Minggu depan banyak sekolah yang akan bercuti seminggu sempena Deepavali kan. Ada plan nak ke mana-mana ke bersama keluarga?
Biasanya emak-emak kalau nak travel dengan anak, mungkin tak tahu apa yang nak dibawa. Baju apa, seluar mana, rasa macam nak bawa semua! Sudahnya seorang anak satu beg besar. Ada orang memang suka dan selesa begitu, tapi mungkin ada mak-mak di luar sana yang nak lightpacking, senang nak angkat beg, tak payah tolak banyak-banyak beg kan?
Ni saya nak kongsi style packing kami. Biasanya kami memang light pack saja ke mana-mana pun… hatta balik kampung pun. Macam mana cara dia?
1. Minimumkan barang yang nak dibawa
Biasanya saya bawa baju anak-anak sebanyak 3 pasang. Paling maksimum 5 pasang. Macamana nak hidup dengan baju yang sikit? Basuhlah… Setiap kali mandi, saya akan basuh baju. Selalunya sempat lah kering bila dah masuk pasangan yang terakhir tu. Lagipun, kalau kita travel ke luar negara, mestilah ada nak beli cenderamata kan? Jadi, beli lah baju yang ada tulisan tempat yang kita jejak kaki tu, bukan saja boleh buat souvenir, boleh pakai terus masa tu juga!
Saya menyusu badan, jadi benda-benda susu anak tu dah selamat, tak payah bawa. Mainan, bawa satu seorang yang kecil, contohnya figura kegemaran mereka. Jangan risau, mereka akan OK.
2. Plan dari awal barang apa nak guna untuk apa, hari apa
Kadang-kadang ada benda yang kita bawa dari rumah, tapi sampai ke sudah tak digunakan… Sudahnya buat berat beg saja. Jadi, rancang dari awal, kalau boleh buat jadual harian, apa barang/baju/gadjet yang diperlukan untuk hari-hari terbabit. Misalnya plan nak hiking, jadi bawalah peralatan hiking dan pakaian sesuai untuk anak-anak, tak payah pening perlu ke bawa kasut itu, jaket ini dan sebagainya.
3. Pilih satu
Anak-anak pastilah adalah toy kegemaran mereka. Minta anak pilih satu untuk dibawa. Tak perlu bawa banyak-banyak, kita nak travel bukan nak main.
4. Packing baju sepasang lengkap
Packing dengan stoking macam ni memang mantap! Jimat space, dan senang nak cari baju, ambil saja seketul, semua siap!
5. Packing dalam comparment masing-masing
Anak-anak saya ada beg kecil peribadi masing-masing, simpan pakaian dan barang keperluan mereka. Bila sampai di destinasi, simpan saja dalam almari. Tak perlu lagi buka-tutup beg besar.
6. Bawa beg masing-masing
Untuk anak yang dah besar sikit, boleh minta mereka bawa beg masing-masing. Jadi, tak adalah nak memberat-beratkan beg kan.
Itu je kot untuk kali ni. Harap dapat membantu ibu-ibu nak fikir macamana nak pack barang anak-anak ya. Selamat bercuti!
Leave a Reply