Tips Menulis Blog Berkredibiliti

admin Avatar

Pernahkah anda membaca sesebuah blog dan merasakan bahawa “Bagusnya blog ini, nampaknya penulisnya begitu berpengetahuan dalam topik ini”?

Inilah yang dikatakan ‘blog berkredibiliti’. Pembaca mengenali penulis blog melalui kualiti yang ada pada blognya, iaitu menganggap beliau sebagai seorang pakar dalam satu-satu bidang. Informasi dalam blog tersebut juga bukan sampah-sarap sebaliknya sesuatu yang boleh dijadikan rujukan. Tak kiralah dalam topik serius atau humor, atau gosip, atau mitos. Mahukah anda mempunyai sebuah blog yang akan dipandang sebegitu?

blog berkualiti

Sedikit tips menulis blog berkredibiliti bagi beginner untuk dikongsi bersama:

1. Tetapkan niche mengikut kepakaran yang ada dan minat

Tak perlu ada sijil untuk menjadi pakar. Cukuplah dengan mempunyai pengetahuan dan sedikit minat tentang sesuatu topik. Misalnya anda suka kepada seni menghias kek cawan atau cupcake. Tak ada masalah sekiranya anda bukan seorang peniaga cupcake, atau tak tahu pun cara nak buat atau hias cupcake. Benda yang boleh belajar, informasi yang boleh dicari.. yang penting anda ada minat dan boleh commit. Dan tak perlu benda yang sukar pun. Hobi anda juga boleh menjadi satu niche yang menarik.

2. Berlagak pakar dalam niche yang anda pilih

Bukan berlagak pandai tapi sebenarnya… ehehehe… Jadikan diri anda pakar. Tulis sesuatu menggunakan ayat dan perkataan serta pengalaman anda sendiri. Kalau tak ada pengalaman tak apa, olah supaya nampak anda berpengalaman. Jangan copy+paste atau translate bulat-bulat tanpa memahami betul2 apa yang anda tuliskan tu. Tak semua pembaca anda adalah ‘orang yang tak tahu’. Jadikan semua pembaca menghormati anda, sekalipun yang membacanya adalah pakar buat cupcake.

3. Minta review dari mereka yang pakar dalam niche tersebut

Minta seseorang blogger atau yang lebih pakar dalam niche yang anda pilih untuk membuat review atau memberi pandangan tentang bl0g anda. Mungkin ada kawan anda seorang pengusaha cupcake, minta review ikhlas darinya. Kalau boleh bagi upah atau promosi percuma tentang cupcakenya dalam blog anda.

4. Tampilkan blog anda sesuai dengan niche yang dipilih

Jika blog anda tentang cupcake, pastukan tema yang dipilih, domain dan apa yang berkaitan ada kena mengena dengan cupcake. www.kekcawanku.com mungkin lebih sesuai dari www.kekpingganku.com. Template blog yang ada gambar cupcake mungkin lebih sesuai dari template yang ada gambar baju baby.

5. Sediakan ruang untuk komen dan hubungi anda

Jadikan anda dekat dengan pembaca dengan menyediakan ruang-ruang untuk komunikasi seperti ruang komen, contact form, live chat, shoutbox dan sebagainya.

6. Tampilkan siapa diri anda

Sebagaimana kita rasa lebih selesa setelah mengenali siapa pemilik sesebuah premis, pemilik restoran, pemilik rumah, dan sebagainya, pembaca juga berasa selesa sekiranya mereka mengenali siapa anda. Tampilkan personaliti anda yang menarik. Ini juga membantu dalam perkara No. (2). Irfan Khairi dikenali kerana beliau menonjolkan dirinya sebagai Irfan Khairi, bukan seorang anonymous. Anonymous mungkin juga scam bukan?

blog best

Jadi bagaimana? Bersediakah anda untuk menjadi seperti Ustaz Zaharudin, Kenny Sia, Faisal Tehrani ataupun BeautifulNara?

admin Avatar

5 responses to “Tips Menulis Blog Berkredibiliti”

  1. naimulfirdaus Avatar

    alhamdulillah..
    no 3 saja yang belum dicuba..

  2. AQisH Avatar

    tips yg sgt baguss..tq for sharing 😉

  3. Zaini Avatar

    Kalau selalu tulis mengenai sesuatu perkara dan bermanfaat, pasti orang akan akan anggap kita pakar.

    Walaupun kita pakar benda lain tapi tulis benda lain.

    Selitkan fakta, pasti akan lebih mantap penulisan.

    p/s: sekadar pandangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge