Public Transport, Atau Memandu Di Luar Negara?

admin Avatar

Semasa pertama kali backpack ke Eropah, kami menaiki public transport. Cuba semua mode of transportation. Kapal terbang, kapal laut, keretapi, bas, tram dan sebagainya. Kemudian, kami cuba memandu, di Jepun, Jordan, Australia, New Zealand, Pulau Jeju, Iceland, United Kingdom, Switzerland, Doha dan Cyprus.

Antara menaiki kenderaan awam, dengan memandu ni… keduanya ada pro & cons. Walau bagaimana pun, antara sebab kami memilih untuk memandu di beberapa tempat adalah kerana tiada perkhidmatan tren, seperti di Iceland, Jeju, Cyprus… Lebih selesa memandu daripada menaiki kendenraan awam seperti bas atau teksi. Kalau ada tren lebih mudah, jelas stesennya, pasti arahnya. Kami ni naik bas dah berapa puluh kali sesat, tersalah arah… kalau tak ada budak-budak OKlah, tapi dengan anak-anak, ada sedikit kerumitan di situ.

Saya sebenarnya lebih seronok kalau bawa kereta sendiri, kita bebas nak ke mana-mana, nak lencong ke mana, sesat pun tak apa. Tapi.. itu kalau kita yang jadi co-driver lah 😀 yang tukang pandu kereta tu kesian… penat sangat beliau. Maklumlah, keluar pagi-pagi, hampir malam baru sampai. Kadang berjam-jam drive tanpa henti. Kita yang di sebelah pun rasa nak muntah, apatah lagi yang mengemudinya.

DRIVING
Hellnar, Iceland

Kesian suami saya kalau kena memandu… penat dia…  Lebih-lebih lagi kalau di negara yang menggunakan sistem left-hand drive. Tapi no big deal untuk beliau 😀 first time je kekok dan selalu tersilap masuk jalan, lepas-lepas tu dah biasa.

Dari pengalaman saya, kalau nak memandu, lebih2 lagi dengan budak-budak…. don’t expect too much. Tak cover banyak tempat pun tak apa lah, asalkan perjalanan aman bahagia. Nak handle karenah budak-budak, dan penat memandu. Kasihan driver kalau memandu dalam keadaan penat.

Paling penat beliau memandu adalah di Iceland dan Switzerland. Sebab nak kejar masa sebenarnya… kalau tak kejar masa, rileks-rileks saja… Masa di Switzerland, kami ada masa 3 malam nak berkejar dari Zurich, ke Jungfrou dan ke Geneva. Berhenti di town sekejap-sekejap je, kebanyakannya tak sempat singgah pun, lalu je. Stress memandu dalam keadaan begitu. Di Iceland pula sebab nak kejar keliling pulau dalam seminggu, sehari beratus kilometer kami memandu.

Tapi… sebenarnya puas hati. Hehe. Cuma kalau nak buat lagi tu mungkin tak lah. Mungkin lepas ni nak rileks-rileks jadi penumpang je.

Persediaan nak memandu di luar negara… kami ambil IDP (International Driving Permit) atau Lesen Memandu Antarabangsa di JPJ. Bayarannya RM150 untuk tempoh setahun. Kena sediakan gambar untuk lesen… ambil saja di kedai gambar yang ada di JPJ tu. Bawa lesen asal dan IC. Tapi, biasanya kalau nak sewa kereta, mereka tak minta dah IDP ni, sebab lesen memandu Malaysia dan cukup OK. Bagi negara yang tak guna bahasa Inggeris (atau hurup rumi) baru IDP diperlukan. Tapi as precaution, ambil je lah. Kalau tak kena masa sewa kereta, kot-kot kena tahan polis ke, satu kerja pula kan.

Pendek kata, tengok keadaan, ukur baju di badan….

Tagged in :

admin Avatar

3 responses to “Public Transport, Atau Memandu Di Luar Negara?”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    good info alom. kalau tempat senang public transport cam sydney tak memerlukan kita drive sendiri kan.

  2. Emy Avatar

    Saya sangat tabik pada mami kerana mampu handle budak2 sambil travelling

  3. rina Avatar
    rina

    lama dah tak baca blog kak alom.. arini lunch time sambil mkn terigt plak nak bukak.
    Betul..bile drive sendiri tu kesian kat driver.. dia penat n tak dpt nak enjoy sgt tgk kiri kanan pemandangan. but besnye..bole angkut ape2 je dlm keta.. utk kami yg tak berape nak backpackers style ni..kalau drive mmg segala diangkut masuk keta walaupon daytrip.
    next destination kitorg akan fully use public transport. so rasanye kena revamp balik style packing brg utk mudahkan naik turun train dgn anak2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge