PlayGroup di Genius Baby on Board

admin Avatar

Playgroup adalah satu aktiviti yang tak asing lagi di kalangan ibu bapa moden. Apakah pula playgroup di Genius Baby on Board?

Haa tu la nak cerita ni.

Selepas berminggu2 playgroup ni dijalankan oleh my friend, Watie, akhirnya sampai juga kami anak beranak ke GBOB office yang cuma terletak di tingkat atas Scriptory Box, Wisma Bling Lustre, Puchong.

Playgroup ni terbahagi kepada beberapa kumpulan yang mengikut umur. Hari ni diadakan playgroup untuk 2 kumpulan, bayi dan kanak-kanak 2-4 tahun. Jadi, anak-anak kami termasuk dalam kumpulan kedua tu.

Aktiviti dimulakan dengan bacaan al-Fatihah yang diketuai oleh Teacher Watie. Kemudian diikuti dengan aktiviti gerakan seperti chicken dance dan sebagainya.

playgroup genius baby

Fahry enjoy saja, tapi Hafiy tak ada mood pula. Ada-ada saja lah yang tak kena. Mengantuk lah, lapar lah, nak baca buku lah… Akhirnya saya lebih banyak berada di dalam pejabar GBOB daripada playgroup area.

Di bawah adalah gambar-gambar di sekitar aktiviti playgroup di Genius Baby on Board yang saya berjaya tangkap menggunakan kameraphone sahaja.

fahry playgroup

playgroup

playgroup

Selepas aktiviti menyanyi, membaca, mambanding… art class pula!

playgroup art class

playgroup art class

playgroup art class

Art class hari ni kami buat elephant. Time ni baru nampak Hafiy ada mood sikit. Painting pun nak buat sendiri. Samada dia terlalu penat tadi, ataupun tak suka aktiviti nyanyi-nyanyi.

Selepas selesai art class, bubble time! Seronok budak2 ni main buih.

playgroup

playgroup

Aktiviti sebegini memang menarik, terutama untuk ibu bapa bekerja yang mempunyai masa yang terhad. Hanya sejam setiap hujung minggu saja. GBOB menwajibkan pengelibatan ibu bapa dalam aktiviti ni.. iya lah, selama seminggu anak-anak ditinggalkan dengan pengasuh/nenek/taska tanpa ibu bapa di sini… jadi hanya sejam seminggu saja beraktiviti sebegini dengan mereka.

Secara tak langsung ia menjadi medan sosial dan network ibu bapa yang mempunyai minat yang sama – pendidikan awal anak-anak.

Fahry pun jadi tumpuan hari tu 🙂 maklumlah dia kan special baby. Dengan kaki palsu tak ada (agaknya tertinggal di taska, dalam begnya tak ada pula), itu tak menghalang Fahry nak bergerak ke sana sini.

Paling tak tahan tu, tak mahu bila Mommy dan Abiy nak dokong, nak TEACHER! Boleh? “Nak teacher! Nak teacher!”. Mengada… masa jadi Aunty Watie tak pernah pulak terjerit-jerit macam tu, jadi Teacher Watie terus menjadi pojaan hatiku ya.

Rasanya kami akan sign up terus dengan Playgroup GBOB ni. Cuma RM35/sesi/head untuk semua aktiviti yang dijalankan. Dapat t-shirt, stiker kereta dan banyak lagi privileges. Yang penting ialah pengisian untuk hari minggu anak-anak kita.

***Playgroup hari ni akan disiarkan di RTM nanti tau. Merasa kena interview masuk TV 🙂 Sambil-sambil mempromo FameKids!

Lepas saja playgroup habis, ada meeting di Scriptory Box pula. Alhamdulillah, murah rezeki semua orang. Beginilah bila bekerja bersama-sama, bukan sekadar bertoleransi tapi sinergi! Sinergi antara kami menjadikan 1+1 tidak sama dengan 2, sebaliknya 1+1 sama dengan infiniti!

Bersiap pula untuk Seminar ECE (Early Childhood Education) esok. My Super Kids telah dijemput menjadi tetamu istimewa seminar ni (sangat~)!

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge