,

Virtual Families Tips and Tricks di iPhone

admin Avatar

Virtual Families adalah game terbaru daripada Last Day of Work, yang pernah menghasilkan Virtual Villagers, Fish Tycoon, Plant Tycoon dan sebagainya.

Jangan tak percaya saya adalah penggemar games simulator seperti ini, satu masa dulu saya dan kawan-kawan adalah kipas-susah-mati games The Sims, sampai satu masa dah boring nak main sebab semua cheatcode kami dah tahu 🙂

Tapi disebabkan games The Sims 3 adalah agak mahal di iTunes, dalam USD$6.99, maka sungguh tak berbaloi nak habiskan duit di situ. Virtual Families cuma USD$1.99 saja. Hehe. (Saya tak buat jailbreak).

Tapi Virtual Families ni limited sikitlah. Barang di kedai pun tak banyak. Selalu not available saja. Nak pilih2 perbuatan dia pun tak boleh, dia main ikut tempat mana kita drag orang tu, lepas tu suka hati dia la… macam bawa ke dapur, dia nak preparing meal ke, looking for snack ke, working on career ke (kalau kerja berkaitan dapur).

Kalau nak repair apa2 pun, contohnya hos yang bocor kena tunggu kedai ada jual tape dulu baru boleh repair.

Barang2 untuk upgrade rumah mahal gilerrr.

Tapi, ada cara-caranya untuk dapatkan duit yang banyak.

Cara dapatkan wang yang banyak dalam Virtual Families (sama ada guna iphone atau PC):

  1. Mulakan games Virtual Families.
  2. Tutup games Virtual Families.
  3. Tukar date & time pada iphone/PC kepada satu masa yang belum tiba. Contohnya kepada Januari 2011.
  4. Buka games Virtual Families. Anda akan lihat ahli keluarga dah bertambah usia, duit semakin banyak, dalam rumah banyak sampah dan sebagainya.
  5. Tutup semula games Virtual Families.
  6. Kembalikan date & time kepada asal.
  7. Main seperti biasa dan dengan duit yang banyak tu boleh beli macam2 di store dan upgrade kediaman 🙂

Lain-lain tips& trick:

1. Membaiki hos yang rosak dalam Virtual Families (hos, bukan paip).

Anda kena beli tape di store. Kemudian letakkan tape itu di tempat hos bocor. Bawa seorang ahli keluarga ke tempat bocor itu. Lepas tu bawa dia ke sinki supaya dia buka paip untuk merendahkan water pressure. Kemudia bawa dia semula ke tempat hos bocor itu dan dia akan mula membaikinya.

2. Membuka pintu shed di belakang rumah.

Bawa seseorang ke sand pit dan letakkan dia di atas tombol pintu (benda bulat kecil berwarna keemasan di hujung atas kanan sand pit). Orang tu akan bawa tombol tu ke pintu shed dan meletakkannya pada pintu. Lepas tu bawa orang itu (atau sesiapa saja) ke pelapik kaki di depan pintu rumah, orang ini akan ambil kunci di bawah pelapik kaki tersebut dan membuka pintu shed itu.

3. Apa kegunaan shed?

Di dalam shed terdapat fire extinguisher bagi memadamkan dapur/oven yang terbakar dan juga penyiram bunga.

4. Bagimana membaiki sinki yang bocor.

Bawa seseorang ke sinki, biarkan dia terjerit2, kemudian bawa dia ke bengkel dan dia akan mengambil alat untuk membaiki sinki itu.

5. Menghidupkan fountain/air pancut/bird bath

Beli pam di store. Kemudian letakkan pam itu di sebelah air pancut. Bawa dua orang dewasa kepada pam tersebut, dan mereka akan memperbaiki air pancut itu.

8. Bagaimana cara mendapatkan anak

Bawa salah seorang pasangan kepada pasangan yang satu lagi dan biarkan mereka embraced. Embraced banyak2 kali dan mereka akan trying to make a baby. Kat mana2 pun tak apa sebab nanti mereka akan masuk ke bilik. Kalau berjaya, dapatlah sorang. Kalau tak, tunggu kejap dan cuba lagi. Biasanya diorang ni kalau lepas try make a baby, dah hilang mood. Kena tunggu 2-3 hari dulu baru mood datang balik, kalau tak mereka asyik gaduh saja.

7. Bagaimana mendapatkan anak kembar atau triplets

Yang ini saya pun tak tau. By chances agaknya. Saya gunakan ubar subur pun dapat sorang je. Tapi ada satu couple, baru kahwin, siap bunting pelamin lagi, dapat triplets, you! Seronok bila ramai2 budak dalam rumah (maksimum 6 je pun), senang nak suruh kutip sampah, stoking dan buang weed kat laman rumah.

8. Kematian virtual families

Apabila mencapai umur 60 lebih, biasanya mereka akan mati. Ataupun kalau sakit teruk, mereka akan mati lebih awal. Kalau mereka mati dan ada anak-anak (yang dah keluar dari rumah bila umur 18-19 tahun), nanti anak2 ni akan mewarisi rumah & harta2 mereka, kalau anak ramai, kita kena pilih pula siapa yang akan mewarisi rumah itu. Kalau anak sorang, dia ajelah yang akan mewarisi. Dan proses yang sama akan berulang.Cuma mungkin anaknya lebih senang sebab barang2 semua dah ada, duit pun dah banyak. Tapi kalau generasi ke-3 tu biasanya lambat sikit nak kahwin.

9. Menambah duit secara konservatif, pasif lagi jujur.

Sudah pasti dengan bekerja. Bawa orang dewasa ke tempat kerja mereka (rujuk details apa kerja mereka). Ada 3 tempat kerja : workshop, dapur & home office. Semua kerja kat rumah, you! Suruh mereka working on career. Kalau ada collectible di laman rumah, suruh 2 orang ambil benda tu, depa akan dapat 2 benda, jadi kalau jual online, dapatlah double profit.

Itulah antara tips and trick yang saya discover sepanjang seminggu bermain games ini. Bila dah tau semua cheat dia, alamak dah boringgg. Kalau main di PC tak tahulah, ini sebab main di iPhone, limited sikit. Kalau The Sims dia ada banyak sites yang kita boleh download macam2 benda baru yang tak ada dalam games asal dia.

Sesiapa yang tak ada kerja tu bolehlah cuba main games ini pulak. Membina kerjaya, rumah dan keluarga, hakhakhak.

Tapi The Sims lagi best lahhh.

virtual families

Kekurangan Virtual Families berbanding the Sims:

  • tak boleh pilih apa orang tu nak buat, cuma boleh drag dia ke mana-mana saja, pastu lantak dia lah nak buat apa.
  • tak boleh susunatur perabot sendiri, asal beli je dia dah letakkan siap2. Boring tak boleh tukar2 susunan perabot. Semua games pun sama je.
  • kalau orang kerja di dapur tu, susah betul nak suruh dia masak, lapar2 pun asyik nak buat kerja aje.

Sekian laporan dari saya yang sebenarnya dah agak stress main Angry Bird tak lepas2. Jadi kita main games yang mudah2 aje hahaha.

aik, kata sibuk, sempat lagi main games?
+ all works and no play makes Jake a dull boy hokeh!

admin Avatar

4 responses to “Virtual Families Tips and Tricks di iPhone”

  1. Wan Anie Avatar

    tak sangka mommylyna suka main games jugak…

    me dulu gila jugak kat games the sims , dulu…. sekarang ni memang dah tak layan games larr…. dah pencen

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha. sekali sekala main games kat iphone sambil tidokan anak. derang tak boleh bising2 kalo nak tido, kang tak jadi tido huhu.

  2. eliss Avatar

    aku bab games memang fail :p solitaire ajer satu2 game yang aku main kot :p

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      haha
      aku lagila mmg tak reti2 main solitaire

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge