus peratus, seperti dia memerlukan RM. 50 tetapi pendapatannya hanya RM. 25 dan keatas serta tidak mencapai RM. 50.

3.   Amil ialah orang yang disuruh (dilantik) oleh raja (pemerintah) untuk menggendalikan zakat dengan syarat dia adalah islam, merdeka, mukalaf, lelaki, adil, mendengar dan melihat.

Termasuk dalam kata amil ialah:

* Orang yang memungut zakat.
* Orang yang mengira, menyukat, menimbang zakat.
* Orang yang menghimpunkan nama-nama mustahikkin.
* Kerani zakat.
* Orang yang membahagikan kepada mustahikkin.

Mereka ini diberikan zakat kadar upah yang sepatut dengan pekerjaan mereka itu.

4.   Mualaf ialah orang yang dijinakkan hatinya, mereka ada lima jenis:

* Orang kafir yang baharu masuk islam dan lemah imannya.
* Orang kafir yang masuk islam yang kuat imannya tetapi dia mulia dikalangan kaumnya, diberikan zakat kepadanya supaya masuk islam kaumnya.
* Segala orang islam yang menjaga sempadan negara kerana menjaga orang islam yang lain dari kejahatan kafir dan penderhaka yang hampir keduanya dengan sempadan negara. Diberikan zakat kepada mereka supaya berjinak hati mereka dengan pekerjaan mereka itu.
* Orang islam yang boleh mengambil zakat daripada mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat dan menghantar zakat itu kepada pemerintah dan orang yang menakutkan orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat supaya menghantar zakat pada pemerintah. Di beri zakat kepada mereka itu supaya berjinak hati mereka dengan pekerjaan mereka itu.
* Orang yang mengambil zakat dari kaum yang sukar amil (orang yang memungut zakat) sampai kepada kaum itu, sekalipun kaum itu bukan orang yang menegah zakat. Orang ini tidak diberikan zakat dari habuan amil tetapi habuan mualaf kerana mereka tidak dilantik oleh pemerintah untuk memungut zakat. Amil hanya boleh dilantik oleh pemerintah.

5.  Hamba mukatab ialah seorang hamba yang dijanjikan merdeka dengan syarat membuat pembayaran kepada tuannya, diberikan zakat dengan syarat sah akad kitabahnya (akad merdeka dengan pembayaran).

Di bawah ini syarat sah akad kitabah:

* Harga hendaklah diketahui.

* Pembayaran mestilah sekurang-kurang dua kali. Tidak sah akad kitabah dengan sekali bayar.

Zakat yang diberi kepada hamba mukatab hanya sekadar pembayaran yang melepaskannya daripada kehambaan.

Sekiranya hamba itu telah membayar dengan harta yang lain daripada harta zakat atau hamba itu tidak berkemampuan membayar dan tidak berlaku kemerdekaan maka wajib dia memulangkan semula harta zakat itu.

6.   Orang yang berhutang. Mereka ini ada empat jenis:

* Berhutang kerana hendak mendamaikan dua orang, atau dua puak yang berbantah tentang pembunuhan atau harta yang hilang. Diberikan zakat kepadanya sekadar membayar hutang sekalipun dia kaya.
* Berhutang pada suatu yang umum manfaatnya seperti berhutang kerana buat jamuan, kerana membina masjid, kerana membaiki masjid, kerana membina jambatan, dan lainnya. Diberikan zakat kepadanya sekalipun dia kaya.

Peringatan tidak boleh beri zakat kerana hendak membina masjid, atau beri zakat kepada masjid, madrsah dan sebagainya disini zakat diberi pada orang yang berhutang kerana membina masjid.

* Orang yang berhutang kerana tujuan diri sendiri dengan syarat dibelanjakan hutang itu pada berbuat kebajikan atau pada pekara yang harus.

Syarat diberi zakat kepadanya hendaklah hutang sudah sampai masa pembayaran dan orang yang berhutang papa yakni tidak mampu membayarnya.

* Orang yang menjamin atau mengaku hendak membayar hutang orang lain, diberi zakat dengan syarat orang yang menjamin dan orang yang berhutang papa keduanya.

7.   Orang yang berperang di jalan Allah. Syarat diberi zakat kepada mereka itu hendaklah mereka itu bukan tentera yang di daftar dan mendapat gaji, bahkan mereka itu berperang secara sukarela.

Diberi zakat untuk membeli alat peperang, kenderaan, belanja perjalanan dan belanja yang digunaka semasa dalam peperangan.

8.   Ibnu sabil ialah orang yang musafir sama ada lelaki atau perempuan yang hendak musafir dari negeri zakat atau dia singgah di negeri zakat, seterusnya hendak kembali kenegerinya atau meneruskan perjalanan ketempat lain.

Syarat orang yang mengambil zakat:

* Merdeka. Hamba tidak boleh mengambil melainkan hamba mukatab.
* Islam. Haram memberi zakat kepada kafir.
* Bukan anak cucu bani Hasyim dan bani Muttalib. Mereka ini haram mengambil zakat.
* Bukan orang yang dibawah tanggungan orang yang memberi zakat. Maka seorang ayah tidak boleh memberi zakat kepada anaknya atas jalan fakir, miskin, adapun selain dari fakir dan miskin seperti anak itu berhutang harus ayah memberi zakat kepada anaknya. Begitujuga orang lain yang ada tanggungan dibawahnya.
* Bukan orang yang di tahan dari memperguna harta dengan sebab bodoh, kanak-kanak, atau gila, yakni tidak diberi zakat pada tangan mereka itu tetapi hendaklah diserahkan kepada walinya.
(sumber : http://epondok.wordpresss.com)

Mengikut pengamatan saya, zakat yang hampir semua orang maklum ialah Zakat Fitrah, maklumlah masuk bulan puasa ni kaunter2 zakat mula dibuka sana sini dan orang mula bayar zakat Fitrah. Tapi tak semua yang menunaikan zakat2 lain seperti zakat pendapatan, bla bla bla, dan zakat perniagaan.

Pendapatan yang dapat dari blogging kalau dah cukup nisab dia pun wajib keluarkan zakat.

Tapi boleh je kalau tak wajib berzakat (tak cukup nisab) nak keluarkan juga, lagi bagus, semoga Allah tambahkan lagi nikmat dan buka pintu rezeki buatnya.

Di Maybank2U tadi tu kalau nak menderma kepada badan2 charity tertentu pun boleh. Caranya sama macam nak bayar zakat tu. Hari baik bulan baik ni, lebih baik kita infakkan sedikit harta kita kan. Semoga harta2 yang bersih kita perolehi, dan Allah tambahkan pemberian-Nya buat kita.

Kalkulator zakat boleh didapati dari http://zakat.com.my. Kalau ada kemusykilan boleh saja call/email petugas pusat zakat, mereka akan terus reply & layan soalan kita. Lagi bagus kalo dapat pergi terus berjumpa mereka untuk bertanya soal zakat.

P/S : Zakat ni tax deductable, tapi keluarkanlah zakat kerana Allah ya, bukan sebab nak lari dari bayar cukai :)

Share Button

{ 10 comments… read them below or add one }