,

Ajar Anak di Rumah Bagi Ibu Bekerja

admin Avatar

Ajar anak di rumah mungkin bagi sesetengah ibu bekerja macam tak berapa sesuai, oleh kerana faktor masa. Maklumlah, ibu bekerja, siang hati dah sepenuh masa di pejabat, balik rumah dah penat. Lagi-lagi bila tiada pembantu rumah, mana nak masak, nak kemas, nak itu nak ini. Lagi-lagi bila anak lebih dari seorang.

Sebenarnya mengajar anak di rumah, kalau ibu yang sibuk, tak perlu nak ada classroom bagai. Tak perlu nak ada segala macam tools bagai. Ibu kena kreatif tentang ‘pengajaran dan pembelajaran’ di rumah.

  1. Bukan semata-mata bersifat akademik.
  2. Tidak perlu formal.
  3. Perlu dibuat dalam keadaan gembira
  4. Tak perlu lama. 5-10 minit pun OK, yang penting konsisten.
  5. Tak perlu ada sistem (kalau ada lagi bagus, tapi kalau tak ada pun tak apa).

Perkara paling utama yang perlu ibu bekarja tanam untuk ajar anak-anak di rumah ialah – jangan biarkan TV menjadi guru mereka. TV yang dimaksudkan ialah rancangan TV. Peti TV boleh menjadi guru yang bagus sekiranya kita memainkan video-video pendidikan untuk tontonan anak-anak. Kenapa ia menjadi bagus? Pertama kerana ia bersifat pendidikan. Kedua kerana tiada iklan. Ketiga kerana tiada slot2 promo trailer drama/filem yang adakalanya tidak sesuai.

Jadi, bilakah ibu/bapa boleh menjadi guru untuk ajar anak di rumah?

1. Selepas solat Maghrib

Ajak anak bersama-sama mengaji. Sekurang-kurangnya biarkan mereka mendengar ibu bapa mengalunkan al-Quran. Jika ada masa, boleh mengajar mereka mengaji sama.

2. Semasa memasak makan malam

Bagi ibu yang ada pembantu rumah dan tidak memasak makanan, waktu ini bileh digunakan sepenuhnya untuk mengajar anak. Bagi yang ada pembantu rumah tapi ibu yang masak, boleh mengajar anak di dapur. Minta pembantu rumah awasi dan ajar dia tentang sayuran, ikan, daging, etc. Bagi ibu yang tiada pembantu rumah dan memasak makanan, boleh curi masa sementara menunggu lauk masak untuk mengajar anak walaupun sekejap.

3. Selepas makan malam

Sambil2 tunggu nasi turun, boleh ambik masa sekejap ajar anak apa yang sempat.

4. Sebelum tidur

As simple as bedtime story samada dengan bercerita atau membaca buku sebelum tidur.

Cuma luangkan masa sekejap saja.. kalau ibu bapa yang sangat sibuklah. Sekarang ramai yang jadi wohowo parents, di luar kerja, di rumah pun kerja. Tapi ibu bapa bekerja bukan penyebab tak mampu nak ajar anak di rumah. Ia lebih kepada time utilisation, itu penggunaan masa yang berkesan.

Ajar anak di rumah banyak menuntut kesabaran. Tapi ia adalah perkara paling manis bila anak kita pandai itu ini dan kita saksikannya di depan mata kita 🙂

admin Avatar

10 responses to “Ajar Anak di Rumah Bagi Ibu Bekerja”

  1. eliss Avatar

    my nuha terlebih pandai.abes bawang dipunggahnya kalo duk dapur :p hari tu nenek dia datang, nenek dia tanya bawang kat mana siap bukak lagi laci tunjuk, hebat btol :p

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Tahun depan Nuha la huk jong nanok & ggular ddapor. Mok dia order jah hehehehe.

  2. Lisa Hz Avatar

    haah.. kene sabar. bole je buat sume tu sbenanye. hendak seribu daya.. kalo diikut kn letih tu je manjang, habeslaaaa… hukk..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ohh kalau ikutkan letih, sekarang ni sudah tidur dah ni hehe

  3. Pa'a Wawa Avatar

    Alhamdulillah, takat ni ada jugak la saya wat sedikit sebanyak yang akak bgtau kat atas tu..punye la suka laman web fisher n price, games for infants tu..! pastu download zikir astro oasis..huh..mau 1/2 jam terkaku depan laptop…hahahaa…sempat la nak menggosok baju bagai..

  4. kinna Avatar

    saya agak bertuah kerana anak2 ikut ke ofis..jd, saya gunakan masa dlm kereta yang lebih kurang sejam (one way) utk ajar anak2 menyanyi, alif ba ta, cerita etc.. bila dah jadi ibu, kita kena selalu thinks out of box..cari kesempatan bersama anak2 bukan alasan

  5. Ainul Avatar

    thanks kaklina sharing tajuk yg simple tapi padat isinya. slalunya amik mase pas lepas magrib le ok skit..kalo sebelum tido heheee stakat yg sempat sekarang ni ajar bace surah2 pendek b4 tido pastu ngan mak2 ngantukk same sebab dah letih sgt 😀

  6. nul sunny Avatar

    alhamdulillah saya bersyukur sbb anak saya m’besar dpn mata cos saya hsewife sepenuh masa.. rasa bahgia bila dpt ajar anak sndiri ttg displin n corakkan dia ngan ilmu yg berguna mcm info kak lyna… thnks 4 the tips…

  7. nul sunny Avatar

    alhamdulillah… tips yg baik…

  8. kambingbujang Avatar

    cam huda, bler smpai umh trus onn tv, kasik anak2 tgk tv. masa tgk tv tue, ada la ajar skit2..tp xmo pressure sgt sbb dorang br jer 3thun n 1 yr.

    bler hubby dah blk office, so dier akan take over jg anak2, huda akan start masak. masa tue, hubby kasik dorang main Ipad (educational apps). sampai la kul 9pm after dinner br la start the real learning session

    masa tue, kiterorg akan suh bc ABC, main2 flash card, conteng2, gelak. since amirul on speech theraphy, so aper yg dier blaja kt hosp, kiterorg apply kt umh lak. nk stimulate dier supaya ringan mulut, suh bcakap. amirul dah 3 yrs, tp still few vocab yg kuar dr mulut dier.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge