WoHoWo Mom Workshop Series – UPDATE

admin Avatar

Ramai yang bertanya tentang WoHoWo Mom Workshop Series yang dulunya saya jalankan secara usahasama dengan Azie.

Sebenarnya bukan diberhentikan, tapi workshop usahasama tu yang kami hold seketika untuk fokus kepada niche masing-masing. Azie sekarang fokus kepada Bisnes Borong China beliau. Oh ye, Azie baru je launch buku tulisan beliau dan suaminya:

bisnes borong china

Di pihak saya pula, memandangkan agak sukar untuk fokus pada banyak cabang yang saya miliki, saya memutuskan untuk integrate WoHoWo Mom bahagian saya bersama dengan perniagaan Shaklee yang saya jalankan. Ia menjadi lebih mudah dan terarah kerana saya sentiasa memberikan coaching (online dan offline) kepada downline saya, dan tidak tertakluk kepada perniagaan Shaklee saja. Misalnya kalau ada bisnes lain, atau nak buat bisnes lain pun kita tapau sekali.

Bagi saya, bisnes Shaklee adalah training ground terbaik untuk mereka yang nak memulakan perniagaan sendiri. Sebabnya:

  • Modal yang rendah. Tak payah keluar ribu-ribu. Malah ratus-ratus pun.
  • Tak keluar modal pun boleh, cuma bayar yuran pendaftaran saja. & boleh saja dapatkan membership percuma (jika menepati syarat).
  • Bisnes berasaskan produk, bukan sistem (cari downlines, etc)
  • Work at home, tak perlu keluar pun.
  • Sistem sokongan yang berterusan. Coaching, seminar.. dengan syarat sendiri kena ada inisiatif, jangan dok tunggu melangut saja.
  • Penggunaan sistem pemasaran internet.
  • Sama saja dengan bisnes lain (jual barang) malah lebih bagus kerana ada support berterusan.
  • .. dan yang paling penting, pulangan masyuk 😀 alhamdulillah… dengan syarat kena usaha betul2 dan treat this as BISNES SENDIRI
  • Sistem yang unik..

Malah, untuk yang mengikuti program WoHoWo special ni (termasuk downline saya sekarang), dapat banyak peluang untuk mengembangkan potensi diri melalui rangkaian network yang telah saya bina.

Jadi, itulah jawapan kepada perkembangan terkini WoHoWo Mom Workshop series. Insya-Allah kami akan adakan seminar WoHoWo Mom apabila semuanya sudah selesai nanti.

Oh ye, sebenarnya ni memang masalah di pihak saya. Mesej2 yang saya tanda jadi bercelaru, so saya tak tahu/tak dapat kesan mana email/mesej tentang WoHoWo yang saya dah jawab atau belum jawab. Kalau ada puan2 yang membaca pernah menghantar email kepada saya dan saya tak jawab, minta forward lagi sekali atau emailkan lagi ya. Sorry for the inconvenience… Mungkin robot saya kehabisan bateri 😀

Oh ya, kalau nak dapatkan maklumat lanjut tentang point2 di atas boleh contact saya.

So, adakah anda WoHoWo? 😀

Tagged in :

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge