Kreativiti Menipu, Tronoh jadi Toronto

admin Avatar
Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my

SYAWAL pun berlalu. Namun catatan sepanjang Syawal mesti masih berbekas di hati mahu pun dalam lipatan memori. Banyak cerita suka-duka sepanjang Syawal. Di pihak akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, berakhirnya Syawal bermakna tamatlah ruangan Salam Perantauan untuk tahun ini. Alhamdulillah sambutan yang diterima terlalu memberangsangkan. Sama ada muka surat untuk ruang tersebut ditaja atau tidak, syarikat meneruskan tradisi menyiarkan ruangan itu khusus untuk rakyat Malaysia di luar negara menyampaikan salam hari raya.

Bermula dengan ucapan daripada para pelajar, ruangan tersebut dibuka kepada semua rakyat Malaysia di luar negara.

Lebih menarik perkembangan teknologi maklumat memberi peluang kepada rakyat Malaysia di mana saja untuk berbuat demikian. Sehingga hari ini emel yang diterima melimpah ruah. Mereka yang berkhidmat di pelantar minyak, di atas kapal malah nun di hujung dunia memeriahkan lagi ruangan yang diwujudkan oleh akhbar ini dengan penuh rasa ikhlas. Sehingga hari ini masih banyak emel yang diterima tidak dapat disiarkan.

Sebelum kepesatan zaman teknologi maklumat, berkotak-kotak surat dikirimkan dengan harapan gambar serta ucapan mereka dapat disiarkan di dalam ruangan tersebut. Setiap malam akan ada petugas yang menaip rapi setiap maklumat yang dihantar, sambil sesekali tersenyum melihat aksi-aksi pelajar kita di luar negara. Mereka ini tidak dibayar elaun khas untuk membuat kerja-kerja menaip, mengumpul gambar dan mengasingkan antara surat yang telah diproses dan surat yang baru diterima. Kesemuanya itu dibuat dengan rasa ikhlas. Sebab itu tiada bayaran dikenakan. Tiada syarat-syarat – satu yang dipinta pengirim juga mesti bersikap jujur dan ikhlas. Pastikan maklumat yang dikirim adalah betul.

Akhbar-akhbar lain turut berbuat demikian.

Tidak pernah terlintas di fikiran para petugas media akan ada sekumpulan manusia yang bergelar pelajar universiti akan mengambil kesempatan menggunakan ruangan tersebut untuk menipu. Tidak juga masuk akal bagi petugas media menghubungi semua universiti di luar negara untuk menentukan kesahihan gambar yang diemel. Tidak juga dibelek setiap latar belakang gambar lantaran tradisi yang diteruskan didasari oleh prinsip saling percaya-mempercayai.

Kecanggihan

Namun kecanggihan teknologi maklumat meningkatkan kreativiti manusia untuk menipu. Bukan saja menipu, si penipu berbangga dengan kreativiti songsang mereka. Itulah yang terjadi apabila sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak mengirim gambar mereka berlatarbelakangkan sebuah taman untuk disiarkan di dalam ruangan Salam Perantauan. Gambar tersebut dipilih untuk terbitan 21 September 2010. Ketika mana umat Islam menyuci diri menjalani ibadah puasa, mereka mencuci otak untuk menipu. Menerusi ICT juga penipuan itu dijaja, kononnya mereka handal kerana dapat menipu akhbar ini. Mendabik dada kononnya mereka juga pernah melakukan penipuan yang sama kepada akhbar-akhbar lain. Malah menerusi komen di blog yang memaparkan penipuan tersebut, telah ada perancangan untuk menyambung siri penipuan pada tahun hadapan.

Penipuan itu kononnya didorong rasa meluat terhadap penuntut luar negara yang menghantar gambar mereka dengan latar belakang salji untuk disiarkan di ruangan tersebut. Selamba dan bersahaja mereka berbangga diri tidak perlu bersalji dan tidak perlu ke Toronto pun, gambar mereka disiarkan di ruang Salam Perantauan.

Saya pasti kumpulan pelajar itu masih berbangga. Membaca komen-komen di dalam blog itu ramai juga yang memuji kelicikan serta kreativiti penuntut universiti di Tronoh itu menipu akhbar tempatan. Ditambah lagi dengan komen-komen yang kononnya akhbar ini menipu. Mahu diajukan pertanyaan, adakah mereka pembaca setia akhbar ini, dan apa pula penipuan yang telah dibuat sehingga penipuan yang secara terang-terangan menjadi halal di mata mereka. Ulasan-ulasan selari itu pasti menjadikan kumpulan yang menipu berasa diri mereka hebat.

Bagaimana pula ibu-bapa, para pensyarah dan pihak penaja biasiswa mereka? Adakah mereka juga berbangga? Wakil akhbar ini ada menghubungi UTP. Dia diberitahu satu mesyuarat telah diadakan berhubung penipuan tersebut. Sambil menyebut juga betapa mereka mengharapkan penipuan itu tidak disedari oleh Utusan Malaysia. Sememangnya akhbar ini tidak sedar berlakunya penipuan. Bukan kerana merelakan diri ditipu tetapi sebaliknya didorong oleh rasa percaya dan yakin betapa tidak mungkinnya ruangan tradisi ini pun menjadi mangsa penipuan kreatif. Siapa yang dapat membezakan latar belakang gambar tersebut? Bukankah musim bunga di Toronta juga sarat dengan kehijauan sama seperti bumi Tronoh yang tidak pernah dilanda salji?

Pihak UTP ada menyebut perihal kesal dengan kejadian tersebut dan meminta maaf serta berjanji akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang terlibat sebagai pengajaran. Saya percaya siri penipuan ini tidak akan berhenti tahun ini. Lantaran mereka yang menggunakan kreativiti otak untuk menipu akan menggunakan pelbagai cara untuk memuaskan kehendak mereka. Kumpulan ini juga tahu pihak akhbar tidak akan mampu untuk menentukan kesahihan gambar yang diemel. Untuk menghubungi universiti yang dinamakan adalah mustahil. Mustahil juga bagi pihak pengurusan universiti di luar negara mahu memberi kerjasama segera mengenal pasti gambar-gambar tersebut

Mengapakah hujah-hujah pendek akal dilontarkan oleh pelajar yang kini menuntut di peringkat universiti. Atau keterujaan untuk menipu telah membataskan akal fikiran mereka sehingga tidak boleh membezakan antara yang logik dan tidak masuk akal.

Inilah masanya untuk kita menoleh ke belakang. Melihat apa yang kurang dalam sistem pembentukan sahsiah remaja sebagai modal insan yang diperlukan untuk membangunkan negara. Isu penipuan gambar untuk ruang Salam Perantauan tidak boleh dilihat remeh. Fikirkan jumlah pembaca yang turut ditipu dan tertipu. Teknologi untuk menipu, teknologi juga dedahkan penipuan.

My comment:

Saya ada membaca entry tentang kes ini di blog Obefiend (Ex-pelajar UTP). Di bawah komen2 yang diterima ada pelajar2 dari universiti lain yang menyebut “kami dah lama buat kerja macam ni”. Betul atau tidak itu saya tidak periksa.

Tapi bila pelajar UTP yang membuat gurauan seperti ini, ia menjadi isu besar, hingga menjadi topik sebuah rencana di Utusan Malaysia sendiri. Mungkin kerana provokasi yang berlaku (blog entry dan sharing di FaceBook) tentang karenah student2 UTP ni begitu meluas, dan sedikit sebanyak mencemarkan imej Utusan Malaysia sendiri, kononnya akhbar sebegitu besar pun boleh kena tipu dengan student universiti tempatan. Ahaks.

I myself do not have any idea kalau isu ni boleh mencemarkan nama baik mana2 pihak (kalau tak diperbesarkan). Utusan should be ‘big enough’ to just ignore this, what do you think? Macam artis2 yang dilanda gossip sana sini, buat tak endah saja. Yang cepat melatah tu yang buat orang lagi suka mengusik 🙂

By the way, mungkin memang tabiat kita (myself including), that kita suka highlight benda2 buruk tentang sesuatu/seseorang. Bila UTP students pegi sana sini (overseas of course), menang award sana sini, beritanya cuma berita kaki, tak sampai pun sejengkal kolumnya.

Bila best student SPM masuk universiti bagus,  dapat kerja bagus, kahwin dengan orang bagus2, tak ada pun yang nak layan. Tapi bila best student bunuh diri, jadi budak2 jalanan, budak rosak, tebar roti canai, satu dunia tahu. Sampai ada ibu bapa yang tak mahu anak dia ‘pandai sangat’ sebab takmau jadi macam best student yang beberapa kerat itu, sedangkan best student lain yang naik ke bulan, jadi CEO company, jadi orang berjasa, tak ada orang ambil kisah.

To the extent that there are parents yang lagi suka anak2 tak dapat top 10 or even top 20 atas alasan anak akan lebih berjaya jika tak jadi top 10 students sebab ramai je first class degree holders yang ntah apa-apa.  Well thats what happen bila kita asyik tengok benda negatif saja.

Macam ni saja, bila anak kita nombor belakang2, kalau ikut pengkhususan kelas, akan masuk kelas belakang. Student kelas belakang itu bagaimana agak perangainya? Itu lah yang akan jadi kawan2 anak kita. Budak2 kelas depan, walaupun suka prank orang tapi rajin juga belajar. Much better than yang suka prank orang dan juga suka beranak dalam tandas sekolah.

Orang kata pula”Alah, buat apa belajar pandai tapi akhlak rosak?”. Alangkah baiknya kalau kedua2nya bagus. Sayang juga kalau akhlak baik tapi tersangkut sebab tak dapat ke mana2. Kan elok kalau akhlak yang baik tu boleh pula masuk U yang baik, dapat result yang elok then boleh lah jadi contoh tauladan kepada yang lain 🙂 So that orang tak nampak “budak alim2 ni sesuai jadi ustaz/ustazah saja” sebab mereka2 ni sofistikated dalam berfikir, proaktif, kompetitif dan cekap.

Well there’s always two sides of a coin so terpulanglah pada kita nak tengok pada side yang mana 😀

Errr… rasa childish pulak layan isu ni. Hehe. Apa kata kita tunggu IPO Petchem Group nanti 🙂 Ohhh yessss, my slides untuk WoHoWo Mom Workshop Series belum siap!!!!  Ohh masa untuk kembali bekerja. (Apa itu WoHoWo Mom? Tunggu~~~)

admin Avatar

10 responses to “Kreativiti Menipu, Tronoh jadi Toronto”

  1. kinna Avatar

    apa niat diorang? nk publisiti selepas ‘publisiti’?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      entahlah nyah

      layan ajelah hehehe

  2. joe's babe Avatar

    nampak macam leceh jer isu ni diperbesarkan. tapi, perbuatan menipu itu sendiri dah jatuh ke gaung dosa. so, beringatlah sebelum bertindak. nampaknya raya lepas ni, gambar2 yang dihantar kena ‘interview’ dulu kut 😛

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      orang2 suratkhabar kena rajin2 visit IPT kat negara kita ni, kot2 nanti nampak pemandangan sama pulak dengan universiti overseas hehehe.

  3. YatieJay Avatar

    Personally, saya rasa ruangan salam di perantauan tu patut scrap kan aje. Sekarang kan ada fb, blog dll untuk wish ‘orang di kampung’. Ruangan tu dah tak relevan lagi sekarang ni.

    BTW, saya rasa tindakan budak2 UTP tu ‘licik’ dan kelakar….dan cara utusan react pun agak kelakar….

    Tak perlulah serius sangat…..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Eh relevan nyah, masuk paper kau! bukan senang, hehe.

      Err… mungkin beliau tengah period agaknya.

  4. zik Avatar

    aiyo kak… ada perasan gak pasal mendalah nie… aiyo… toronto betul lah utp nie…

  5. Ummu Mas Avatar

    salam sis
    masa mula2 baca tajuk entry ni, ada terasa lucu dan kreatif
    yalah Tronoh jadi Toronto
    tapi bila baca sampai habis, erm, macam2 punya hal dlm dunia ni.

    tertarik pada,”kan elok kalau akhlak yang baik tu boleh pula masuk U yang baik, dapat result yang elok then boleh lah jadi contoh tauladan kepada yang lain”
    pasti sejuk ibu mengandung,meskipun si ibu semakin tua.
    tenang hati guru yang mendidik meskipun si guru dilupakan

  6. UmmuAhmads Avatar
    UmmuAhmads

    Salam.

    Saya nampak isunya kat sini ialah betapa parah ‘sakit jiwa’ pelajar IPT. Benda yang tak penting pun nak menipu dan yang ketara ialah seronok bila berjaya menipu…. apatah lagi bila benda penting, termasuk bila berjaya menipu dlm exam, assignment, etc. Ia adalah budaya zaman IT….. Pelajar IPT kini ramai yang sudah hilang jatidiri & harga diri. Mungkin juga attention yang diperlukan….. kalau tak dapat attention dengan menjadi pelajar cemerlang, maka buatlah apa saje termasuk menipu untuk dapatkan attention (atau penghargaan). Buat sesuatu sentiasa untuk dapatkan sesuatu (termasuk caci maki sbg sebahagian attention) drp org lain seperti masyarakat, parents, teachers, etc. Tiada lagi maruah & harga diri untuk diri sendiri….

  7. fid Avatar

    ai pernah belajar kat negara bersalji tapi i tak pernah ada minat nak hantar gambar kubang dalam salji say selamat hari raya bagai
    ai tak suka
    sbb ai rasa ishhh tak de kerja aku nak buat smeua tuh bnyk lg kerja lain hakhakhakhak
    no offense ya
    but sian kat yg tak pernah pi ke rantau org yang teringin so…moralnya hentikanlah semuanya sekali baik ruangan salam dr perantauan bagai nak gleme hantar je gambar ke blog2 popular kahkahkah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge