Gambar Pra-Perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor

admin Avatar

101010 mencatat hari bahagia bagi angkasawan negara kita ni, Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor atau famous as Dr SMS, yang mana beliau menukar status daripada bujang kepada berkahwin dan menjadi suami ๐Ÿ™‚

Majlis perkahwinan Dr Sheikh Muzaphar dengan Dr Harlina yang bertemakan ‘Pahlawan Melayu di Istana Kayangan’ ni mendapat liputan meluas media, malah ada siaran langsung lagi di TV3.

Berkongsi gambar-gambar pre-wedding Dato’ Dr Muzaphar Shukor dengan Dr Halina ni, yang saya ambil dari Facebook Kukubesi.

sama cantik sama padan, semoga berkekalan hingga ke syurga
bagaikan putera dan puteri kayangan
kau umbrella kehidupanku
perkahwinan sheikh muzaphar
kanda, biasakah belon ini bawa dinda ke angkasa?
perkahwinan shaikh muzaphar
kalau kanda tahu dinda keturunan Mary Poppin, takdelah susah2 kanda naik kapal angkasa

Video sedutan gambar majlis pernikahan Dato’ Dr Muzaphar dan Dr Halina (ihsan strutagency)

Sama-sama pula kita nantikan persandingan di Kayangan di TV3 jam 9 malam ini ๐Ÿ™‚

Petikan dari TheMalaysianInsider:

KUALA LUMPUR 10 Okt โ€” TIga tahun lalu negara memberi tumpuan ke atas program angkasa lepas negara yang dijayakan oleh Angkasawan Negara pertama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Hari ini negara sekali lagi memberi tumpuan ke atas beliau kali ini majlis perkahwinan beliau yang mengabdikan kepada angka โ€œ10 10 10โ€ Majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya dijangka dihadiri kira-kira 10 000 orang.

Perkahwinan yang paling menjadi tumpuan tahun ini akan disiarkan secara langsung oleh TV3 2 petang ini dan kemudian pada sebelah malam Dr Sheikh Muszaphar telah menjemput lebih 100 angkasawan dari seluruh dunia untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau dan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos. Antara angkasawan yang dijemput adalah Rakesh Sharma dari India, angkasawan pertama yang beragama Islam, Putera Mahkota Arab Saudi dan angkasawan pertama China Yang Li Wei.

Difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan itu. Ramai yang menjangkakan majlis perkahwinan ini akan menjadi lebih gah daripada penyanyi kesayangan Malaysia Datuk Siti Nurhaliza pada 2006 dan penyanyi Mawi Berdasarkan laporan kos bagi perkahwinan penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kira-kira RM500 000. Jumlah keseluruhan kos barangan yang ditaja lebih daripada RM9 juta. TV3 membayar RM1 juta untuk menyiarkan majlis perkahwinan beliau.

Jurucakap Dr Sheikh Muszaphar enggan memberitahu kos keseluruhan majlis perkahwinan itu tetapi menurut sumber ia besar kemungkinan melebihi kos Siti Nurhaliza. Kos jurukamera perkahwinan dan liputan video jurukamera rasmi Saiful Nang mendedahkan jumlah komersial sebanyak RM90 000 tetapi hanya perlu membayar sebahagian sahaja. Dia berkata liputan perkahwinan itu melibatkan seramai 25 orang krew manakala krew yang lain akan ada pada majlis perkahwinan tersebut.

Program NONA stesen swasta itu akan membuat lintas langsung di sebalik persiapan bermula daripada hari pertunangan sehinggalah tiba masa untuk mereka akad nikah. Antara selebriti popular yang bekerja di belakang tabir bagi menjayakan perkahwinan ini adalah Datuk Bernard Chandran pereka baju dan Datuk Mahadzir Lokman pengacara majlis.

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina, 30, yang melangsungkan pertunangan di Hotel Klana Resort Seremban pada 1 Januari lalu dan menetapkan 10 Oktober sebagai tarikh perkahwinan mereka bersempena tarikh angkasawan terbabit dipilih berlepas ke angkasa tiga tahun lalu. Bertemakan โ€œPahlawan Melayu di Istana Kayanganโ€ pasangan berkenaan dijangka melangsungkan pernikahan pada waktu pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya yang terbuka kepada orang ramai sebelum majlis resepsi pada malamnya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Dr Sheikh Muszaphar telah ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa ISS pada 10 Oktober 2007. Beliau ke angkasa lepas di bawah perjanjian dengan Russia melalui program Angkasawan Malaysia dan kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara di Muar dan memperoleh ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahan dari Kolej Perubatan Kasturba Manipal India. Beliau menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia ketika menyertai program Angkasawan Malaysia. Dr Sheikh Muszaphar merupakan seorang pakar bedah dan pegawai perubatan universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga model sambilan. Beliau secara rasmi dipilih sebagai angkasawan oleh Roscosmos pada 9 November 2007.

Va va va…Kahwin sponsor juta-juta.. siapa yang tak bangga, beliau anak Malaysia pertama menjadi angkasawan. Semoga kejayaan Dr SMS boleh menjadi motivasi kepada anak-anak Malaysia, dan semoga Sekolah Harapan, Henry Gurney dan sebagainya terpaksa ditutup kerana ketiadaan pelajar ๐Ÿ™‚

admin Avatar

3 responses to “Gambar Pra-Perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor”

  1. Asiah Abd Jalil Avatar

    Saya suka tengok pengantin pakai tudung…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      pengantin akan pakai tudung pada majlis nikah ๐Ÿ™‚

  2. zik Avatar

    wedding of the year betul…. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge