, , ,

6 Benda Mengarut Yang Saya Pernah Beli Sebagai Emak

admin Avatar

Biasalah bila kita tahu kita akan dapat baby, kita mulalah rasa excited, dan mula rasa nak shopping barang-barang baby. Mula lah ‘kaji’ sana sini apa barang baby yang kita kena sediakan untuk baby pertama kita.

Tapi bila difikir-fikir, banyak barang baby yang kita tak perlukan, tapi kita beli juga sebab kita termakan dengan kata-kata marketing – untuk baby kita. Apa bendanya tu?

1. Kasut baby

KASUT BAYI

Semua orang memerlukan kasut atas alas kaki lah at least untuk berjalan. Tapi baby yang belum boleh berjalan pun nak dipakaikan kasut. Pakai ajelah stoking atau booties baby tu… sama je fungsinya kan…

2. Mainan yang boleh bercakap dan menyanyi

ANNOYING ORANGE

Mula-mula memang rasa cute dan comel serta bermanfaat untuk baby… Tapi sebenarnya ia adalah benda paling annoying di dunia! Aduh taktau nak cakaplah. Nak cakap ke, nak nyanyi ke… lebih baik maknye yang buat sendiri je lah.

3. Bottle Warmer

BOTTLE WARMER

Mula-mula rasa sangat berguna…. Tapi bila dia duduk sebelah-sebelah dengan cerek air panas, timbul perasaan “Apsal tak guna air panas je?”

4. Bottle Sterilizer

STERILIZER

Air mendidih will do just fine!

5. CD Untuk Baby

CD untuk baby

CD-CD seumpamanya ni hanya berguna bila emaknya pun spend time tengok atau dengar sama-sama dengan  baby. Tapi kalau setakat nak jadikan peneman masa mak sibuk masak atau basuh pinggan, pasang je youtube atau CD mengaji.

6. Set Tilam Baby

SET TILAM BABY

Selain dari anak no 1, no 2 dan no 3 langsung tak pakai set bedding ni dah.

7. Stroller

STROLLER

Saya pernah buat entry tentang stroller baby, dan saya rasa menyesal pulak. Haha. Stroller kami semuanya tak tahan, kecuali BabyZen Yoyo (sebab ia travel-friendly). Tak tahan kenapa? Sebab tak pakai! Jarang pakai stroller kecuali masa Fahry tak ada kaki palsu. Itu pun selalunya pakai SSC (soft structured carrier).

Kenapa saya tulis post ni?

New momma, jangan mudah terpengaruh dan terasa nak rembat semua demi baby… Persediaan nak dapat baby ni macam nak kahwin lah.. tak payah berhabis banyak-banyak, nak besarkan baby tu nanti lagi banyak duit nak pakai.

Ada benda yang bole kita jimat, kita jimatkan. Fikir dan kaji dulu adalah betul-betul perlu atau sekadar ikut trend je.. Biarlah tak style macam orang lain pun… Penjimatan tu boleh kita masukkan dalam tabung baby. Itu yang dia lebih appreciate dari benda-benda yang dia pun tak faham lagi nak hargai sebab kecil sangat lagi, cuma buat maknye je rasa happy.

admin Avatar

3 responses to “6 Benda Mengarut Yang Saya Pernah Beli Sebagai Emak”

  1. Amyz Avatar

    Haha. Sudahnya barang-barang ni jadi tempat simpan habuk je. Nangis!!

  2. emalinmohd Avatar

    1-6 memang saya tak beli tapi nombor 7 memang saya pakai sampai sekarang bila anak dah besar. Sebab duduk rumah bertingkat-tingkat ni, stroller jadi bawa beg2 sekolah 🙂

  3. Muliani Avatar

    Haha setuju.. Mmg perkara yg wajib beli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge