Rezeki… Sejak tahun 2010, boleh kata tiap-tiap tahun berpeluang ke kota London. I feel like home bila berada di London. Ramai Melayu kot. At least takde lah rasa alien macam di tempat lain.
Adakah London destinasi yang sesuai untuk backpacking? Ya, sudah semestinya. Yang penting kena tahu sikit tips & trick untuk meminimumkan perbelanjaan.
1. Inap di kawasan yang kos rendah dan sederhana.
Walaupun banyak tempat tinggal murah-murah (bajet hotel, hostel) di kota London, tapi kena tengok neighbourhood dia. Jangan cuma berjaya dapat tempat tinggal murah, tapi nak makan minum, segala benda mahal. Kawasan Bayswater dan Hammersmith menawarkan harga patut, dan Malaysian Hall berdekatan Stesen Bayswater… takkan kelaparan punya. Kalau boleh elakkan area Oxford Street, Knightsbridge… kawasan rabak poket semua tu.
2. Beli dan guna Oyster Card atau Travel Card
Kedua-duanya adalah one-for-all, all-for-one kad untuk travel dalam kota London. Boleh guna untuk tube, tram, bas, etc.
Jimat sangat-sangat guna Travel Card dan Oyster Card ni.
Kalau stay lebih dari sehari, go for Oyster Card. Ia guna pay-as-you-go basis dan ada price cap, kalau dah sampai price cap tu, kita boleh travel for free! Jadi, kena jalan banyak-banyak kalau ke London OK.
Kalau stay lama di London (7 hari), dapatkan Travel Card, lagi jimat. Travel Card ada 7-day pass, lebih jimat dari Oyster.
3. Free attractions!
Di London ada banyak free attractions. Muzium-muzium, galeri-galeri, taman-taman.. banyaklah kalau nak list.
4. Online Booking
Kebanyakan tempat yang kenakan fee akan beri diskaun kalau kita buat booking online. Misalnya London Eye, 10% diskaun kalau beli online, dan diorang kadang-kadang ada online offer. Jadi kena plan siap-siap mana nak pergi, dan booking siap-siap. Kalau walk in tu kena full-fare lah.
5. Jalan Kaki
Tadi dah jimat dengan kad Oyster, lepas tu kalau nak ke satu-satu attraction, jalan kaki saja. Tak besar mana pun heart of London.
6. Jangan lupa ke Edgware Road
Selain Malaysian Hall untuk makanan Malaysia, Edgware Road menyediakan pelbagai restoran dari Middle East dalam range harga yang pelbagai. Dari semurah-murah sampai ke semahal-mahal.
Okay, nak packing barang-barang nak ke London sekejap.
Leave a Reply