Tips Perkahwinan – Cinta Semata-Mata Tidak Menjamin

admin Avatar

Jonah dan Johan baru berkenalan. Masing-masing dah berumur matang dan layak untuk berkahwin. Disebabkan masing-masing pun masih single, lalu kedua-keduanya pun meluahkan isi hati antara satu sama lain. Dua-dua pun OK cuma Jonah penyandang Ijazah Sarjana bekerja sebagai pensyarah manakala Johan mempunyai sijil dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Kata ibu Jonah “Mak tak mahu nanti2 ada masalah bila taraf pendidikan berbeza ni” tapi kata Jonah “Jangan mak risau, saya CINTAkan Abang Johan. Kami akan bahagia”.

Maka bernikahkah Jonah dan Johan. Dan mereka hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

Sungguh macam cerita dalam Fairy Tales.

Fairy Tales dan cerita2 rakyat ni adalah antara kisah2 yang banyak merosak pemikiran kebanyakan wanita muda yang mahu berkahwin. Part ‘happily ever after’ dan ‘bahagia hingga ke akhir hayat’ sangatlah tak boleh blah. Hinggakan sampai ada yang sanggup makan nasi lemak dengan buah bidara…

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Elok la tu. Jadiler anak derhaka gitew~

Perkahwinan, bukanlah satu event yang menjadikan hidup seseorang itu sangat indah macam dalam kilang coklat Willy Wonka. Tidak. Perkahwinan bukan sekadar cinta semata-mata. Ia adalah perkongsian, kasih-sayang, komitmen, tanggungjawab, sinergi, tolak ansur dan sebagainya. Setiap pasangan yang berkahwin takkan terlepas dari menghadapi dugaan dan ujian sepanjang perkahwinan.

Kenapa saya kata cinta semata-mata tidak menjamin?

Kerana apa adanya cinta? Biasanya orang sebut ‘cinta pandang pertama’. Maknanya dari pandangan dah boleh lahirkan cinta. Sesungguhnya lah 90% penyumbang kepada cinta pandang pertama adalah rupa. Rupa yang cantik, jelita, kacak, lawa…

Beberapa kawan lelaki saya ada memberitahu “Biarlah kupilih yang cantik2. Perangai buruk boleh berubah tapi muka buruk dah tak boleh tukar”. See?

Kalaulah yang ada hanya cinta semata-mata, itulah yang dikejar. Hanya memuja pada objek yang dicintainya. Bila dia cinta kerana paras rupa.. bila pasangan dan berubah rupabentuk wajahnya, ada cinta lagikah?

Sebelum saya memberikan persetujuan untuk menikahi Abiy dulu, perkara pertama yang saya lihat ialah pembawaan agamanya. Kemudian, wawasannya. Di situ saya boleh nampak bahawa Abiy adalah seorang lelaki yang berwawasan, yang bercakap tentang masa depan, bukan mengungkit masa lalu dan masa sekarang sahaja. Dari Abiy saya belajar bahawa dalam perkahwinan, cinta jatuh nombor satu, tapi yang utama ialah hormat. Bila kita hormat pada pasangan kita, kita tak akan meletakkan dia di tempat yang tidak wajar, selain dari di hati dan ingatan kita selalu. Kita takkan tergamak nak membuat onar di belakang dia. Kenangkan perangai kita dengan ibu bapa yang kita cinta dan guru yang kita hormat.. kita lebih behave di depan guru itu, bukan?

Namun, tak semua yang bernikah/mahu bernikah sedar akan hakikat sebenar perkahwinan. Ramai yang membayangkan dunia perkahwinan penuh warna-warni tapi bila menghadapi dugaan di dalamnya.. terasa amat pedih dan perit sekali. Kenapa? Mungkin faktornya ada antara yang saya list kan di bawah ni..

1. Merasakan perkahwinan akan membahagiakanya

Bahagia itu adalah subjektif kepada individu. Ada orang kaya tapi tak bahagia. Bahagia tu adalah bagaimana kita bersyukur dan gembira dengan apa yang kita ada. Kalau dari awal lagi kita seorang yang bersikap negatif, melankolik dan pesimis, dan mengharapkan perkahwinan itu akan mengubah hidup kita menjadi gembira, itu memang silap.

Kita yang mesti memandu perkahwinan itu untuk menjadi perkahwinan yang gembira, bukan perkahwinan itu yang akan mengubah kita menjadi gembira.

2. Menganggap perkahwinan yang bahagia adalah menjadi dan memiliki pasangan romantis

Kalau kita tengok dalam cerita Hindustan pun, kalau cerita berkisar tentang keluarga… semasa bercinta romantik habis, tapi bila berkahwin macam2 jadi. Hidup kita ni tetap ada ups and downs. Mood romantis tu tak selalunya ada. Kadang2 semakin lama kita mengharung dunia perkahwinan, semaking banyak komitmen, semakin mencabar kehidupan, mood romantis itu semakin pudar kalau kita tak usaha nak menyemarakkannya kembali.

3. Merasakan bahawa pasangan sepatutnya memahami dirinya

Walaupun kita berkahwin dengan sepupu kita sekalipun (orang paling rapat dalam talian saudara yang halal berkahwin), dia takkan dapat baca fikiran kita.

Apatah lagi seorang lelaki, tak semua lelaki tu mempunyai perasaan empati yang tinggi. Kebanyakan mereka memerlukan si isteri yang berterus terang tentang perasaan mereka. Sebagai isteri kenalah selalu2 berbincang hati ke hati dengan suami, bukan menyindir2 beliau bila ada kehendak tak tercapai.

4. Menganggap suami sepatutnya melayannya seperti puteri raja

Bila saya bertanya kepada lelaki tentang perkahwinan, mereka rata2 akan menjawab “Nanti ada orang nak masakkan makanan, cuci baju, kemas rumah…” Never in my life jumpa lelaki yang kata “Nanti ku mahu berikan apa yang dia mahu, layan dia macam puteri, urut badannya, dokong dia selalu, bawanya pergi bercuti….” Ayat itu hanyalah ayat semasa lelaki nak ‘mengayat’ gadis semata-mata. Tak boleh blah kalau time nak mengayat tu, lautan api pun sanggup nak harung. Tapi kita orang pompuan jangan ler termakan 100% dengan kata2 ayat diorang nih. Yang sadisnya bila kita orang pompuan pun percaya dengan ayat-ayat mengayat mereka tu. Anggap aje itu cuma gurauan semata2.

5. Menganggap perkahwinan adalah penyelesai masalah

Sebelum kahwin pasangan ni dah selalu bergaduh sakan. Lalu mereka memutuskan untuk berkahwin agar tak lagi bergaduh-gaduh. Adakah dengan berkahwin automatik jadi tak bergaduh?

Semuanya perlukan usaha dari pasangan sendiri. Kalau tak ada yang nak berubah, kahwin la 2-3 kali pun, memang camtu je la kaedahnya.

6. Perkahwinan akan bahagia kerana saya cintakan dia

Kalau harapkan cinta semata-mata… kebanyakannya tak ke mana lah. Kebahagiaan tu kena diusahakan. Contohnya bila dah berkahwin dan ada anak. Anak pulak BF dan clingy. Si suami terasa hati sebab rasa isteri dah tak cintakan dia sebab sibuk uruskan anak. Bahagiakah macam ni?

7. Suami/Isteri akan berubah selepas berkahwin

Sebelum berkahwin, si lelaki panas baran. Lepas kahwin, boleh ke auto terus jadi seorang yang lebih tenang?

8. Merasakan kehidupan akan tetap sama seperti mula2 berkahwin

Pasangan baru berkahwin biasanya tengah excited. Mood honeymoon la katakan. Namun as time goes by, kita makin meniti usia. Anak makin ramai, kerja makin teruk… Gaya hidup pun mungkin berubah. Ramai pasangan yang hadapi tekanan dan memerlukan terapi stress. Jadi sebagai pasangan, masing2 perlulah usahakan untuk menjadikan perubahan yang berlaku dalam perkahwinan tidak ketara hingga sukar untuk dihadapi oleh salah satu dari pasangan tu.

Pendekata, semuanya bermula dari kita. Kita yang mencorakkan, merancang, memandu alam perkahwinan tersebut.

Ada suami yang bila anak dah ramai, isteri dah nampak kendur kulitnya, dia rasa boring dan nak cari yang lain, yang lebih bergetah. Konon kata ikut sunnah tapi isteri Nabi SAW kebanyakanannya janda, tak ada pulak yang sanggup kahwin dengan janda (kecuali janda berhias/janda kaya). Jadi kalau tak ada sinergi dalam perkahwinan, bila cinta dah pudar… jadilah macam-macam.

Saya kadang ‘takut’ juga bila orang kata “Abiy tu kacak, kalau awak tak cukup bercantik-cantik nanti tak risau ke dikebas orang”. Tapi bila mengenangkan perkahwinan kami bukan kerana rupa paras, insya-Allah tak ada apa yang nak ditakuti. Walau bagaimanapun, memang kita kena mencantikkan diri depan suami, tapi bukan kerana takut dia dikebas orang, tapi kerana tanggungjawab seorang isteri yang cinta dan hormat pada suaminya.

Macamana pun, kita kena selalu mendekatkan diri pada Allah, kerana hati-hati kita dan pasangan kita adalah dalam ‘tangan’-Nya.

admin Avatar

14 responses to “Tips Perkahwinan – Cinta Semata-Mata Tidak Menjamin”

  1. suealeen Avatar

    Dalam perkahwinan, ada ikatan²nya. Dan ia juga dimulakan dengan aqad. Yang pegang ikatan ini hanyalah Allah swt semata-mata. Kalo kita tak pegang pada Dia, cinta mendalam sedalam jurang kat Sabah pun, tak kekal tanpa izinNya.
    .-= suealeen´s last blog ..Selamat hari lahir, Bonda…. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Soalan kuiz, berapakah kedalaman Jurang Mariana? Hehe.

      *lari!!.!*

  2. ApasH Avatar

    Macam sy plak yg mkn cili sebab terasa pedas skit td..heheheh

    Saya pemegang ijazah MUDA je..xde le sampai sarjana..Suami pemegang sijil tp ADE PEKERJAAN laa..

    Alhamdulillah semua nye baik2 belaka. dan moga2 hubungan ini mendapat rahmat dariNya hingga ke hujung nyawa..amin.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Ayark Pash!

      Tiada niat apa2 di situ sekadar selingan. Huhu. Bagi c0nt0h gadis tak amik SPM kawen orang kaya tu memang dah biasa kan. Hehe.

      Afterall, kalau tak dipelihara waima kawen dgn doktor phd pun tak ke mana.. Tol tak?

  3. fid Avatar

    saya tak retii komen bab kahwin ni sebab saya belom kahwin hahahhahaaaaaaa

    cinta semata memang membuta saja le kerjanya…..
    .-= fid´s last blog ..apa emosi saya? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Membabi buta atau membuta tuli?

  4. ida.z Avatar

    saya setuju dgn pendpt nih..cinta ajer tak cukup…kena ada ilmu rumahtangga..ekeke..

    oh suka la dgn ayat yg knp lelaki nak berkahwin tuh..yer..tak pernah lagi jumpa yg kata saya nak berkahwin dgn anak mak cik sbb saya nak jaga dia mcm makcik jaga dulu,,
    .-= ida.z´s last blog ..18 Months Young =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Betuah betul la ada laki camtu.

      Hahaha.

  5. Hanz Avatar

    Me nak nampak cantik supaya tak nak malukan hubby, boley tak cenggitu?heheheh

    Rasa seperti nak forward kupasan ini pada hubby jugak sebab hubby pernah cakap me banyak berubah. Dia kata dulu me sempoi, ada banyak hormon masculine jadi macam faham fitrah orang lelaki better..now he said me emosional & senstif pulak..hormon masculine menurun dah kot..jadi dia agak pening nak layan me..heheheh
    .-= Hanz´s last blog ..I want to be Enid Blyton =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Nak balance kot sal dah ada 3 maskulin kat umah. Kah3x.

  6. salzahari Avatar
    salzahari

    emm..Lyna…Lyna.. kdg2 fikir..bagusnya u nih..positif selalu,mcm x pernah ada masalah/ ‘downtime’! hihhi…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Haha. Mana de camtu. Setiap insan ada masalahnya masing2. Bezanya cara kita menghadapinya. Tak gitu? Gitu-gitu..

  7. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    dulu2 jame mudo konon2 gini jugop, sggup kawen dgn laki yg taraf pendidikan rendoh pd ore..tp arwah ma ingatkn pasla rasa hormnat pd suami lps kahwin susoh nk berlaku klu laki kito rendoh tarafnya dr kito.

    mmg jodohku alhamdulillah akhirnya di tentukan dgn yang sekufu.maka nya restu parents tersangat penting..tokleh nk buat konsep nasi lemak buah bidara tu hoho
    .-= yatie chomeyl´s last blog ..Pagi yang GELAP ~entry separa emo~ =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Dae jame dulu tu, jame remaja gersang2. Kelih p0kcik tuke kebung pum sero bleh jatuh hati. Kah kah kah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge