11 Tanda Awal Kehamilan

Para isteri yang baru mendirikan rumahtangga (dah yang dah lama) dan tak sabar-sabar nak timang anak (juga anak kedua) pastinya gabra setiap kali saat-saat period nak datang. Maklumlah.. datang ke tak datang ke.. kalau datang, aduhh kecewanya. Takpela bang kita cuba lagi :P

Sebelum membuat ujian kehamilan, pastinya ada yang tertanya-tanya, betul ke perasaan sebegini adalah mengandung?

So, mari kita tengok apakah tanda2 biasa sebelum mengesahkan seseorang itu hamil..

1. Payudara terasa bengkak, ngilu dan tegang
Sama seperti gejala sebelum kedatangan haid, seorang wanita tu akan rasa payudaranya tegang dan sakit bila disentuh. Rasa bengkak, tak selesa.. areola pun mungkin membesar sikit.

2. Keluar sedikit darah atau kecoklatan
Kadangkala bila penempelan zigot berlaku, ada orang akan berdarah sikit.

3. Rasa tak sedap badan, mual
Kebanyakan wanita mula merasa mual selepas minggu kelima. Morning sickness ni tak semestinya pada waktu pagi je. Petang, malam, bila-bila masa je pun ia boleh datang.

4. Deria bau semakin sensitif
Kalau sebelum ni rasanya bau bawang tumis tu biasa je, bila dah hamil mungkin rasa dah tak boleh tahan. Bau-bau yang sebelum ni boleh tahan, jadi tak tahan. Paling tak best kalau tak boleh tahan bau badan suami hehehe.

5. Perut kembung dan badan berangin
Perubahan hormon kehamilan ni menjadikan kadangkala terasa badan macam berangin, perut asyik kembung.. Kepala pun pening je akibat angin.

6. Suhu badan meningkat
Pada peringkat awal kehamilan, suhu badan menjadi tinggi sikit dari biasa. Mungkin terasa badan panas-tak-panas. Rasa macam demam-tak-demam.

7. Asyik terasa nak kencing
Semasa mengandung, kapasiti cecair (darah) dalam badan meningkat, dan cecair yang diproses oleh buah pinggang juga meningkat. Jadinya akan rasa lebih kerap nak buang air kecil.

8. Letih dan lesu melampau
Di peringkat awal kehamilan, sistem badan bertukar. Imuniti akan berkurang kerana nak memberi ruang kepada ‘benda asing’ membesar dalam tubuh kita iaitu baby. Jadi perubahan dalaman ni membuatkan ibu rasa tak selesa, letih, lesu…

9. Mengidam macam-macam
Tubuh kita sebenarnya sangat ‘intelligent’. Bila kita kekurangan sesetengah vitamin, ia akan menunjukkan tanda2 ‘craving’ atau mengidam. Maklumlah bila dah mengandung, keperluan vitamin dan mineral meningkat. Boleh baca entry saya di sini untuk melihat kaitannya ==> Mengidam atau Teringin – Akibat Kekurangan Vitamin?

10. Sakit pada bahagian bawah perut (ari-ari)
Rahim yang selama ini tidak pernah membesar, akan mengalami pembesaran yang pesat dalam masa 9 bulan. Jadi kadangkala boleh rasa sakit pada bahagian bawah perut.

11. Lambat datang bulan
Bagi mereka yang period-nya tetap, bila terlambat datang haid tu mungkin adalah petanda takkan datang2 haidnya dalam masa 9 bulan lagi :D

So.. kalau ada tanda-tanda macam tu, apa lagi, bolehlah jalani pemeriksaan samada di klinik atau di rumah :D

ujian kehamilan

Sesiapa yang ada tanda-tanda semacam tu saya dahului dengan ucapan TAHNIAH :D

Psstt.. kalau menyusu badan dan tak datang haid jangan terlalu yakin tak boleh ‘accident’ ya ;)

Oh ya, entry ini tiada kena mengena dengan saya. Saya masih berbadan satu. Mungkin untuk 2-3 tahun lagi :D

19 thoughts on “11 Tanda Awal Kehamilan”

  1. nasib dah warn awal2 takde kena mengena. Kalau tak konpem sume ingat mommyLyna preggy lg. huhuhuhu..

    Saya pon period tak dtg2 lepas bersalin haritu. Dah nak masuk 9bulan ni…

  2. wah snk nye korang semua da pregy…saya da kawin 3thn da….sampai skang rezeki xde lg….kali nie period lewat….tp tkt je nk check…urmmm tkt keciwa lakz…..sebab bulan lepas lewat gak….tp bila check -ve…pastu period dtg,,,,berketul2….mmg frust sgt2

    1. salam iza..
      period anda berketul adalah kerana kedudukan rahim anda tidak berada pade posisi yg sepatutnya..nasihat sy, berjumpelah bidan urut dan betulkan semule posisi rahim anda.:)

  3. saya dah lewat 2 minggu lbih..masih x check lagi…tapi semlm saya ader turun tanda darah sedikit n lendir coklat…adakah tanda penempelan atau dtg bulan…

  4. saya br lepas check rahim…alhamdulilah semua okey….tkt hormon je yg xokey…sebab tu period xbtl…xpe….pasni ada 2nd treatment lg…nk tgk mcmane

  5. salam..sy da dkt 2 thn kahwin,pernah gugur skali tp sampai sekrng belum ade rezeki lg…ni da lewat period xsampai 1 week lg…tp mse 4 hr lewat ade check -ve…seblm ni penah gak lewat sebln lebih..buat upt -ve jgk..knp ye…ada mslh hormon ke sbb ape period jd lmbt??risau sgt sbb sy nk sgt pregnent..tq

  6. Saya da kawen 3 bulan. Ni
    Lewat period 11hari. Smlm check beli yg murah je rm10 mcm tu tgk2 2line. Tp btul ke? Mcm xpercaya……….. Perlu ke beli preg test yg mahal pulak??

  7. sy pun kluar cecair coklat banyak gak smpai basah seluar.(x pakai panties).ingat period,tapi x kluar pun.period blm masa dia lg.agak2 napa yer?

  8. saya pun pernah rs lambat peknen dulu… kl lbt period je asik buat UPT je…. hasilnya -ve… so sy fhm sgt perasaan kawan2 yg lmbt peknen…. tp kat sini sy nak syorkan cubalah berurut…. usaha disamping doa pada Allah swt…. berurut tu penting utk kita… sy dulu bidan tu kata rahim di bawah… maybe sbb aktif kot dulu2… lepas 2,3 kali urut (sengkak rahim) Alhamdulillah dengan kuasa Allah lekat anak pertama. La ni berturut2 pulak anak saya…. skarang tgh peknen anak yg ke4…. cuba ye jgn x cuba n jgn putus asa

  9. sy ade rs sengal2 kat bawah perut adakah sy mengandung??? period sy sll x menentu… kadang2 sakit 2 dtg tiba2… sekejap rs sekejap x ….

  10. Assalamualaikum

    Saya pernah datang Sarah coklat selama 4hari.tekak rasa mual ,sekarang saya demam dan terasa sakit di ari ari adakah saya hamil

  11. Sy mengalami kencing x lawas..semasa membuang air kecil rasa sakit sedikit..lps sehari tu sy kuar darah period tp period sy kuar sikit2..bila pakai pad darah kuar sikit…warna coklat n kehitaman…apa masalah sy?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge