Selamat Hari Lahir Hafiy

By | October 8, 2010

Hari kelahiran Hafiy yang ke-3 ialah pada 6 Oktober 2010, tapi saya terlalu penat dan pening untuk update apa-apa, (apa lagi celebrate apa-apa). Target saya tidak tercapai iaitu untuk melihat Hafiy pandai membaca dan mengaji T_T kelemahan saya kerana sejak beberapa bulan lalu tidak dapat mengambil masa walau sebentar untuk mengajar anak-anak di rumah.

Namun begitu, Hafiy masih boleh membaca (atau mengecam?) beberapa perkataan 3 dan 4 huruf yang mudah2. Menghafal surah dan doa-doa ringkas (terutama doa makan boleh baca dengan betul walaupun pelat). Boleh lah, selari dengan ‘tahap kemalasan’ saya.

Pada malam hari lahir Hafiy, Abiy membaca kami sekeluarga menikmati hidangan cara Swiss di Marche Restaurant, The Curve. Pertama kali saya mencuba ribs half done. Boleh tahan juga. Kebetulan Mak Ngah Hafiy, satu-satunya adik perempuan saya baru saja menamatkan pengajian kedoktoran di Melaka-Manipal Medical College. Jadinya double celebration kata orang.

Memasuki usia 3 tahun, Hafiy mengalami perubahan mendadak (semoga berterusan). Tidak lagi menangis2 tatkala bangun tidur (tapi, Fahry pula yang menangis-nangis). Hafiy sudah boleh ditinggalkan sekejap dan tidak meraung-raung seperti biasa. Syukurlah, mungkin selari dengan pertambahan usianya.

Saya bercadang untuk memasukkan Hafiy ke kelas renang di taska. Sebenarnya dah lama kami mahu masukkan dia ke kelas renang tapi kelihatannya dia sendiri tidak bersedia. Kini bila dia nampak berminat, kami mula yakin inilah masanya Hafiy mengikuti kelas renang.

Fahry pun dah lama menunjukkan kegemaran terhadap kolam renang itu, namun kami perlu menunggu jawapan jurulatih apakah Fahry (yang kudung sebelah kaki) boleh mengikuti kelas itu.

Jadi sempena masuknya usia Hafiy 3 tahun, saya mahu memberikannya hadiah iaitu pembukaan semula sekolah di rumah bersama Mommy 🙂 bilik belajar pun dah lama bersawang. Semoga Allah berikan kekuatan kepada saya untuk bersama dengan anak-anak setiap malam seperti dulu-dulu.

Oh rindunya saya pada saat itu.

montessori way

Hadiah kepada diri sendiri sempenah hari lahir Hafiy, agar lebih terinspirasi

14 thoughts on “Selamat Hari Lahir Hafiy

  1. azma

    hepi besday hafiy..
    InsyaAllah, hafiy boleh belajar berenang tu. Tiada halangan untuk dia menguasainya..

    Reply
    1. azma

      Iskhh..sorry.. Silap nama la plak..hehe.. ni ayat yg betul;
      hepi besday hafiy..
      InsyaAllah, fahry boleh belajar berenang tu. Tiada halangan untuk dia menguasainya..
      azma´s menulis tentang ..2 CeritaMy Profile

      Reply
  2. Hanz

    Selamat Ulangtahun ke-3, Abang Hafiy..dah nak dapat 2adik dah..lepas ni rajin2 tolong ummi ngan abbi tengok adik2 tau..semoga menjadi anak yang soleh…

    Reply
  3. kakyong

    hepi belated besday hafiy.. semoga pandai berenang..

    anis dah 3 tahun.. walau ibunya 24 jam di rumah.. anis tak juga pandai mbaca,… boleh la cam bbrp huruf.. itu pun bila ibu terlebih puji aliya… hahahah, kdg2 bila ade persaingan di kalangan anak2 ni baru la si kakak nak ‘mengejar’… kalo baca doa, dia malas nak sebut.. dia tunggu time nak sebut ‘amin’ jer…
    kakyong´s menulis tentang ..Hadiah dari LittleMummydaddyMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge