Adik Taknak Tangan Ni…

admin Avatar

Anak-anak saya sekarang dah makin pandai bercakap. Saya perhatikan Fahry lebih cepat dapat mulut, mungkin kerana ada abangnya yang menjadi inspirasi dan motivator kepadanya. Hafiy pula makin pandai menggunakan kata-kata bila berkomunikasi dengan saya.

“Hebatnya!” katanya bila melihat sesuatu ketakjuban. 🙂

Dialah informer kalau adiknya buat apa-apa.

“Mommy, Adik nanes (nangis)”
“Mommy, Adik nak mandi”
“Mommy, Adik inus (hingus)”

Merangkap penasihat si Fahry.

“Adik, duduk. Nanak (taknak) panjat”
“Adik, makan uyu (dulu), anti ain (nanti main)”
“Adik, ini not food” merujuk kepada objek2 yang adiknya masuk ke dalam mulut.

Fahry pulak, bila berkomunikasi, dengan memek muka sekali. Kelakar betul.

Dua2 suka berebut channel YouTube. Sorang nak alif ba ta, sorang nak ABC.

Sekarang Fahry dah pandai cakap “Miii… Nanak angan ni…”, “Nanak aki ni…” (taknak tangan ni… Taknak kaki ni…). Referring to kaki tangan dia yang cacat tu.

Sabor ajelah. Kelakarlah Fahry. Mana laaa dia dapat nak komplen2 camtu hihi. Macamana nak tukar Nak oiii. Kalo boleh dah lama Mommy buat.

Kecik2 dah pandai. Mungkin dia tengok orang lain takde anggota yang macam dia. Saya selalu kata pada dia “Bestlah Adik, ada kaki palsu. Orang lain takde. Adik boleh buat kaki macam2 jenis. Orang lain takleh nak tukar2”.

Bukan senang rupanya jadi parents kepada OKU, especially jenis cerdik pandai gini. Expect lah nanti macam2 lagi dia tanya. Semoga semua ni tak meruntuhkan semangat Fahry. Saya takut kalau dia rasa ‘alien’ dan buat dia memberontak. Insya-Allah Fahry okay saja. Mungkin naluri budak kecil yang suka bertanya dan innocent.

Fahry memang suka bertanya. Sikit2, “Tu ape?” sampai di taska, cikgu pun dah naik boring menjawabnya.

Fahry adalah amanah Allah untuk membela nasib OKU lain. Saya mesti didik dia betul2.

(Wondering how other parents to OKUs handle soalan2 & statement seumpama itu).

admin Avatar

13 responses to “Adik Taknak Tangan Ni…”

  1. Izzy B. Avatar

    lupo nok cito. ms bday zara, i had d chance to hang out with kids from fahry’s class sblm party start. mace2 lagu sayo nyanyi but i can c fahry has certain favorites. kalo sy aka radio playing lagu kurang best for him, nanti dia panggil2 tgn sayo, minta suh tukar lagu. hehehe….tp yg plg sy salute, mcm mana excited pun muka sy menyanyi and clap clap, anak bujang tu masih muka garang dia, dgn berkerut. tp duduk depan skali, boleh??
    .-= Izzy B.´s last blog ..Ramadhan-Raya Promotion!!! Sticky Post =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Dio berehi lagu LADYBUG huk dale youtube tu. Kalu sy nyanyi tu xleh bereti keno nyanyi sapa dio puah atau sapa dio request lagu lain.

      Muko bekerut tu bekali dio konsentret, tgk video drumah pun muko kerut2, kaba2 duk guling2 bele2 nyanyi ABCDE….. Pahni kot dio hapal lagu awok hehehe.

  2. transformed housewife Avatar

    maso anok2 tok pandai kecek lg, kita sibuk2 ajar suruh kecek. Bio pandai doh, kito pulok letih nok jawab. hehehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Jolo doh. Dam nyo buwi soalan2 cepumas lg fenin ana.

  3. Ibu Emir Avatar
    Ibu Emir

    you are a miracle mother.. 🙂 and makin besar, mira tengok, Fahry ni muke mummy dia lah

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      yaka? ramai yg kata dia macam arwah tok pa dia ehhehe

  4. aiDiena Avatar

    Sabar yer MommyLyna.. semoga sentiasa tabah dan istiqamah menjadi ibu harapan anak²…
    .-= aiDiena´s last blog ..Malam tu MaKaN di SiNiE =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      apa nak buat 🙂

      1. mammaSun Avatar

        saya suka jawapan tu….apa nak buat ;p

  5. mrsnik@meah Avatar

    comey nyer fahry, kalu nak anak kuat, ibu pon kena kuat, saba nyer long..org skrg dh open minded……..fahry cepat leh jalan laju, lumba lari dgn falah…
    .-= mrsnik@meah´s last blog ..2 Ramadhan- Seafood Lasagna appetizer- Sup Tulang Rusuk- Telur DadarBaby Bayam =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ah aku pedulik apa orang open minded ke tidak. ada aku kesah? cak cak cak

      weh bilo la bleh berbuka bersama nih. hehehe.

  6. ema Avatar
    ema

    mommy lyna….

    anak i tak pandai lg tanya soalan mcm tu, sbb skrg nie br 13 bulan kan br nak blajar bercakap….sy tak tau nak menjawap mcm mane kalo die tanya soalan macam tu…

    nnt bila die sekolah, kawan2 ejek lgi pandangan org lain terhadap die ….sy hrp dan berdoa sy kuat hadapi semua tu….

  7. Dyg Lips Adanan Avatar

    Tahniah sebab ALLAH SWT memilih anda menjadi ibu kepada seorang OKU. ALLAH SWT itu Maha Mengetahui. Dan apabila anda menulis mengenai Fahry, saya baru mengetahui bahwa anda seorang ibu yang sangat penyabar. InsyaALLAH, Fahry akan membesar dengan sempurna sekalipun dia cacat anggota.
    Dihina adalah perkara biasa. Saya juga sering dihina semasa di sekolah sebab menpunyai kakak yang dianggap gila oleh kawan-kawan. Kakak sulung saya mempunyai masalah mental akibat demam panas ketika dia kecil. Dia boleh buat kerja rumah tetapi tidak sempurna. Ketika sekolah, saya langsung tidak cuba memahami perasaan mahupun kehendak dia. Bila sudah saya mempunyai kekasih ketika berusia 20tahun yang ketika itu saya di universiti (kekasih saya itu kini jadi suami saya), barulah saya cuba memahami dia. Malah sikap saya berubah secara total. Sayang saya pada dia tidak sama sayang saya pada dia sekarang. Dia juga sudah berubah sedikit demi sedikit. Dulu, dia suka pergi ke rumah jiran (sepupu kami) kadang dari pagi sampai petang. Ketika saya di U, bila saya balik bercuti, saya akan pesan dengan dia “Kuna, jangan jalan lagi aaa… Kalau jalan Uming tidak mau balik rumah ni lagi. Uming merajuk ni sebab Kuna jalan saja”. Bilang mama, sejak itu dia berubah. Dia akan tunggu saya pulang. Kesian pula dekat mama sebab kena menjawab setiap persoalan dia “bila Uming nak balik?”
    Saya baru tahu dia cukup istimewa. ALLAH sudah menjanjikan dia syurga dan orang normal seperti saya, tidak tahu bila akan mendapat syurga. Jika orang menghina kami, kami biarkan saja kerana kami tahu, pahala itu sudah menerjah kepada kakak saya. Kenapalah saya tidak menjaganya dengan baik dulu ketika di sekolah? Ya, saya cukup menyesal namun ALLAH SWT masih memberikan peluang kepada saya untuk memberikan perhatian kepadanya.
    Apa-apapun, lebih atau kurang itu semua adalah pemberian dari ALLAH SWT. Harus bersyukur dengan apa yang kita terima

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge