,

Tipu Daya Syaitan – Pamerkan Kebaikan

admin Avatar

Sempena awal Zulhijjah ini ada baiknya saya bercakap benda yang baik-baik saja (adakah selama ini aku bercakap buruk? T_T). Mengiringi langkah jemaah haji yang mendamba haji mabrur, walaupun tak sampai seru lagi (ini memang kena tunggu seru Tabung Haji dan seru kemampuan diri) namun Insya-Allah kebaikan Zulhijjah terutama Hari Arafah meliputi seluruh mukabumi.

Syaitan, semua orang tahu adalah makhluk yang paling sombong, bongkak, pendengki dan segala sifat-sifat negatif lah. Namun ingin saya ingatkan agar kita jangan mengutuk mereka, walaupun berkata “Celaka kau syaitan!” kerana ucapan2 sebegitu amat mereka sukai. Mungkin menjadi motivasi untuk menjadi lebih ‘celaka’ lagi. Seperti kita lah, suka dipuji, mereka pula sebaliknya.

Syaitan ni sebenarnya, tipu daya mereka amatlah halus. Kadang-kadang kita tak sedar pun sebenarnya kita termakan pujuk rayu mereka. Lagipun mereka beredar bersama edaran darah kita, jadi kemungkinan kita pun keliru antara hasutan syaitan, nafsu ataupun memang hati yang kotor.

Syaitan ni sebenarnya bijak, berwawasan, canggih, berstrategi. Mereka tidak menyerang manusia dengan satu cara saja, malah pelbagai cara agar manusia ni mengikut jalan mereka ke arah kederhakaan. ‘Seruan’ (nak sebut dakwah tidak sesuai pula) mereka amat-amat senang untuk manusia ikuti, bukan sahaja bagi mereka yang memang dah jelas nampak ‘kesetanannya’, malah para ilmuan, orang berpendidikan, alim ulama pun tak terlepas dari ancaman mereka.

Satu kisah seorang lelaki buta yang rajin berjemaah di masjid. Satu hari seperti biasa beliau berjalan ke masjid, tiba2 terjatuh dalam sebuah lubang. Lelaki ini balik ke rumahnya dan menyalin baju, kemudian dia pergi semula ke masjid. Alangkah malangnya beliau terjatuh lagi untuk kali kedua. Lalu dia kembali ke rumah lagi sekali dan menyalin baju lagi. Perjalanan ke masjid kali yang ketiga beliau hampir jatuh juga, tapi ada seseorang yang menahannya. Lalu si penyelamat itu memimpinnya hingga ke masjid.

Lelaki itu berterima kasih dah bertanya “Kamu ini siapa?” Jawab si pembantu itu “Aku adalah syaitan”. Alangkah terkejutnya lelaki buta kerana syaitan telah membantunya sampai ke masjid, lalu dia bertanya “Lalu,kenapa kamu membantu aku ke sini?”. Jawab syaitan “Aku membantumu kerana aku takut dosa orang Islam lain terampun. Semasa kau jatuh kali pertama, dosamu terampun, semasa kau jatuh kali kedua, dosa ahli keluargamu terampun. Jika aku membiarkan kau jatuh kali ketiga, dosa umat Islam akan terampun. Sebab itulah aku membantumu”.

Kita kadang-kadang terbuta mata dengan perkara-perkara baik yang kita lakukan. Konon sudah cukup bagus lakukan kebajikan. Namun tanpa sedar, syaitan turut menyelinap bersama amal-amal kita. Mungkin mengajak kita supaya riyak, supaya takbur, supaya ujub dan sebagainya.

Mungkin juga memberi kita idea-idea licik untuk mendapat kebaikan dari sesuatu, walaupun dengan mengambil kesempatan, dan sebagainya.

Namun sepertimana Allah berfirman dalam Surah al-Fath, “Telah datang kebenaran dan telah lenyap kebatilan. Kebatilan adalah sesuatu yang pasti akan lenyap”, setiap tipu daya syaitan bukan sesuatu yang bersifat kekal. Oleh itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat akan dipu daya mereka. Ikuti jalan yang sebenarnya agar kita medapat kejayaan yang hakiki, dunia dan akhirat.

Satu lagi kisah tipu daya syaitan ialah yang berlaku semasa zaman Nabi Nuh. Umat Nabi Nuh begitu menghormati para ulama pada zaman itu. Lalu apabila ulama itu meninggal, mereka membina tugu2 peringatan terhadap ulama2 tersebut. Namun kerja licik syaitan telah menyesatkan generasi berikutnya, daripapa tugu peringatan bagi melambangkan penghormatan, akhirnya menjadi berhala sembahan.

Sentiasalah kita berwaspada. Benda yang pada zahirnya nampak baik, harus kita suluh betul-betul. Suluhan ini memang tak nampak jika tidak dengan petunjuk Allah. Oleh itu kita mesti merapatkan hubungan dengan Allah, dengan penuh keikhlasan. Orang2 ikhlas adalah mereka yang syaitan tidak mampu nak mengganggu.

Semoga kita semua, (saya sendiri) termasuk dalam golongan yang mendapat hidayah Allah, dijauhkan daripada menderita buta mata hati. Buta mata hati boleh menyebabkan kita menjadi seperti Robin Hood, membantu satu pihak dengan menganiaya satu pihak lain. Walaupun yang dicuri itu adalah harta orang kaya yang kedekut, dan tujuan mencuri pun nak memberi peringatan kepada orang2 kaya ni agar jangan kedekut, namun mencuri tetap satu perbuatan yang berdosa. Mungkin Robin Hood tak tahu cara nak berkomunikasi dengan orang-orang kaya, mungkin dengan meminta derma atau menganjurkan konsert amal.

Tak apa, itu Robin Hood. Dan kita tak perlu nak jadi Robin Hood moden. Membantu orang dengan cara yang salah. Seharusnya kita menjadi musuh kepada syaitan dan menghindari sifat2 mereka, bukan menjadi rakan kongsi mereka pula.

Naudzubillahi min zalik (Kami berlindung dengan Allah daripada perkara sebegitu).

admin Avatar

6 responses to “Tipu Daya Syaitan – Pamerkan Kebaikan”

  1. mommy icha Avatar

    Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (al-Baqarah: 208)

    Fahamkan ayat ni dan kita nampak .. ALLAH dah remind kita dari dulu lagi, tapi kita dok percaya magik je.. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. – terang nyata ni kalau ditafsirkan bukan lagi merujuk pd syaitan yg berbisik2 tu, tp pd apa yg jelas ada kat sekeliling kita, yg kita nampak, yg kita boleh pegang, yang sebangsa dgn kita – yakni manusia ; mungkinkah diri kita sendiri atau manusia2 di sekeliling kita yang menjadi ‘syaitan’ ?

    Syaitan pun makhluk ALLAH.. turut berevolusi bersama peredaran zaman.

    Apa kata Along?

  2. Mohd Nadzri Mustakim Avatar

    Syabas… garapan yang baik…
    Kisah yang di paparkan ialah kisah seorang sahabat. Ada yang mengatakan Ummu Maktum.

    Syaitan cukup suka menggunakan benang2 qadariyah, jabariyah dan muk’tazilah… prinsip asas dalam tauhid yang cukup mudah untuk menggelincirkan ummah.

    Dalam ibadah, jika merasakan diri baik, riya’, takabbur, lebih dari org lain. Bukankah itu menggambarkan Qadariyah yang menidakkan kuasa Allah? Qadariyah akan merasakan segala amalan yang dilakukan adalah kerana DIRI SENDIRI mampu buat. Bila perasaan ini timbul, maka lahirlah segala macam penyakit yang bakal menghapuskan amalan.

    Di luar ibadah pula dalam muamalat harian, bila kita merasakan HANYA kita mampu buat, perlekeh orang lain, Keras kepala, Kita saja yang betul juga merujuk kepada prinsip Qadariyah. Hanya berpaksi pada diri sendiri.

    Manakala Jabariyah pula sering beranggapan negatif pada diri. Aku tak mampu buat, Tak boleh laaa, Orang lain lebih hebat, Saya sekolah tak tinggi dan akhirnya akan menyebabkan insan tersebut pasrah tanpa usaha… Ibarat lalang.

    Dalam Beribadah, tiada usaha untuk menambah ilmu untuk memperbaiki ibadah. Berasa cukup dengan ilmu yang ada. Amik je contoh ibadah solat… Berapa ramai yang cuba untuk memperbaiki solat kita?

    Akhirnya Mu’tazilah yang mengagungkan akal. Semuanya dia nak ikut logik akal. Sedangkan ibadah berorientasikan ta’abudiyah (kepatuhan) selepas itu baru lahir hikmah. Contoh yg ni belambak. “org yang pakai tudung pun belum tentu baik, I pakai tak bertudung pun solat taw”…
    Dalam ibadah… ‘Owh solat ni untuk sihatkan badan’… adakah jika ditemukan fakta bahawa kalau solat bakal mengundang effect lemah jantung maka kita akan berhenti untuk bersolat?

    makanya bersihkan akidah supaya ibadah serta akhlak kita turut bersih…

  3. fid Avatar

    MOMMYLYNA
    apa kata ai cadangkan u tulis buku tipu daya syaitan versi untuk mak mak budak….kihkih tapi illustration lebih sikit…elakkan exploitasi wanita kakakakaa

  4. transformed housewife Avatar

    Nauzubillahiminzalik. Cabaaran utk betul2 menjadi org yg beriman lebih2 lg di zaman skrg ni yg terlalu banyak benda2 lagha.

  5. zik Avatar

    syaitan&iblis memang tinggi ilmunya..itu kita tahu.. sebab itu cabaran umat di akhir zaman memang sangat getir…. mahu tak mahu kita harus berfikir sejenak apakah sumbangan kita terhadap agama.. ilmu yang bermanfaat harus kita kongsikan bersama… thanks sis … 🙂

  6. Asiah Abd Jalil Avatar

    Berapa ramai yang merasa kebesaran ayat “Ihdina sirot al-mustaqim” semasa membaca Al-Fatihah di dalam solat? Memohon agar Allah tunjukkan kita jalan yang lurus.

    Bukan setakat jalan lurus memilih yang baik dari yang buruk. Contohnya memilih untuk menutup aurat berbanding “telanjang” di depan bukan mahram.

    Tetapi juga memohon Allah pimpin kita untuk memilih jalan yang benar-benar baik dari jalan yang nampak aje baik. Contohnya memilih untuk menutup aurat dan menjaga akhlak, berbanding menutup aurat sebab dah jadi trend dan orang pun kata kita lebih cun bila bertudung.

    Syaitan memang pandai “decorate” jalan yang baik, pada masa yang sama diselang-selikannya dengan unsur-unsur dosa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge