Vitamin E dan Zinc Untuk Kesuburan

Mendapat anak adalah impian setiap pasangan. Pasangan yang berkahwin pasti inginkan anak seberapa segera. Kononnya anak adalah pengikat kasih, penambat cinta dan sebagainya.

Apabila pasangan lambat mendapat anak, kadangkala ia boleh membawa kepada pergaduhan, lebih teruk ialah tuduh menuduh. Kebanyakan orang akan menyalahkan isteri sebagai punca – isteri mandul.

Ini adalah tanggapan yang salah kerana punca pasangan tidak mendapat anak adalah sama antara suami dan isteri, 40% punca adalah kemandulan isteri, 40% kerana kemandulan suami, dan 20% adalah masalah kedua2 pasangan tersebut.

Ketidaksuburan bagi wanita biasanya dikaitkan dengan:
– tidak mampu menghasilkan telur (ovum) atau telur yang tidak matang. Ini disebabkan ketidakstabilan hormon.
– saluran dari ovari ke uterus yang tersumbat akibat pembentukan halangan di tiub falopio dan sekitarnya, seperti endometriosis, cyst dan sebagainya.
– bermasalah dengan organ peranakan secara semulajadi e.g. tiada rahim, rahim tak sempurna, tiada ovari, etc.

Manakala di kalangan lelaki pula, ketidaksuburan adalah kerana:
– sperma yang kurang bermutu, kurang cergas dan tidak terbentuk dengan baik
– mengalami masalah kekurangan sperma (low sperm count)
– bermasalah dengan organ reproduktif secara semulajadi

Antara penyebab2 berlakunya perkara2 di atas ialah:
– keadaan semulajadi tubuh
– tabiat merokok dan minum minuman beralkohol
– pengambilan kafein yang overdose
– tekanan perasaan dan gangguan emosi yang boleh mengganggu kestabilan hormon
– terlalu gemuk atau terlalu kurus
– terdedah kepada radiasi dan pencemaran yang melampau

Antara usaha yang boleh dibuat bagi menambahkan kesuburan ialah dengan menjaga pemakanan dan pengambilan vitamin, seperti yang saya catit di bawah:

Vitamin E
– membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
– Juga bertindak sebagai antioksidan bagi merawat sel badan yang rosak akibat pencemaran.

Zinc
– meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.

Vitamin C
– Berperanan dalam pembentukan sperma dan memekatkan sperma.

B Complex
– Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.

Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.

Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :)

Untuk mendapatkan set ini, anda boleh hubungi saya di sauberlina[@]gmail.com

Dapatkan sekarang :)

8 thoughts on “Vitamin E dan Zinc Untuk Kesuburan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge