Anak-anak saya sekarang dah makin pandai bercakap. Saya perhatikan Fahry lebih cepat dapat mulut, mungkin kerana ada abangnya yang menjadi inspirasi dan motivator kepadanya. Hafiy pula makin pandai menggunakan kata-kata bila berkomunikasi dengan saya.
“Hebatnya!” katanya bila melihat sesuatu ketakjuban. 🙂
Dialah informer kalau adiknya buat apa-apa.
“Mommy, Adik nanes (nangis)”
“Mommy, Adik nak mandi”
“Mommy, Adik inus (hingus)”
Merangkap penasihat si Fahry.
“Adik, duduk. Nanak (taknak) panjat”
“Adik, makan uyu (dulu), anti ain (nanti main)”
“Adik, ini not food” merujuk kepada objek2 yang adiknya masuk ke dalam mulut.
Fahry pulak, bila berkomunikasi, dengan memek muka sekali. Kelakar betul.
Dua2 suka berebut channel YouTube. Sorang nak alif ba ta, sorang nak ABC.
Sekarang Fahry dah pandai cakap “Miii… Nanak angan ni…”, “Nanak aki ni…” (taknak tangan ni… Taknak kaki ni…). Referring to kaki tangan dia yang cacat tu.
Sabor ajelah. Kelakarlah Fahry. Mana laaa dia dapat nak komplen2 camtu hihi. Macamana nak tukar Nak oiii. Kalo boleh dah lama Mommy buat.
Kecik2 dah pandai. Mungkin dia tengok orang lain takde anggota yang macam dia. Saya selalu kata pada dia “Bestlah Adik, ada kaki palsu. Orang lain takde. Adik boleh buat kaki macam2 jenis. Orang lain takleh nak tukar2”.
Bukan senang rupanya jadi parents kepada OKU, especially jenis cerdik pandai gini. Expect lah nanti macam2 lagi dia tanya. Semoga semua ni tak meruntuhkan semangat Fahry. Saya takut kalau dia rasa ‘alien’ dan buat dia memberontak. Insya-Allah Fahry okay saja. Mungkin naluri budak kecil yang suka bertanya dan innocent.
Fahry memang suka bertanya. Sikit2, “Tu ape?” sampai di taska, cikgu pun dah naik boring menjawabnya.
Fahry adalah amanah Allah untuk membela nasib OKU lain. Saya mesti didik dia betul2.
(Wondering how other parents to OKUs handle soalan2 & statement seumpama itu).
Leave a Reply