,

Why Malaysian Non-Malays Don’t Understand Bahasa Melayu?

admin Avatar

Title memang dalam BI tapi saya nak tulis dalam BM.

Saya tak ada la ramai sangat kawan Chinese, Indian, Iban ke, Mat Saleh ke…  Chindian pun ada sorang je, dan kawan2 saya fasih berbahasa Melayu, jadi sebelum ni saya assume semua rakyat Malaysia sekurang2nya tahu berbahasa Melayu, walaupun tak fasih.

Kawan2 Cina saya kebanyakan cakap Melayu macam orang Melayu juga, ada yang tak ada pelat2 bahasa Cina. Yang India pun sama, 1Malaysia gitu. Ada junior sekolah saya dulu siap pegi kem ibadah lagi.

Jadi saya rasa sepatutnya tak ada la rakyat Malaysia yang bukan Melayu tak tahu cakap Bahasa Melayu.

Baru2 ni kawan baik saya seorang cikgu kepada murid darjah 5 di sebuah sekolah kebangsaan memberitahu, beliau pening kepala kerana murid2nya yang berketurunan India tidak faham/tidak tahu langsung Bahasa Melayu. Yang mereka faham cuma Bahasa Tamil yang mana kawan saya ni lagila haram tak faham. Maka terpaksa pakai translator (anak muridnya jugak yang boleh berbahasa Melayu dan Tamil). Itu pun kata dia, certain words dalam Bahasa Tamil, anak muridnya tu tak faham. Bayangkan macamana nak mengajar murid macam ni? Ini baru betul tak faham bahasa.

Saya hairan jadinya, patutnya sebagai rakyat Malaysia, adik2 itu haruslah tahu Bahasa Kebangsaan kita ni. Tapi mereka tak tahu. Hmm, ibu bapa mereka tak tahu Bahasa Melayu kah? Bagaimana mereka keluar ke mana-mana dan membaca papan tanda? Mereka tak tonton TVkah? Larat ke nak tunggu rancangan Tamil je? Atau mereka memang subscribe Astro saluran Tamil saja?

Tapi.. Tapi… Baru2 ni saya ada berjumpa dengan sorang jiran saya dan anak2nya yang baru balik dari Sarawak. Mereka Melayu. Melayu tulen tak ada campur2, kecuali kalau bapaknya ada hubungan sulit dengan bibik yang Indonesian itu. Tapi mereka (anak2) tak faham Bahasa Melayu 🙂 Mereka cuma cakap dan faham Bahasa Inggeris. Membuatkan saya tersenyum saja.

Baru duk Sarawak, bukan duk UK (Eh, kami pun duk Sarawak dulu nape beb*l jugak Bahasa Inggeris ni? :P)

Jadi saya tidak hairanlah bila anak2 kaum India di sekolah kawan saya tidak dapat berbahasa Melayu, sebab anak Melayu pun ada yang tak reti cakap Melayu.. Isk isk isk.

Anak-anak saya semuanya cakap Melayu, kecualilah Hafiy time2 otak dia tengah condong ke Barat, cuma faham arahan dalam English je. Tapi.. tapi…. TAPI saya tak bangga langsung kalau anak-anak saya tak tahu Bahasa Melayu.

*Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia? Dulu Bahasa Malaysia pastu tuka Bahasa Melayu. Sekarang ni yang mana satu ya? Hehe.

admin Avatar

18 responses to “Why Malaysian Non-Malays Don’t Understand Bahasa Melayu?”

  1. littlemama Avatar

    me ajar izzah bahasa kelate.. ci abe marah oo.. kang me ajar bahasa urdu kan baru tau…ha..ha
    .-= littlemama´s last blog ..Saya Sudah Gila! =-.

  2. qay Avatar

    tahu tak, stdnt sy ramai yang chinese malay punya la payah nak ckp..kalo ckp pun terbelit2…n kdg tah papa dia kata..macamaana tuh?nak kaunsel patient kat sini esp kat kklntan ni…jarang la nak jmpa patient yang phm ckp english mcm dkt kl nuh…cuba plak yang dtg makcik2 yang dok kg hulu nuh phm kecek kelate jah…naik pusing kpla nak phm gapodia demo ghoyak…

    kalo dtg time exam jd gitu, mmg hampes la marks diorg…tapi x dapat la nak tlg..nak buat camana…sapa soh tak mau balaja bahasa melayu
    .-= qay´s last blog ..warghhh rugiiiiinyerrr… =-.

  3. eliss Avatar

    eliss ckp ngan anak time bapak dier tak der , dialek kelate, kalo time bapak dier ada, ckp dialek teganung, tapi time antar pengasuh, pengasuh , cakap luaiiii 😛

    agak2 nanti, dier bleh cakap bhs aper yer bila besar?hihihi
    .-= eliss´s last blog ..Apa yang ko merepek ni syaitonnnnn?? =-.

  4. zuhaini Avatar

    erm… saya tgh nak ajar alia cakap BI ni.. tapi diri sendiri x brapa cakap BI di rumah, cmno nak ajar…? ahahah 🙂
    .-= zuhaini´s last blog ..Ahtoo!!! =-.

  5. UmmuAhmads Avatar
    UmmuAhmads

    Err…isu bahasa ke ni? Bagi saya, selain non-malays dan malays tak tahu cakap melayu… masalah utama sekarang ialah bahasa melayu pun dah jadi tak indah lagi kerana bahasa sms dan pasar yang digunakan secara berleluasa. Kalau saya baca setangah blogs, forum, dan sebagainya, saya jadi penig kepala dan tak pasti apakah jenis bahasa yang digunakan…hehehe… Lambat laun jika perkara ni berleluasa, mereka yang claim menggunakan bahasa melayu pun mungkin pada hakikatnya menggunakan ‘bahasa melayu internet & sms’….hmmm…saya memang amat amat prihatin dengan isu bahasa. Apa yang selalu saya ingatkan pada students saya ialah saya tak kisah mereka nak guna bahasa apa (BM atau BI) untuk assignment dan lain-lain, asalkan mereka gunakan bahasa yang standard sama ada drp segi pemilihan perkataan mahupun ejaan dan grammar.

  6. Mynie Avatar

    Saya pun ajar anak-anak saya Bahasa Malaysia dulu, sebelum ajar Bahasa Inggeris. btw, sekarang istilah rasmi ialah Bahasa Malaysia, tukar balik awal tahun ni kalau tak silap. Ke tahun lepas?
    Tahu tak bulan Oktober yang dah nak habis ni bulan bahasa kebangsaan? Saya rasa alang-alang nak menumpang hype 1Malaysia, semua (bukan gomen je) kena kempen jugak untuk 1Bahasa!
    .-= Mynie´s last blog ..Milk intake increases risk of breast cancer? =-.

  7. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    baby SN plop hari2 dgr mommy daddy kecek qelate jah di umoh..tp bilo g nursery,cikgu2 kecek jepun dgn dio. mitok2 kelik msia nanti, dio bulih la kecek melayu molek..

    pssssttt: jenis koya kot klu ore melayu xreti kecek melayu…jenis “sumbat parok”..hahhaha..sedak ngato isk3x
    .-= yatie chomeyl´s last blog ..Got BOOBIES? (*_^) =-.

  8. rizza Avatar
    rizza

    biase nye org2 cina india di bandar2 ni tak reti cakap melayu kerana mereka dok kelompok mereka dan masuk ke sekolah jenis kebangsaan dan mereka sendiri yg tak nak belajar bahasa melayu,…. kalau di kampung cina india ni yg jenis baik2 dan mereka sikit.. jadiik bergaul ngan org melayu.. cakap melayu tak de pun bunyi cina india….

    org melayu pulak.. yg perasan diri dok obesi le selalu dok cakap english kat rumah sampai anak tak reti bahasa melayu[tak kisah lee bahasa melayu apa pun… bahasa melayu tu unik.. ..]
    peranan mak bapak yg jadikkan anak mereka sama ade boleh berbahasa melayu atau tidak…. tak salah nak speaking london kat rumah.. tapi kena pastikan anak2 faham bahasa melayu jugak.. melain le dok obesi yg tak maau balik msia lagik tu.. sila la lupakan bahasa melayu….

    sorry to say I don’t like to used “I” & “U” in conversation with other people unless their speak in English not mixes with other languages…

    [heheh merapu jap]

  9. fid Avatar

    anak saya mmg cakap melayu
    dia faham laa..melayu dolu2 saya ajar BI…semua animals in BI
    tapi sekarang dia dah tahu apa nama animal tu dalam BM…so kira ok la
    lagipun anak saya anak melayu ahhahaha
    ehh tak semestinya anak melayu boleh cakap melayu kan…
    ohh ohh
    .-= fid´s last blog ..tasik raja lumu pada malam hari =-.

  10. lin Avatar

    kalau tak tau berbahasa melayu, toksahla ngaku awak tu bangsa melayu..haha
    .-= lin´s last blog ..ENT Specialist @ An-Nur Bangi =-.

  11. isabelle Avatar

    pelik kan. dok mesia lama2 sejak zmn tok nenek diorg, tapi x fhm BM. harus dibuang negara je.

    i wish my kid(s) x jakun bila nak guna BI. tapi betul ckp mommylyna..kalo smpi xreti bahasa sendiri, melampau la. harus ada yg kena sekeh nanti.

    tapi i hate it when BM sendiri xde pendirian. sekejap BMelayu, kejap BMalaysia.ntahapahapantah…
    .-= isabelle´s last blog ..Ostrich struts? =-.

  12. yus Avatar

    Salam…

    mmm..masa budak masih kecil ni, kita ajar aje la sumenya.
    tapi jgn tinggalkan bahasa malaysia tu.
    .-= yus´s last blog ..Menikmati hari2 ini, bagaikan tiada esok =-.

  13. sya Avatar

    hmm, budak2 bukan melayu kat sekolah saya, ramai yang tak faham/tak pandai bahasa melayu.. kadang2, jadi miscommunication.. dah beberapa kali cerita ni dalam blog.. memang angin je…

    kat rumah tak guna BM, tgk tv pun tk tengok channel melayu, berita, majalah, segala2nya dalam bahasa sendiri.. nak buat macam mana?
    .-= sya´s last blog ..platonik? =-.

  14. kakLuna Avatar
    kakLuna

    dh tabiat org kita ni suka mengagungkan yg luar

  15. Along Avatar

    Dulu sebelah rumah lama ibu saya, ada famili cina duduk. Nenek dia haram x tau cakap bahasa melayu tapi camne kekadang tu bleh berborak gak ngan Along. Lama lak tu…pakai sign language lagi. Hahaha…memang macam itik ngan ayam bercakap, tapi ok la. Dah meninggal pun nenek tu dah sekarang, tapi masih terbayang dia punya ekspresi muka nak cite hal cucu2 dia yang nakal2. Heee

  16. huda Avatar

    huda org kelate & en suami org bangi (mak dier yg asal dr bandung). tapi kiterorg dua tak pnh ckp kelate or jawa ngn Amirul.

    kat umh huda ckp ngn Amirul in BM tp bler nak ajr noun cam animals ke aper dlm BI. so far alhamdulillah dua2 dier paham even tho dier berat mulut tuk bercakap.
    .-= huda´s last blog ..Believe it or not =-.

    1. Abimanyu Avatar
      Abimanyu

      Bandung adalah ibukota provinsi Jawa Barat dan provinsi Jawa Barat mayoritas (majoriti) suku Sunda dan berbahasa Sunda bukan Jawa

  17. mama emma® Avatar

    saya sangat segan dengan orang sebab saya tak pandai berbahasa enggeris.. rasa kerdil diri ini..
    .-= mama emma®´s last blog ..– SENYUMAN CERIA SI COMEL – =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge