,

Tips Pakaian Winter dan Perjalanan Musim Dingin

admin Avatar

Sekarang ni di hemisfera utara (Eropah) sedang mengalami musim bunga dan akan masuk ke musim panas. Di hemisfera selatan pula (Australasia) sedang mengalami musim luruh dan akan masuk ke musim sejuk bulan depan.

Bila kita nak melawat ke negara 4 musim ni, nak tak nak mesti tahu tentang musim apa di negara sana… maklumlah negara kita ni cuma ada 2 musim – musim panas dan musim hujan.

Sangat penting untuk kita rancang aktiviti dan juga pakaian serta barangan yang nak dibawa.

Kita ada cuti sekolah akhir tahun, biasanya masa ni lah ibu bapa nak bawa anak-anak bercuti di luar negara terutama di negara Eropah seperti London dan Paris. Bulan Disember di eropah dalam fasa nak masuk winter (winter bermula pada 21 Disember) tapi di fasa peralihan tu cuaca dah mula sejuk dan hujan.

Apa pakaian yang perlu dibawa untuk travel di musim sejuk?

PAKAIAN WINTER

Terutama untuk anak-anak, mesti pastikan mereka mendapat perlindungan sepenuhnya dari kesejukan. Tambah-tambah lagi kalau hujan… oh no.. sejuknya sampai ke tulang. Jangan sampai ke hipotermia sudah.

Sedikit panduan untuk pakaian mengikut suhu, take note pakaian yang sesuai untuk musim sejuk:

17˚C ke atas

Baju lengan panjang terutama untuk anak-anak, pakaikan sweter untuk mereka takut sejuk bila berangin. Kalau tahan boleh je pakai t shirt biasa.

Agak-agak ni rasa dalam aircond je, tapi kadang dalam aircond macam ni pun kita rasa nak berselimut je kan.

12˚C hingga 17˚C

Baju lengan panjang, sweater.

Suhu 12˚C tapi kalau matahari memancar takdelah sejuk sangat pun. Tapi… kalau di tempat teduh, memang terasa sangat kesejukannya. Apa lagi kalau berangin. Wheeeuuuu~~~

5˚C hingga 12˚C

Baselayer atau T shirt kat dalam, baju lengan panjang/pull over, jaket (pakai windproof seeloknya supaya tak sejuk bila berangin), glove.

Tahap 5˚C ni bagi sesetengah orang dah tahap menggigil. Tapi kalau yang tahan sejuk, pemakaian baselayer boleh buat rasa macam nak demam. Ketahui tahap ketahanan badan sendiri. Kalau tak confirm, bawa je lah baselayer & baju tebal2. better safe than sorry.

bawah 0˚C

baselayer (long john & baju thermal), midlayer (baju fleece/bulu), jaket windproof/waterproof, glove waterproof, muffler.

Kalau nak rasa sejuk macam ni, cuba letak tangan dalam freezer (peti sejuk beku). Lebih kurang tu lah rasanya. Sejuknya menggigit.

Biasanya kalau dah bawah 0˚C ni salji pun akan turun. Jadi prepare lah dengan pakaian yang kalis air dari hujung rambut hingga hujung kaki.

bawah -12˚C

kalau masih tahan nak keluar, sila pakai pakaian ski.

Macamana pula dengan kasut? Untuk pilihan kasut yang sesuai untuk travel, boleh baca panduan di blog Kembara Kak Kep – Pilihan Kasut Yang Sesuai Semasa Melancong/Kembara di sini.

Saya sendiri suka pakai kasut sukan je. Tapi kalau musim sejuk harus pakai waterproof. Sejuuuuk weh.

Saya sebenarnya kurang gemar travel pada hujung musim luruh dan musim sejuk. Siang pendek, cepat gelap. Sekejap je dah malam.

admin Avatar

3 responses to “Tips Pakaian Winter dan Perjalanan Musim Dingin”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    best juga pk kalau dapat travel2 ni. harap sampai hajat tahun depan nak ke NZ.

  2. Riz Avatar
    Riz

    Hi puan lina,

    i need ur help.. boleh ke base layer tu kita guna compression wear mcm org sports pakai tu?
    sama tak ketahanan nk cover panas badan?

    pls guide me, Thanks

    1. Lyna Noh Avatar

      Hi Riz

      Compression wear tidak direka utk menahan kesejukan tapi utk compress anggota badan kita. If you ask me, makin menambah sejuk kalau pakai compression wear

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge