Negara kita di garisan Khatulistiwa pastinya tak ada mengalami perkara ini – siang 24 jam (midnight sun) dan malam 24 jam (polar night). Walaupun matahari kadang-kadang tak kelihatan di musim tengkujuh, matahari tetap ada di atas kepala, cuma ia ditutupi awan.
Tapi lain cerita kalau kita ada pergi ke bahagian bumi paling utara dan paling selatan. Disebabkan bumi kita ni berputar pada paksi yang senget, ada bahagian bumi yang tak mendapat cahaya matahari, dan sentiasa dapat matahari pada masa-masa tertentu dalam setahun (summer dan winter).
Kami berpeluang merasai midnight sun semasa kunjungan ke Iceland pada bulan Jun yang lalu. Kami juga sebenarnya berada di Norway semasa solstis musim sejuk, tapi tidak dapat merasai polar night kerana kami cuma berada di Bergen, di bahagian yang agak selatan. Polar night dialami di bahagian utara, antaranya di Tromso.
Kalau nak tahu, di Tromso ramai orang Islam.
Jadi, bagaimana nak solat bila matahari naik tak turun-turun, dan matahari turun tak naik-naik?
Ada 3 pendapat:
1. Waktu solat mengikut tempat terdekat yakni tempat yang berada di bawah kedudukan 64degree North.
2. Waktu solat mengikut tempat yang mengalami siang 12 jam dan malam 12 jam (Khatulistiwa). Ini adalah berdasarkan kes istihadah, di mana perempuan yang sentiasa mengeluarkan darah, masa uzurnya akan mengikut waktu maksima uzur wanita biasa.
3. Waktu solat mengikut waktu di Mekah.
Walau bagaimana pun, pendapat yang paling kuat adalah yang nombor (1). Ini kerana suasana di tempat yang terdekat itu, (misalnya Iceland akan ikut waktu Stockholm) adalah paling hampir dengan keadaan di tempat yang mengalami midnight sun dan polar nights.
Semasa kami di Iceland, walapun tak gelap-gelap, tapi kami tetap tunaikan solat Subuh pada jam 2 pagi dan Maghrib pada jam 11 malam. Bayangkan kalau nak puasa macam ni kan, hehe.
Di Tromso pula sekarang ni (Disember) matahari tak naik-naik. Di negara Eropah pun sekarang Subuh jam 7 pagi dan Maghrib 3.30 petang. (Malam yang panjang untuk bertahajud). Kalau malam langit tak berawan, boleh tengok Aurora Borealis!
Inilah antara kekuasaan dan keajaiban yang dijadikan Allah di muka bumi ini. Kita di Malaysia bertuah, sepanjang tahun waktu siang dan malam sekata saja. Tiada musim-musim melainkan musim kemarau dan tengkujuh (sama-sama kita doakan saudara-saudara kita yang dilanda banjir).
Mudah-mudahan dengan perkongsian ni boleh tambah lagi ilmu kita kan..
Leave a Reply