Tips Menulis Blog Yang Berkualiti

admin Avatar

Blog yang berkualiti, setelah mendalaminya, saya mendapati ia adalah subjektif. Bergantung kepada tujuan dan personaliti penulis blog.

Sesetengah blogger mementingkan content yang berilmiah dan bermanfaat. Sesetengahnya tidak meletakkan itu sebagai keutamaan. Kualiti bagi seorang blogger biasanya dinilai dari segi traffik yang diperolehi melalui blognya.

Bagi blogger yang menulis blog untuk buat duit, kualiti dilihat dari segi aliran tunai dari blog yang dibinanya, sama ada dari segi ads per click seperti Google Adsense, ataupun penjualan produk, ataupun link affiliate dan sebagainya.

Ada blogger yang tidak kisah tentang buat duit dengan blog, asalkan ada orang baca blognya dah cukup puas hati.

Ada blogger yang suka melihat traffik mencanak masuk ke blog walaupun tidak menjana sebarang pendapatan dari blog.

General rule bagi sebuah blog berkualiti, pada pandangan saya ialah blog yang ‘dicari’. Saya spesifik-kan pencarian yang dimaksudkan ialah dari search engine atau RSS link dari blog-blog lain.

Jadi bagaimanakah cara untuk menulis blog yang ‘dicari’ ini?

1. Kenali pembaca anda

Tak perlu kenal siapa yang baca blog anda secara peribadi.. Secara amnya, anda kenali golongan mana yang paling ramai baca blog anda. Golongan ibu-ibu ke, bapa-bapa ke, remaja ke, kanak-kanak sekolah ke.

Dari situ anda dapat menulis berdasarkan apa yang ‘dicari’ oleh pembaca sasaran anda.

Cara nak kenal pembaca ni bukan susah.. pertama kenali genre blog anda jenis apa. Keibubapaan? Peribadi? Perihal anak-anak? Tentang hal ehwal semasa?

Antara caranya lagi ialah dengan melihat komen yang anda terima, golongan mana yang paling banyak komen, pasti mereka yang paling dapat banyak manfaat dari blog anda.

2. Cari berita terkini dari akhbar, berita TV, twitter, FaceBook, etc

Biasanya orang nak tahu tentang berita-berita hangat. Sentiasa alert dengan berita-berita terbaru, terutama yang belum ramai orang tahu. Pasti ramai yang Google benda-benda hot macam ni/

3. Buat review

Review produk, review blog orang, review tempat, dan sebagainya… Biasanya orang suka dengan pandangan ikhlas tentang sesuatu, terutama produk yang pernah anda gunakan.

Tulis review ikhlas tentang produk yang anda pernah guna, dan anda rasa orang lain pun nak guna juga.

4. Baca blog orang lain

Anda boleh dapatkan idea dari blog orang lain, terutama blog-blog yang dah famous. Tapi ingat, JANGAN COPY bulat-bulat! Kalau anda perlu copy juga, beri kredit kepada penulis blog itu. Sertakan link ke entry berkenaan. Jangan claim itu artikel anda kalau anda copy bulat-bulat.

Perkara-perkara JANGAN BUAT untuk tulis blog berkualiti:

1. Jangan copy bulat-bulat. Tapi kalau perlu quote, tulis la serba sedikit pandangan anda supaya tak adalah nampak sangat duplicate content.

2. Jangan copy entry, tapi boleh copy idea. Maknanya kalau ada entry blogger lain tentang ‘Cara Membanyakkan Susu’, anda jangan copy entry dia, sebaliknya tulis semula dalam ayat anda sendiri. Copy idea dan konsep tak menjadi kesalahan.

3. Jangan terlalu nak berseni sampai tulisan pun ada buat dalam bentuk gambar (.jpeg, .png, dan sebagainya). Tulis dalam plain text.

Perkara-perkara ‘jangan’ tu bukanlah sebab melanggar hak asasi blogger lain ke apa..duplicate content ni tak bagus untuk blog anda. Jadi, be original.

Cari kekuatan anda sebagai blogger.

Kadang2 tu tak perlu nak ada content2 bombastik pun untuk jadi blogger hebat. Macam Ben Ashaari, entry-entry beliau kadang2 seperenggan je, tapi beliau sering disebut2 sebagai blogger yang hebat.

Kehebatan anda pasti ada di mana-mana.

Selamat maju jaya!

*Dapatkan tips-tips menulis blog untuk buat duit online di Hafiy.Com hari ini!

admin Avatar

9 responses to “Tips Menulis Blog Yang Berkualiti”

  1. fid Avatar

    entry ai makin hari makin LOW quality kadang kadang tak de mende langsung hahahahahaa

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      adakah azam baru 2011?

  2. baby Avatar

    tima kasih atas tips itu..akan cuba dipraktikan

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      cuba buat & tgk ada perubahan tak?

  3. Ummi Hanie Avatar

    betul tu …ben kdg jd idola gak bile sy nk tulis entri pendek2…heh ! ;p

  4. Lid R Avatar

    Salam.. Tq tips ni..
    saya baru belajar berblog.. entry sangat berguna sebagai panduan… tq soooo much.

  5. azrina Avatar

    Along, taknak buat kelas belajar blog kat putrajaya ke huhu…*permintaan melampau* ramai komplen tak paham nak baca blog ai yg kacau bilau tu

  6. fid Avatar

    ai jiwa kacau anak sekolah ahhahahaa

  7. knv Avatar
    knv

    ai pun jiwa kacau gak hahahahahhahaha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge