Ajar anak di rumah mungkin bagi sesetengah ibu bekerja macam tak berapa sesuai, oleh kerana faktor masa. Maklumlah, ibu bekerja, siang hati dah sepenuh masa di pejabat, balik rumah dah penat. Lagi-lagi bila tiada pembantu rumah, mana nak masak, nak kemas, nak itu nak ini. Lagi-lagi bila anak lebih dari seorang.
Sebenarnya mengajar anak di rumah, kalau ibu yang sibuk, tak perlu nak ada classroom bagai. Tak perlu nak ada segala macam tools bagai. Ibu kena kreatif tentang ‘pengajaran dan pembelajaran’ di rumah.
- Bukan semata-mata bersifat akademik.
- Tidak perlu formal.
- Perlu dibuat dalam keadaan gembira
- Tak perlu lama. 5-10 minit pun OK, yang penting konsisten.
- Tak perlu ada sistem (kalau ada lagi bagus, tapi kalau tak ada pun tak apa).
Perkara paling utama yang perlu ibu bekarja tanam untuk ajar anak-anak di rumah ialah – jangan biarkan TV menjadi guru mereka. TV yang dimaksudkan ialah rancangan TV. Peti TV boleh menjadi guru yang bagus sekiranya kita memainkan video-video pendidikan untuk tontonan anak-anak. Kenapa ia menjadi bagus? Pertama kerana ia bersifat pendidikan. Kedua kerana tiada iklan. Ketiga kerana tiada slot2 promo trailer drama/filem yang adakalanya tidak sesuai.
Jadi, bilakah ibu/bapa boleh menjadi guru untuk ajar anak di rumah?
1. Selepas solat Maghrib
Ajak anak bersama-sama mengaji. Sekurang-kurangnya biarkan mereka mendengar ibu bapa mengalunkan al-Quran. Jika ada masa, boleh mengajar mereka mengaji sama.
2. Semasa memasak makan malam
Bagi ibu yang ada pembantu rumah dan tidak memasak makanan, waktu ini bileh digunakan sepenuhnya untuk mengajar anak. Bagi yang ada pembantu rumah tapi ibu yang masak, boleh mengajar anak di dapur. Minta pembantu rumah awasi dan ajar dia tentang sayuran, ikan, daging, etc. Bagi ibu yang tiada pembantu rumah dan memasak makanan, boleh curi masa sementara menunggu lauk masak untuk mengajar anak walaupun sekejap.
3. Selepas makan malam
Sambil2 tunggu nasi turun, boleh ambik masa sekejap ajar anak apa yang sempat.
4. Sebelum tidur
As simple as bedtime story samada dengan bercerita atau membaca buku sebelum tidur.
Cuma luangkan masa sekejap saja.. kalau ibu bapa yang sangat sibuklah. Sekarang ramai yang jadi wohowo parents, di luar kerja, di rumah pun kerja. Tapi ibu bapa bekerja bukan penyebab tak mampu nak ajar anak di rumah. Ia lebih kepada time utilisation, itu penggunaan masa yang berkesan.
Ajar anak di rumah banyak menuntut kesabaran. Tapi ia adalah perkara paling manis bila anak kita pandai itu ini dan kita saksikannya di depan mata kita 🙂
Leave a Reply