Dalam entry ini, saya ada menerima komen seperti di bawah:
Macamana nak light packing, kalau anak asyik kotorkan baju, asyik kena tukar baju saja?
Sebenarnya, light packing ni walaupun sesuai untuk sesiapa saja, tapi:-
- Ada ketika tak boleh light packing
- Ada orang tak boleh light packing
Bila kita tak boleh nak light pack?
Semasa saya ke US untuk menghadiri Shaklee Live ( Global Convention Shaklee), walaupun saya nak, tapi tetap tak boleh nak light pack. Saya kena bawa banyak baju (dress, tuxedo, suit) untuk menghadiri acara rasmi seperti penyampaian anugerah, makan malam dan sebagainya.
Orang yang tak boleh light pack
Saya seorang yang simple. Selagi baju anak tak kena najis, tetap boleh dipakai. Kalau basah? Kerana itu untuk light pack kena pilih fabrik yang ringan dan mudah kering. Untuk minimumkan kesan basah lenjun dengan peluh (panas kan), pilih fabrik mikrofiber contohnya Nike Dri-FIT. Kalau anda seorang yang pengemas, mungkin kurang sesuai untuk light pack. Ada kawan saya perlu tukar baju setiap kali solat, ada la tu sebab dia tersendiri… Sehari minima dah 5 pasang kan.
Bagaimana nak optimumkan penggunaan 3 pasang baju?
Bila kami mengembara, hotel hanya tempat untuk tidur saja. Seawal pagi kami dah bergerak keluar, dan bakal tiba ke destinasi bermalam seterusnya menjelang lewat petang. Sepanjang hari tu, saya tak kuasa nak tukar-tukar baju. Bila dah sampai ke destinasi, bersihkan diri dan cuci baju yang dipakai, pakai pula pasangan baju yang kedua. Keesokan harinya, pakai pula pasangan yang ketiga. Kalau belum check-out lagi, sempat untuk baju yang dibasuh untuk kering dalam sehari tu… Kalau dah kena check-out, seterika lah kasi kering apa lagi!
Leave a Reply