Title memang dalam BI tapi saya nak tulis dalam BM.
Saya tak ada la ramai sangat kawan Chinese, Indian, Iban ke, Mat Saleh ke… Chindian pun ada sorang je, dan kawan2 saya fasih berbahasa Melayu, jadi sebelum ni saya assume semua rakyat Malaysia sekurang2nya tahu berbahasa Melayu, walaupun tak fasih.
Kawan2 Cina saya kebanyakan cakap Melayu macam orang Melayu juga, ada yang tak ada pelat2 bahasa Cina. Yang India pun sama, 1Malaysia gitu. Ada junior sekolah saya dulu siap pegi kem ibadah lagi.
Jadi saya rasa sepatutnya tak ada la rakyat Malaysia yang bukan Melayu tak tahu cakap Bahasa Melayu.
Baru2 ni kawan baik saya seorang cikgu kepada murid darjah 5 di sebuah sekolah kebangsaan memberitahu, beliau pening kepala kerana murid2nya yang berketurunan India tidak faham/tidak tahu langsung Bahasa Melayu. Yang mereka faham cuma Bahasa Tamil yang mana kawan saya ni lagila haram tak faham. Maka terpaksa pakai translator (anak muridnya jugak yang boleh berbahasa Melayu dan Tamil). Itu pun kata dia, certain words dalam Bahasa Tamil, anak muridnya tu tak faham. Bayangkan macamana nak mengajar murid macam ni? Ini baru betul tak faham bahasa.
Saya hairan jadinya, patutnya sebagai rakyat Malaysia, adik2 itu haruslah tahu Bahasa Kebangsaan kita ni. Tapi mereka tak tahu. Hmm, ibu bapa mereka tak tahu Bahasa Melayu kah? Bagaimana mereka keluar ke mana-mana dan membaca papan tanda? Mereka tak tonton TVkah? Larat ke nak tunggu rancangan Tamil je? Atau mereka memang subscribe Astro saluran Tamil saja?
Tapi.. Tapi… Baru2 ni saya ada berjumpa dengan sorang jiran saya dan anak2nya yang baru balik dari Sarawak. Mereka Melayu. Melayu tulen tak ada campur2, kecuali kalau bapaknya ada hubungan sulit dengan bibik yang Indonesian itu. Tapi mereka (anak2) tak faham Bahasa Melayu 🙂 Mereka cuma cakap dan faham Bahasa Inggeris. Membuatkan saya tersenyum saja.
Baru duk Sarawak, bukan duk UK (Eh, kami pun duk Sarawak dulu nape beb*l jugak Bahasa Inggeris ni? :P)
Jadi saya tidak hairanlah bila anak2 kaum India di sekolah kawan saya tidak dapat berbahasa Melayu, sebab anak Melayu pun ada yang tak reti cakap Melayu.. Isk isk isk.
Anak-anak saya semuanya cakap Melayu, kecualilah Hafiy time2 otak dia tengah condong ke Barat, cuma faham arahan dalam English je. Tapi.. tapi…. TAPI saya tak bangga langsung kalau anak-anak saya tak tahu Bahasa Melayu.
*Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia? Dulu Bahasa Malaysia pastu tuka Bahasa Melayu. Sekarang ni yang mana satu ya? Hehe.
Leave a Reply