Para isteri yang baru mendirikan rumahtangga (dah yang dah lama) dan tak sabar-sabar nak timang anak (juga anak kedua) pastinya gabra setiap kali saat-saat period nak datang. Maklumlah.. datang ke tak datang ke.. kalau datang, aduhh kecewanya. Takpela bang kita cuba lagi 😛
Sebelum membuat ujian kehamilan, pastinya ada yang tertanya-tanya, betul ke perasaan sebegini adalah mengandung?
So, mari kita tengok apakah tanda2 biasa sebelum mengesahkan seseorang itu hamil..
1. Payudara terasa bengkak, ngilu dan tegang
Sama seperti gejala sebelum kedatangan haid, seorang wanita tu akan rasa payudaranya tegang dan sakit bila disentuh. Rasa bengkak, tak selesa.. areola pun mungkin membesar sikit.
2. Keluar sedikit darah atau kecoklatan
Kadangkala bila penempelan zigot berlaku, ada orang akan berdarah sikit.
3. Rasa tak sedap badan, mual
Kebanyakan wanita mula merasa mual selepas minggu kelima. Morning sickness ni tak semestinya pada waktu pagi je. Petang, malam, bila-bila masa je pun ia boleh datang.
4. Deria bau semakin sensitif
Kalau sebelum ni rasanya bau bawang tumis tu biasa je, bila dah hamil mungkin rasa dah tak boleh tahan. Bau-bau yang sebelum ni boleh tahan, jadi tak tahan. Paling tak best kalau tak boleh tahan bau badan suami hehehe.
5. Perut kembung dan badan berangin
Perubahan hormon kehamilan ni menjadikan kadangkala terasa badan macam berangin, perut asyik kembung.. Kepala pun pening je akibat angin.
6. Suhu badan meningkat
Pada peringkat awal kehamilan, suhu badan menjadi tinggi sikit dari biasa. Mungkin terasa badan panas-tak-panas. Rasa macam demam-tak-demam.
7. Asyik terasa nak kencing
Semasa mengandung, kapasiti cecair (darah) dalam badan meningkat, dan cecair yang diproses oleh buah pinggang juga meningkat. Jadinya akan rasa lebih kerap nak buang air kecil.
8. Letih dan lesu melampau
Di peringkat awal kehamilan, sistem badan bertukar. Imuniti akan berkurang kerana nak memberi ruang kepada ‘benda asing’ membesar dalam tubuh kita iaitu baby. Jadi perubahan dalaman ni membuatkan ibu rasa tak selesa, letih, lesu…
9. Mengidam macam-macam
Tubuh kita sebenarnya sangat ‘intelligent’. Bila kita kekurangan sesetengah vitamin, ia akan menunjukkan tanda2 ‘craving’ atau mengidam. Maklumlah bila dah mengandung, keperluan vitamin dan mineral meningkat. Boleh baca entry saya di sini untuk melihat kaitannya ==> Mengidam atau Teringin – Akibat Kekurangan Vitamin?
10. Sakit pada bahagian bawah perut (ari-ari)
Rahim yang selama ini tidak pernah membesar, akan mengalami pembesaran yang pesat dalam masa 9 bulan. Jadi kadangkala boleh rasa sakit pada bahagian bawah perut.
11. Lambat datang bulan
Bagi mereka yang period-nya tetap, bila terlambat datang haid tu mungkin adalah petanda takkan datang2 haidnya dalam masa 9 bulan lagi 😀
So.. kalau ada tanda-tanda macam tu, apa lagi, bolehlah jalani pemeriksaan samada di klinik atau di rumah 😀
Sesiapa yang ada tanda-tanda semacam tu saya dahului dengan ucapan TAHNIAH 😀
Psstt.. kalau menyusu badan dan tak datang haid jangan terlalu yakin tak boleh ‘accident’ ya 😉
Oh ya, entry ini tiada kena mengena dengan saya. Saya masih berbadan satu. Mungkin untuk 2-3 tahun lagi 😀
Leave a Reply