Rahsia Shaliza, Cerekarama TV3 14 Ogos

by Mommy Lyna on August 15, 2010 · 8 comments

Pastikan anda langgan RSS Feed blog ini agar tidak terlepas tips-tips yang lebih menarik. Juga tawaran khas untuk pembaca MySuperKids!

Rahsia Shaliza menghiasi slot Cerekarama malam minggu di TV3. Telemovie kali ni saya puji, kerana ia digarap dengan baik, walaupun ada cacat cela cuma minor saja.

Rahsia Shaliza dibintangi oleh Fasha Sandha, Azhar Sulaiman dan Arash Mohamad, merupakan drama yang sarat dengan mesej berupa renungan bahawa di mukabumi ni ada macam2 jenis manusia termasuk yang baik sangat dan yang jahat giler tak ingat. Ia memuatkan mesej kekeluargaan, persahabatan, hubungan dengan Allah, sikap manusia, konflik di pejabat dan sebagainya.

Saya tak ikuti dari awal sebab baru balik dari Masjid Wilayah. Tengok2 dah part yang Shaliza kena pecat, nak masak nasi beras dah habis.

Watak tipikal lah Shaliza ni. Kena buang kerja tapi tak ada usaha cari kerja pun. Beliau sebelumnya seorang setiausaha kepada Pengarah Urusan GG Holdings tapi dipecat kerana fitnah yang hanya terjawab di hujung cerita.

Si pengarah urusan itu, Hisham lakonan Azhar Sulaiman ialah gambaran lelaki yang baik, sopan, bijak.. Tapi di depan je. Belakang…. Haih!

Ceritanya bila kena fitnah tu, Shaliza dibenci kawannya, ayahnya pun jadi mangsa kebencian orang.

Akhirnya Shaliza menjadi setiausaha syarikat lain dan membantu syarikat itu naik. Tapi si Hisham datang mengacau tapi dari situ segalanya terbongkar.

Drama yang baik, pada hemat saya kerana rahsia tentang Shaliza tu sukar untuk saya ramal, tak seperti drama lain, baca sinopsis dah boleh agak siapa dalangnya dan apa kejadah kejahatannya. Garapan yang baik dan Fasha Sandha ni patut dapat anugerah pelakon terbaik.

Saya harap pengusaha telemovie boleh hasilkan karya sebegini, yakni tak meletakkan penonton di kerusi seorang yanh diperbodohkan atau kisah saspen yang merapu2. Kisah yang simple tanpa perlu tunjuk realiti negatif masyarakat kita dengan jelas.

Sebut pasal realiti, takde ke mana2 produser nak keluar movie tentang buang bayi pulak? Rempit dah, rogol dah, pelacuran dah, bohsia dah… Buang bayi bila lagi?

Popularity: 1% [?]

Continue Reading...

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 8 comments… read them below or add one }

mila August 15, 2010 at 8:11 am

saya pun tengok citer ni semalam, memang bagus jalan cerita dia, kita boleh agak skit2 je..rupanya ada bigger issue lagi kat ending..nicely done. tapi bengkak je sbb c fasha tak pegi carik keja..jangan la bserah kat nasib je dik, tau2 beras da abes.
mila´s last blog ..Macam Sifir My ComLuv Profile

Reply

ashra August 15, 2010 at 8:44 am

alamakkkk..lupe sehhh ada drama ni.duk tgk iklan,terpk nak tgk sebanarnya.
ashra´s last blog ..Cute Baby Contest 2010 My ComLuv Profile

Reply

CikLilyPutih August 15, 2010 at 9:31 am

bagus gak citer nie
CikLilyPutih´s last blog ..The Expandables Movie – Gaduh-Debar &amp Darah My ComLuv Profile

Reply

totyati August 15, 2010 at 9:37 am

salam,

sejak nampak iklannya dah pasang niat nak tengok. tapi semlam dek kerana letih sangat tv pun tak sempat nk on.

kena cari alternatif lain ni.

selamat berpuasa ye
totyati´s last blog ..DINIHARI 14082010 My ComLuv Profile

Reply

aanie August 15, 2010 at 12:32 pm

tak sempat tgk habis cite ni sebab tertido….taktau ending dia cmne…huhu…

Reply

erynn & sayut August 15, 2010 at 5:40 pm

kitorang kebetulan tertengok separuh jalan, pastu tutup sebab nak suruh syifaak tido. apa kesudahan cerita tu?

Reply

fid August 15, 2010 at 9:29 pm

dia tak cari kerja sebab dia dalam usaha nak cari jalan nak settlekan hal dia ngan hisham tuh

tp balik kg org kg tak suka terpaksa la balik KL semula
then buntu sbb diakan berahsia

Reply

salzahari August 16, 2010 at 1:37 pm

tolong la Lyna…I dah muak dgn citer buang bayi ni,lagii nak tjuk movie lak??!! huhhu..menyedihkan betul masykt kita skrg. tu belum lg tahap tak tahan sgt tgk iklan2 citer seram laa, tahyul laa (Ular Emas is coming in slot lagenda TV3) dll.

mana Kem.Penerangan nih? dulu zaman Tok Mat rambut pjg pun takleh kuar tV tau…ni skrg drama2 ‘rambut pjg Ju On’ byk sgt, melampau2 !!

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

fukosantin epimedium african mango afrika mangosu epilamor ozoderm uzamax altin cilek lavixir ayak kokusu biber hapi super x power penis halkasi maurers