Ibu Bekerja vs Suri Rumah

By | October 16, 2014

ALhamdulillah, saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk merasai kedua-dua pengalaman ini – jadi ibu bekerja, dan jadi surirumah.

Semasa saya jadi surirumah sementara dulu (ambil cuti tanpa gaji) saya pernah join satu group online yang dianggotai oleh para surirumah (tak ingat dah apa namanya). Tapi sekejap saja, lepeas baca satu thread, terus saya keluar. Sentap kot, ada ke diorang dok bincang tentang emak-emak yang bekerja, dan main point perbincangan adalah —> ibu bekerja ni saja-saja nak bekerja sebab nak bergaya, bermewah-mewah, nak beli barang berjenama. Dan banyak borak-borak yang membandingkan ibu bekerja dengan suri rumah, nampak memang terlalu bias. Bagi mereka, ibu bekerja sengaja nak bekerja sebab gila duit.

Saya tak tahulah orang lain, tapi masa saya kerja dulu, tak pernah sekali pun teringin beli barang berjenama. Habis berjenama pun laptop je lah, tu pun cari yang paling ekonomi. Bergaya jauh sekali. Bukan tak bersyukur dengan gaji suami, tapi saya pun ada keluarga, ada tanggungjawab, dan yang penting ada kena bayar scholar! Kita bukan cakap tentang nilai komitmen dua tiga puluh ringgit sebulan, tapi ratus-ribu. Time ada berita bayi meninggal di taska, lagi lah timbul banyak saranan supaya semua ibu berhenti kerja saja, jaga anak di rumah.

Fikirlah panjang sikit…. kita nak semua orang nak jaga anak di rumah, tapi kita juga hari tu yang nak jugak-jugak dirawat oleh doktor perempuan, nak jumpa pegawai perempuan, nak anak-anak diajar cikgu perempuan…. dan mereka semua tu manusia bukan robot. Tak bolehlah kita nak pukul rata, tak semua ibu kena duduk di rumah.

Hanya ibu yang nak duduk di rumah saja yang perlu berhenti kerja dan duduk di rumah. Macam saya, hehe.

Walaupun duduk di rumah (sebenarnya saya tak duduk di rumah pun T__T, jadi saya bukan suri rumah sebenarnya), tapi saya tak boleh duduk diam agaknya. Mesti ada benda yang kena dibuat, benda yang mendatangkan hasil, baru rasa puas hati. Sebab itulah saya nak jadi WORM (working on the road mom). Alhamdulillah, tercapai apa yang saya nak – kebebasan menentukan apa yang saya mahu.

Bulan ni genap 2 tahun saya bersara dari karier di pejabat. Ada juga yang bising bila kita berhenti kerja, walaupun ada jawatan, ada degree. Rugi belajar katanya, dan rugi peluang scholarship tu, ramai lagi yang boleh dapat scholarship tu kalau saya yang taknak kerja ni tak ambil scholar tu. Hmmm… bagi saya kan, belajar itu hak semua orang. Adakah kita belajar untuk dapat kelayakan bekerja? Atau belajar untuk ilmu? Disebabkan saya tak mahu bekerja di pejabat, maka saya tak layak dapat pendidikan? Sungguh dangkal sekali.

Apa pun, sebenarnya… bila kita dah meniti alam dewasa ni… sepatutnya kita tak perlu lagi nak menilai sisi kehidupan orang lain dengan meletakkan diri kita lebih mulia dari orang lain… sepatutnya kita ambil pengajaran dari segala apa yang berlaku di sekeliling kita. Setiap apa yang berlaku terhadap kita dan orang lain, pasti ada hikmahnya.

Jikalau anda ibu bekerja yang rasa dah tak tahan nak berhenti kerja, boleh contact saya kalau nak tahu macamana saya dan kawan-kawan boleh jadi WORM 🙂

Category: Perniagaan

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

12 thoughts on “Ibu Bekerja vs Suri Rumah

  1. Bahiah

    Pandangan yang tak bias! Saya suka, say suka! Saya rasa ramai ibu yg bekerjaya tak sanggup sebenarnya nak tinggalkan anak mereka pada orang lain. Tapi, mereka mungkin ada impian sendiri yang kita tak tahu kan? Nak capai cita-cita atau niat nak membantu orang lain ke. Kan?? 🙂

    Reply
  2. Kinna

    mcm-mcm la mummylyna ni..dulu wohowo, sekarang WORM pulak..pasni apa? berminat jugak nak jadi ULAT..nanti saya contact eh… 🙂

    Reply
  3. jazilah ilyas

    Neni ni ada je yg dpt baca minda..haha.. Dulu day keje, Brenti kerana sedikit mslh kesihatan. Pastu best plak dpt peluk jaga anak sndiri walau mamanya garang. He he.. Kadang ada jugak rasa nk keje opis blk.. Tp tgk muka ank terus x sampai ati ;p
    jazilah ilyas´s menulis tentang ..Kolesterol Penyebab Sakit JantungMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge