Tips Packing Barang Anak Untuk Travelling

admin Avatar

Minggu depan banyak sekolah yang akan bercuti seminggu sempena Deepavali kan. Ada plan nak ke mana-mana ke bersama keluarga?

Biasanya emak-emak kalau nak travel dengan anak, mungkin tak tahu apa yang nak dibawa. Baju apa, seluar mana, rasa macam nak bawa semua! Sudahnya seorang anak satu beg besar. Ada orang memang suka dan selesa begitu, tapi mungkin ada mak-mak di luar sana yang nak lightpacking, senang nak angkat beg, tak payah tolak banyak-banyak beg kan?

Ni saya nak kongsi style packing kami. Biasanya kami memang light pack saja ke mana-mana pun… hatta balik kampung pun. Macam mana cara dia?

1. Minimumkan barang yang nak dibawa

Biasanya saya bawa baju anak-anak sebanyak 3 pasang. Paling maksimum 5 pasang. Macamana nak hidup dengan baju yang sikit? Basuhlah… Setiap kali mandi, saya akan basuh baju. Selalunya sempat lah kering bila dah masuk pasangan yang terakhir tu. Lagipun, kalau kita travel ke luar negara, mestilah ada nak beli cenderamata kan? Jadi, beli lah baju yang ada tulisan tempat yang kita jejak kaki tu, bukan saja boleh buat souvenir, boleh pakai terus masa tu juga!

Saya menyusu badan, jadi benda-benda susu anak tu dah selamat, tak payah bawa. Mainan, bawa satu seorang yang kecil, contohnya figura kegemaran mereka. Jangan risau, mereka akan OK.

2. Plan dari awal barang apa nak guna untuk apa, hari apa

Kadang-kadang ada benda yang kita bawa dari rumah, tapi sampai ke sudah tak digunakan… Sudahnya buat berat beg saja. Jadi, rancang dari awal, kalau boleh buat jadual harian, apa barang/baju/gadjet yang diperlukan untuk hari-hari terbabit. Misalnya plan nak hiking, jadi bawalah peralatan hiking dan pakaian sesuai untuk anak-anak, tak payah pening perlu ke bawa kasut itu, jaket ini dan sebagainya.

3. Pilih satu

Anak-anak pastilah adalah toy kegemaran mereka. Minta anak pilih satu untuk dibawa. Tak perlu bawa banyak-banyak, kita nak travel bukan nak main.

4. Packing baju sepasang lengkap

Packing dengan stoking macam ni memang mantap! Jimat space, dan senang nak cari baju, ambil saja seketul, semua siap!

LIGHT PACKING

5. Packing dalam comparment masing-masing

Anak-anak saya ada beg kecil peribadi masing-masing, simpan pakaian dan barang keperluan mereka. Bila sampai di destinasi, simpan saja dalam almari. Tak perlu lagi buka-tutup beg besar.

BAJU ANAK TRAVELING

6. Bawa beg masing-masing

Untuk anak yang dah besar sikit, boleh minta mereka bawa beg masing-masing. Jadi, tak adalah nak memberat-beratkan beg kan.

TRAVEL DENGAN ANAK

Itu je kot untuk kali ni. Harap dapat membantu ibu-ibu nak fikir macamana nak pack barang anak-anak ya. Selamat bercuti!

Tagged in :

admin Avatar

12 responses to “Tips Packing Barang Anak Untuk Travelling”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    tips yang sangat best terutama tang lipat pakaian tu masuk dlm stokin!

  2. MuzZz Avatar

    wow! memang impressed tengok cara akachan packing..selalu terfikir..cemana bleh bawa dalam beg yang kecil bila travel tu..kami ni kalau balik kampung pun mcm balik sebulan hehe..now bleh praktis..tq for sharing 🙂

  3. Atifah Radzi Avatar

    saya ade mslah nak packing barang jugak kalau nk g holiday.
    beg mesti sampai 2-3. siap teddy bear anakanda lagi. huhu

  4. nila anggraini Avatar

    terima kasih atas tips yang sangat menarik sekali nany…nak cuba jugak nanti bila nak gi travelling.

  5. safiya Avatar

    tips yang praktikal dan sangat menarik. kalau nak kerap travel kena buat macam ni lah kan 🙂

  6. Junaida Watie Avatar

    Sangat Berguna info sis ni, terima kasih atas sharing bermakna untuk sy dan anak2 ini 🙂

  7. Mommy Putri Avatar

    bestla yang idea letak dlam stokin tu.. kemas sikit. klu tak serabut je tiap kali bkk beg.. hihi

  8. Yong Cantik Avatar

    OK! Kena beranak cepat supaya boleh packing baju anak.

  9. Jazilah Ilyas Avatar

    alamak..cam tau2 je ku tengah fikir cane la nak minimumkan baju bila nak travel..biasanya kitaorang mmg bwk satu beg je kalo pegi mana-mana. tak kuasa eh ahkak nak hangkut ke hulu ke hilir.. tapi kan akachan, dok pikir gak ni..kalo 3 pasang baju je bawak, the whole day pakai baju yang sama ke? huhuhu..anak2ku kecik lagi. satu baju dah tersarung ke badan, wajib prepare satu lagi baju takut tetiba tertumpah air ke apa..pastu baju utk tido satu..situ aje dah 3 pasang sehari.. haaa…cane tu? 😛

  10. Effa Avatar

    Buh dalam stokin? Wahhh mmg jimat space!huhu.

  11. ieda dayah Avatar

    tips yang berguna untuk saya.. lepas ni boleh la cuba sebab saya ni kalau boleh nak bawa semua baju anak-anak kalau nak pergi melancong atau balik kampung.. hahaha

  12. Ches Al-Maliki Avatar
    Ches Al-Maliki

    Assalamualaikum wbt & salam Taaruf dari saya Ches Al-Maliki from Sabah,Malaysia.

    Membaca Website Puan,rasa ingin nak kenal tuannya skali.Suka mengembara.Tq For sharing your experience with others 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge