,

Tips Mengasuh Anak Bagi Ibu Bekerja

admin Avatar

Samada bekerja dari rumah, atau di pejabat, seorang ibu tetap bekerja dan berkejar sepenuh masa, di mana-mana saja 🙂

Antara dilema mak-mak ni adalah – apa cara terbaik nak mengasuh anak. Cara mana? Teori mana? Method apa? … Saya pun macam tu juga… Mestilah kita nak yang terbaik untuk anak-anak. Dan sebagai ibu, kita akan cari dan survey cara terbaik, mainan terbaik, pengajaran terbaik… segalanya untuk anak kita.

Dengan lambakan teknik-teknik mengasuh dan mendidik anak, diam tak diam, sebenarnya ia ada beri kesan kepada beberapa golongan ibu bapa. Ini adalah luahan seorang ibu yang berkongsi rasanya dengan saya, satu ketika dulu. Lebih kurang kata dia macam ni “Malangnya nasib anak-anak saya, saya tak mampu nak hantar mereka ke kelas-kelas yang akan menjadikan mereka hebat, tak mampu nak belikan alat-alat untuk bantu perkembangan minda mereka. Saya harap mereka maafkan saya kalau mereka tak dapat jadi bijak seperti kanak-kanak lain”…

Saya terkejut sebenarnya. Tak sangka pula sebenarnya ‘the latest early education hype’ boleh beri kesan macam itu kepada seorang ibu. Dan saya rasa, mungkin ada lagi ibu-ibu di luar sana yang ada merasakan perkara yang sama.

Sebenarnya ibu-ibu… guru terbaik, kelas terbaik, alat mengajar terbaik, adalah ibu sendiri.

Method-method hebat, alat bantu yang canggih, semua tu tidak ada kuasa apa-apa sekiranya ibu sendiri pun lepas tangan dalam hal pengasuhan anak-anak. Semua tu hanyalah umpama perkakas di dapur yang bantu ibu nak masak buat anak-anak… tapi macamana pun, masakan ibu tetap sedap, walaupun guna periuk jenis apa sekalipun. Mak saya masak dengan periuk berlubang yang dan berbelas kali ditampal, tapi masakan mak saya yang paling sedap di alam semesta.

Setiap ibu ada masalah dan halangan tersendiri, namun percayalah, kita diberi dugaan dan tanggungjawab yang sesuai dengan keupayaan kita.

Misalnya, ibu yang bekerja selalu mengeluh, tiada masa untuk bersama dengan anak-anak.. maklumlah, kalau di KL ni, balik kerja dah malam.. nak siapkan makan malam, kemas rumah, macam-macam lagilah. Mana ada masa untuk anak-anak? Tapi sebenarnya, masa dan masalah ni, kalau kita tak urus dia, dia yang akan urus kita.

Marilah kita sebagai ibu, kembalikan semuanya kepada Allah SWT. Di situ ada segala jawapannya… apa yang buat kita susah hati, apa yang buat kita berasa rendah diri (low self esteem), luahkan segalanya kepada Dia. Insya-Allah, dengan kekuatan yang Dia beri, kita tak perlukan apa-apa lagi yang di luar kemampuan. Kita cuma perlu hati yang penuh dengan keyakinan dan semangat keibuan.

Gambatte!

Tagged in :

admin Avatar

9 responses to “Tips Mengasuh Anak Bagi Ibu Bekerja”

  1. cksabihah Avatar

    betul!! sokong
    “guru terbaik, kelas terbaik, alat mengajar terbaik, adalah ibu sendiri.”

    skrg nak hantar anak2 ke sekolah pun jadi satu perlumbaan…smoga Allah permudahkan segalanya..aminn

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      benda-benda macam tu yang buatkan unneccesary stress kan

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    k anah ajar anak2 untuk nikmati apa yg diorg suka. Sorang suka haiwan, sorang suka pergerakan bebas, dua2 suka main luar dan air. k anah ikutkan je apa diorg suka. benda2 teknologi ni kadang susah juga nak kawal tp kita cubalah minimakan. expectation dlm pelajaran pun tidaklah high mana sebab diorg masih budak2 jadi tak kisah pun buat masa ni.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      selagi kita dapat kawal, insya-Allah, takkan apa-apa kan kak anah.

  3. Amyz Avatar

    LIKE ini.
    Saya pun pernah rasa yang sama. Tapi sebenarnya, bila spend main, bacakan buku untuk anak lebih baik dari barang pendidikan yang beribu harganya tu.

    Serta perkara yang paling power seorang ibu ada. DOA.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kesian ibu-ibu sekarang jadi mangsa marketing kan, hehe

  4. mazffalainey Avatar

    Yup sedar x sedar memang kita selalu mengeluh kerana x leh spend masa kat anak..walhal masa tu sentiasa ada tp kita buang sia2.. Huhuhuhu..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      itulah dia, kalau kita tak kawal dia, dia kawal kita – masa.

  5. Doktor Nurul Avatar

    assalamualaikum
    cant agree you more. ibu adalah pendidik terbaik. knurul always believe in that and sentiasa mintak petunjuk Allah cara mendidik anak-anak.

    sekolah hebat, moden, sohor semua adalah extra. jatidiri anak-anak terbentuk dari rumah. kita bukan hanya nak membentuk anak yang pandai, tetapi lebih dari itu. kita mahu melahirkan daie, yang dirinya akan menjadi sinar memartabatkan Islam dibumi Allah dan semuanya bermula dari rumah.

    bukan sahaja anak ketam jalan mengereng kerana menurut cara ibunya. lebih-lebih lagi anak-anak kita. kita yang memilih cara mendidik dan halatuju untuk anak-anak kita.

    that is why, always come in my thought…i want to resign…i need to be the best blueprint for my children

    pray for me. thank you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge