Groupon ni syarikat besar di US, public listed lagi. Tapi masih ada pengguna yang tak percayakannya setelah ada pembeli-pembeli voucher Groupon yang complaint, dah beli tapi tak boleh redeeem pun atau pun tiba-tiba ada bayaran tambahan dikenakan.
Website yang menawarkan voucher diskaun di Malaysia kini sangat meriah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan; e.g. MilkADeal, ILoveDiscounts, MyDEAL, selepas tawaran Groupon mendapat sambutan yang hebat di US.
Sebelum anda tersilap langkah, ingin saya berkongsi beberapa tips supaya anda tak mengalami pengalaman negatif,
Jauh vs Dekat
Biasanya kami memilih tawaran yang berdekatan rumah; 5-15min drive. I think so far kami agak bernasib baik sebab tawaran yang ada berdekatan dengan kejiranan kami; eg. Damansara, Tropicana, Bangsar & Hartamas. Faktor jarak sangat penting kerana kebanyakan tawaran hanya sah on weekdays. These companies willing to offer such hefty discount pun sebab weekdays jarang full house.
So daripada tadek sales, cover cost pun jadi laa.
Saya pernah hampir-hampir nak beli voucher steamboat dengan kadar diskaun 60-80%. Namun, hasrat nak merasa diskaun terpaksa dibatalkan sebab hanya sah on weekdays di Cheras. Bayangkan, drive ke Cheras on rush hour dengan orang baru balik kerja. Memang sejam-dua la gamaknya baru sampai. Unecessary stress. Same goes to another offer kat Shah Alam. Nak lepas NKVE alone pun boleh cecah sejam antara jam 7-9mlm.
Weekdays vs Weekend
Masa awal-awal terjebak dengan Groupon ni kebayakan offer Cuma ada on weekdays je. Tapi sekarang ni makin banyak offer on weekend pun. Kalau ada offer sebegini kami sanggup drive ke PJ, Subang, Shah Alam, Puchong or Klang sambil-sambil jumpa anak buah Shaklee, hehe.
But one thing kalau you plan to enjoy it on weekends ialah, BOOK AWAL! Kalau tak kirim salam la nak dapat slot or seat, subject to ke-popularan tempat tu. Lagi-lagi la kalo time-time peak macam 12.30-2.30 for F&B outlets.
Ramai yang complaint asyik penuh je kalau book sampai last-last dah expired pun offer tu mainly because last minute-booking. Lagi satu, kalau tempat tu adalah hostpot (seperti basuh kereta di The Curve ke) dengan jangka masa yang singkat (hanya sah dalam masa 30-hari), pun better book cepat-cepat.
Extra Charge
Sebelum nak beli apa-apa diskaun voucher, pastikan anda sedia maklum dengan T&C atau pun Fine Print yang ada. Walaupun kebanyakan tawaran tak mengenakan sebarang caj untuk anda redeem, terdapat beberapa situasi yang memerlukan anda bayar surcharge. Antaranya,
- auto-detailing, tint cermin kereta dsb untuk MPV/SUV/Van
- tawaran percutian atau pakej hotel pada hari minggu
- extra jika anda inginkan some enhancement, upgrade atau top up
- bayar lebih untuk kos penghantaran barangan.
Reputasi Syarikat
Penting juga untuk anda kaji serba sedikit latar belakang syarikat yang menawarkan diskaun tersebut. Website seperti Groupon mungkin lebih terjamin, namun anda masih perlu buat kajian sendiri sedikit sebanyak.
Antara maklumat yang perlu anda tahu ialah,
- kalau rosak bagaimana nak claim warranty,
- ape kah benar-benar halal makanan yang ditawarkan, atau pun
- produk yang dijual tu betul-betul berfungsi dengan baik (bukan sekadar murah sebab China made).
Harap maklumat ini membantu. Enjoys…
Leave a Reply