Email marketing, atau pemasaran melalui email adalah salah satu cara yang berkesan dalam memasarkan produk atau servis. Ini kerana komunikasi melalui email merupakan komunikasi sehala yang terus kepada prospek.
Namun, terdapat beberapa kesalahan yang mungkin dilakukan oleh email marketer, terutama beginner.
1. Menghantar email yang dibeli dari ‘pembekal email address’ atau menghantar email yang tidak dikenali.
Mengikut undang2 pengguna Amerika Syarikat, cara ini adalah satu spam kerana menghantar email tanpa kebenaran. Walaiupun ia masih tidak dipandang serius di negara kita, namun hak privasi para pemilik email harus kita hormati, dengan tidak menghantar email yang tidak diundang. Kita pun tak suka orang spam mailbox kita kan?
Tapi sekarang rasanya pemilik email boleh menggunakan Boxbe untuk menapis email2 yang tidak perlu.
Cara untuk mendapatkan alamat email dengan cara yang betul, antaranya ialah:
- Bina satu website berupa blog atau sales page dengan ruangan untuk pengunjung mengisikan alamat email mereka.
- Menggunakan teknik viral marketing.
- Menganjurkan satu acara dan meminta pengunjung menulis alamat email mereka.
- Mulakan perhubungan contohnya persahabatan dengan seseorang dan jadikan dia biasa dengan kita, jadi email dari kita sentiasa di-welcomed.
2. Terlalu kerap menghantar email promosi
Pengguna tidak suka dipaksa. Tidak perlu menghantar email promosi setiap hari atau selang sehari untuk mewujudkan ‘hubungan’. Ia akan lebih membuah kepada menyampah dari teringin nak mencuba produk yang kita promosikan.
3. Terlalu banyak memberi ‘unsolicited advise’.
Misalnya kita menjual ubat kurus, saban hari kita hantar email kepada prospek tentang tidak bagusnya menjadi gemuk. Hari2 kita membebel tentang keperluan menjadi kurus, nanti nak pakai baju apa senang, nak buat apa senang, nak aktiviti apa2 mudah.. Lama2 bukan prospek bertukar jadi pelanggan, silap2 email kita yang terus kena block.
4. Menghantar email tanpa sebarang follow up
Sekali saja hantar email kepada prospek. Lepas tu diam. Prospek pun tertanya2 apa jadi dengan orang ni, dah tutup bisnes kah? Pelanggan memang tak suka email yang terlalu kerap dan berbaur paksaan, tapi mereka juga suka dipujuk. Kalau sekali saja hantar email kemudian mengharap prospek akan datang kepada kita, kemungkinan ada mungkin tidak sampai 0.5%. MELAINKAN email kita cukup lengkap dengan link-link berkaitan, what’s next dan sebagainya.
5. Email yang tidak ‘convincing’.
Mula2 tentang subjek. Subjek email yang bagaimana membuatkan anda tergerak untuk membuka email tersebut dan membacanya? Secara umumnya, untuk mengetahui tabiat prospek ialah dengan membuat refleksi kepada kehendak kita sendiri. Adakah kita suka dengan email yang subjeknya “CEPAT BELI!”, atau “DISKAUN 50%…..”? Jadi belajarlah menulis ayat yang hipnotik agar mampu meng-hipnosis pembaca anda 🙂
6. Email yang tidak kena pada prospek
Anda nak jual beg jenama buatan Vietnam, tapi email kepada makcik kerja stesen minyak yang gajinya RM500 sebulan yang mampu menelan liur saja sambil mengenangkan beras di dapur yang hampir kehabisan (makcik pun ada internet kat rumah, beli PC second hand dari tokei stesen minyak & pakai line WiFi orang sebelah yang tak letak password). Kerana itu penting kita ada wesbite khas untuk collect email. Orang yang sign up dalam website tu mestilah orang yang berminat dengan produk berkenaan. Kalau website kita tentang beg jenama buatan Vietnam, mana2 makcik yang minat dengan beg jenama Vietnam ni pasti akan tinggalkan email mereka.
Untuk ‘pujuk’ mereka tinggalkan email pun bukan semudah letak je kotak ‘Sila isikan email anda’ kat situ. Tulislah sikit, apa yang patut, contohnya ‘Masukkan email anda agar tak terlepas update terkini beg Vietnam!’, ke, ‘Daftar untuk memenangi sebuah beg Vietnam percuma’ ke… kan nampak lebih convincing.
7. Email yang banyak kesalahan
Sebelum menghantar email, sila check dulu ejaan dan juga URL yang terbabit. URL ni penting, jangan silap tulis kerana ia akan membawa prospek anda kepada satu gateway baru. Email bagus tapi link silap.. habis. Kalau ada yang email kita balik minta URL sebenar, itu cukup bagus. Tapi ramai yang don’t care saja…
8. Gagal membina ‘hubungan’ dengan prospek
Email I:
from : datok@yahu.com
to : sitik@yahu.com
Subject : Ubat Langsing Diskaun 50%
Hai,
Saya menjual ubat langsing. Sila hubungi saya untuk mendapatkan diskaun 50%.
Yg benar,
DatoK
Email II:
from : datok@yahu.com
to : sitik@yahu.com
Subject : Ubat Langsing Diskaun 50%
Hi SitiK,
Maafkan saya tiba2 menghantar email. Saya sebenarnya ada sesuatu mahu dikongsi dengan SitiK.
Saya menjual ubat langsing. Saya pasti SitiK pasti mahu kelihatan kekal langsing bukan? Sila hubungi saya untuk dapatkan diskaun 50% khas untuk SitiK.
Yg benar,
DatoK
Mana satukah email yang membuat anda berasa dihargai dan ’email ini memang untuk saya’. Seorang marketer bukan seorang cashier atau sales assistant atau salesman/girl. Seorang marketer berbeza dengan seorang seller. Seorang marketer mempunyai satu target market yang mempunyai beberapa pelanggan yang berpotensi. Berlainan dengan sales kerana mereka mempunyai client tertentu.
Jadi untuk menjadikan target market ini sebagai pelanggan, seorang merketer perlu bijak ‘melayan’ emosi prospek.
9. Terlalu banyak informasi yang tidak perlu
Prospek kita bukannya kerja baca email 24 jam. Bantu mereka dengan tidak menghantar email panjang berjela tapi yang nak dicakap cuma satu benda saja. Hantar email yang ringkas, padat namun cukup lengkap bagi menjawab segala persoalan prospek dan ada langkah ‘what’s next’ untuk mereka ikuti seterusnya.
Aik, kata 5, dah 9. Terlebih sudah!
Itulah antara yang saya kutip dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain berkaitan email marketing. Email marketing adalah antara cara paling mudah dalam bidang pemasaran kerana kita berpeluang berkomunikasi secara terus dengan prospek/pelanggan tanpa perlu menunggu mereka datang ke website/kedai kita. Email marketing amat bagus untuk keep in touch dengan pelanggan2 kita, agar mereka terus stick kepada kita.
Yang penting ia menjimatkan masa, buat sekali dan terus automated untuk seterusnya.
So dah bersedia dengan list email anda?
Leave a Reply