,

Tips Memandu di Switzerland

admin Avatar

Pada hari raya kedua, Aidilfitri yang lepas, kami bertolak dari London Heathrow ke Zurich, Switzerland. Memandangkan kami menyambut Syawal di Eropah, dan cuti sekolah pun ada berbaki… alang-alang bawa anak-anak kenal salji di puncak Jungfrau (sebutannya ‘Yuf-row‘ bermaksud anak dara dalam bahasa Jerman).

Kami tiba di Zurich dalam jam 11 malam kerana penerbangan yang tertunda dari Heathrow. Cepat-cepat dapatkan kereta sewa (takut tutup pula).

LEON CUPRA
Kereta sewa kami di Switzerland, Leon Cupra

Saya siap bawa GPS yang kami beli semasa kembara di Iceland untuk memudahkan perjalanan (takut pula GPS-nya guna bahasa German/Itali/Perancis), tapi rupa-rupanya tersilap bawa, bawa yang Malaysia punya *nanges*. Malam tu kam merangkak ke hotel, tak reti guna GPS kereta tu. Syarikat sewa kereta ni tak sediakan GPS mobile, yang dalam kereta ni je.

Horrible sikit nak keluar dari Zurich Airport ni. Jalannya berlapis-lapis, berpusing-pusing… tak faham GPS… aduh. Agak stress sebab kami semua dah penat. Pagi-pagi dah gerak dari Cardiff ke London, flight pula ke Zurich. Mujurlah budak-budak tak buat perangai sangat, penat agaknya. Dalam kegelapan kami merangkak dalam kegelapan ke arah yang ditunjuk oleh GPS tanpa suara tu.

Akhirnya tiba di Holiday Inn Express, Zurich. Tak banyak cerita, masuk bilik terus tidur.

Keesokan harinya, hujan lebat membasahi bumi Zurich. Tapi kami kena bergerak segera ke Grindelwald melalui Lucerne. Dalam perjalanan tu cuba-cuba-godek GPS, oh rupanya ia ada suara, dan ia boleh berbahasa Inggeris! T___T

PETA MEMANDU DI SWITZERLAND

Walaupun jaraknya cuma dalam 140km, tapi 4-5 jam juga kami ambil masa untuk sampai ke Grindelwald. Maklumlah, banyak tempat nak berhenti…. Ambil gambar! Switzerland memang sangat cantik…

Jalan raya mereka seperti negara Eropah yang lain… tidaklah luas tapi pemandu memandu dengan berhemah, lebih-lebih lagi di lereng bukit yang sempit.

Di Grindelwald, kami cuma menghabiskan masa petang dengan berjalan di sekitar pekan itu. Suasana masih hujan. Doa dan harapan agar esok hari tak hujan, kerana kami akan ke Jungfrau!

Alhamdulillah, esoknya cuaca sangat cerah dan terang. Kami check-out, simpan beg dalam kereta dan terus ke stesen keretapi untuk ke Jungfrau.

TRAIN TO JUNGFRAU

Hampir 6 jam juga nak naik ke Jungfrau dari Grindelwald. Keretapi pertama dari Grindelwald ke Kleine Scheidegg, kemudian ambil train lain ke Jungfrau. Tiket dibeli di Grindelwald, digunakan terus untuk ke Jungfrau, tapi bila tiba di Kleine Scheidegg kami beli reserve seat kerana sangat ramai orang, berebut-rebut. Mujurlah, train untuk mereka yang reserve seat sangat selesa, semua orang dapat tempat duduk.

Siap ada hiburan dari satu keluarga dari India agaknya, yang menyanyi lagu Hindustan dari bawah sampai ke atas 😀

Selepas menghabiskan masa lebih 4 jam main salju di puncak Jungfrau.. kami bertolak balik. Train sangat padat! Beratur punyalah panjang. Sampai-sampai di Kleine Scheidegg, Hafiy nak terkencing pula… maka selamatlah kami ditinggalkan oleh train berikutnya ke Grindelwald. Bertapalah di situ selama sejam.

SALJI SWITZERLAND

Bila train sampai saja, terus kami lompat masuk. Nak cepat bukan apa, sebab nak kejar sampai di Gstaad sebelum malam! Sangat mencabar perjalanan ni.

GSTAAD

Sampai di Gstaad, dah hampir Maghrib. Masha-Allah cantik sangat Gstaad ni. Patutlah Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor pilih Gstaad sebagai destinasi bulan madu mereka. Tak puas tengok bandarnya sangat cantik. Kecil tapi ada macam-macam. Sayangnya kami tak boleh stay lama.

Esoknya selepas jalan-jalan shopping sikit… kami terus bergerak ke Geneva. Oh ye, hari tersebut kebetulan Hari Kebangsaan Switzerland. Orang Swiss cuti dan keluar berpesta.

ROAD TO GENEVA

Alhandulillah akhirnya sampai juga ke Geneva. Seronok sangat mengenang kembali kenangan menyusur Tasik Geneva 2 tahun lalu. Pass kereta di parkir untuk kereta sewa, dan ambil shuttle bus ke Airport. Tamatlah perjalanan kami di Switzerland. Ke Heathrow kita!

Tips Memandu di Switzerland Supaya Tak Sesat

  1. Pastikan GPS yang diberi oleh syarikat kereta sewa adalah yang paling updated.
  2. Roaming handphone siap-siap (Maxis ada unlimited data per day) atau beli simcard Swiss untuk check navigation dengan GPS di handphone.
  3. Switzerland adalah left-hand drive.
  4. Jalan-jalan raya di seluruh Swiss tak kompleks pun. Kalau terlajak, senang je nak patah balik.
  5. Kalau boleh jangan sampai malam-malam, kebanyakan jalannya tak ada lampu jalan.

Memandu atau naik tren lebih bagus? Nantikan entry berikutnya….

Tagged in :

admin Avatar

13 responses to “Tips Memandu di Switzerland”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    takde gambar kat Gstaad tu.. teringin gak nak tengok

    1. Mommy Lyna Avatar

      Belom transfer lagik kak Anah. Nt share k 🙂

  2. maizira Avatar
    maizira

    Tq entry yg di tunggu. Sgt berguna untuk buat planning

  3. safiya Avatar

    bestnya baca pengembaraan orang lain.. in shaa Allah 2 tahun lagi saya pun nak mengembara macam ni juga dengan izin Allah

  4. Amyz Avatar

    Nak tengok gambar ..!! <3 <3 <3

  5. Maya Avatar
    Maya

    Betulke boleh guna lesen memandu Malaysia jer kalau nak sewa kereta kat swiss? Sbbnya saya x ada IDL..

  6. Nik Avatar
    Nik

    Salam. Saya dan rakan-rakan plan nak ke Zurich Nov nanti. Untuk sewa kereta, lesen memandu Malaysia boleh guna tak? Or kena International License jugak? Tq

    1. admin Avatar
      admin

      Salam Cik Nik,

      Bettr buat je IDP tu. Itu hari diorang tak minta, tapi kot2 la minta pula kan.

  7. nur yusuf Avatar

    Kesiannye salah bawa gps.. tak de data internet ye masa tu? kalau ada leh guna google maps.. sy tengah kira2 ni.. nak sewa kete atau naik train.. dua2 ada pros n cons kan.. kalu kete sewa tu parking nye satu hal nak bayar.. tp bole la stop tetibe ade view cantik ke..hehe. masa u all gi swiss.. tdo hotel ke bnb ye?tq..

    1. admin Avatar
      admin

      kitorang tak masuk town, & cari hotel yg parking free. dok hotel je, bnb takde yg nak terima family with kids. hehe

      1. yani Avatar
        yani

        haaa betul ke airbnb dalam Swiss tak terima family with kids?

        1. admin Avatar
          admin

          sekarang dah banyak yg terima, alhamdulillah

  8. Mohamad Ali bin Abdullah Avatar
    Mohamad Ali bin Abdullah

    Saya dari Malaysia, nak memandu di Switzerland perlukan lesen antarabangsa ke? atau hanya guna lesen memandu Malaysia sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge