,

Tips Memandu di Iceland, Part 2

admin Avatar

Perjalanan dari Borgarfjörður Eystri ke Tasik Myvatn menghidangkan suasana yang sangat jarang dialami… pemanduan di lebuhraya di tengah-tengah dataran tinggi bersalji…

driving in iceland

Rasa gerun dalam hati, tak nampak apa-apa kecuali benda hitam dan putih ini saja.

north iceland

Kami berhenti makan tengah hari di salah satu perhentian. Pemiliknya seorang Icelander yang berkahwin dengan orang Vietnam. Katanya dia taknak balik Vietnam, serabut ramai orang. Hehe. Di sini aman damai orang tak ramai.

Di sekitar Tasik Myvatn, kami berhenti rehat dan minum petang. Teruskan perjalanan ke Akureyvi, perhentian kami malam itu. hajat di hati nak ke Grimsey (pulau yang terletak di Garisan Artik), tapi masa tak mengizinkan… Feri ke Grimsey hanya ada pada hari Isnin, dan kami tiba pada hari Sabtu. Tak boleh tunggu karang tak sempat sampai ke Keflavik pula T__T tak apalah, mungkin rezeki lain kali.

Dari Akureyvi, kami ke Hellnar yang terletak di Snaeffellsnes Peninsular. Scene Mitty naik basikal dibuat di sini. Hehe. Sempat singgah di beberapa attraction di sepanjang jalan, especially air terjun Godafoss. Sampai di Hellnar, cuaca sejuk dan berkabus. Hujan renyai-renyai pula. Tak nampak langsung Snæfellsjökull.

Esoknya kami sambung perjalanan ke Reykjavik. Sempat keliling semenanjung tu dan misi mencari Kirkjufell yang famous tu. Tak tau mana nak cari spot nak ambil gambar macam dalam poster, hish.

kirkjufell iceland
Our best photo
kirkjufell_mountain_iceland_raymo
Poster

Masalahnya tak ada air pun kat situ. OK.. mungkin di tengah-tengah summer kot area situ jadi tasik.

Singgah sekejap di Borgarness, ambil gambar di kedai yang dijadikan Papa John Pizza dalam cerita Mitty. Kemudian sambung perjalanan ke Reykjavik.

Esoknya kami jalan-jalan sekitar Reykjavik, sebelum ke Blue Lagoon. Malam tu tidur di Keflavik sementara nak kejar flight jam 2.30 pagi.

Begitulah sedikit sebanyak gambaran peta perjalanan kami di Iceland. Alhamdulillah, habis jelajah semua ceruk kecuali kawasan pergunungan (4WD je boleh masuk), Grimsey dan Westfjords (akibat kesuntukan masa). Insya-Allah kalau ada masa yang lebih panjang, mungkin boleh sewa 4WD, jauh sikit langkah boleh jalan.

Beberapa tips memandu di Iceland:-

  • Untuk habiskan satu pulau tanpa singgah di mana-mana, boleh ambil masa 4 hari… tapi sesungguhnya tidak enjoy kalau sekadar tengok dari dalam kereta saja.
  • Paling minimum untuk memandu di Iceland adalah 7 hari. Paling bagus 2 minggu.
  • Pilih kereta yang menggunakan diesel kerana ia lebih murah berbanding petrol.
  • Bersedia untuk isi minyak bila jumpa stesen minyak. Mungkin the next stesen minyak sangat jauh!
  • Hati-hati di jalanraya, binatang-binatang melintas sesuka hati.
  • Jangan pernah rasa bosan terutama bila melalui kawasan fiords. Tolong enjoy!
  • Jalan raya tiada bahu jalan, dan ramai orang berjalan serta naik basikal di sana.
  • Kenalpasti jalan tak berturap supaya boleh bersedia mental dan fizikal.
  • Jangan lupa bekal. Ikan kering Iceland sangat sedap dimakan semasa dalam kereta.

OK, kita sambung lagi dengan tips-tips yang lain pula!

admin Avatar

7 responses to “Tips Memandu di Iceland, Part 2”

  1. Farrah Avatar

    wahhh ..bestnya..x sabar nak baca next entry

  2. cheq eem Avatar

    berbelit lidah nak menyebut nama tempat yang disinggah…. lepas ni buat tips juga mcm mana nak sebut nama tempat2 tu eh… ekekeke……

  3. Raihanah Ahmad Avatar

    Untungnya alom dah jalan sana sini. Alhamdulillah dengan pengalaman ni boleh juga yang tak pergi ni tengok gambar-gambar menarik.

  4. Zefa NorAsmara Avatar

    Teruja membaca entry2 permusafiran di sini. Tapi jujurnya skip baca bila part nama tempat tu. terbelit lidah. Hehe..

  5. june mohd Avatar

    nama tempat pelik2 dan berbelit lidah nak sebut…hihihhh.. Gambar pemandangan tu sangat ohsemmmm!

  6. discours de mariage Avatar

    Un discours de mariage rédigé en bon français, foncez!

  7. The Travelling 3o Avatar

    Kiranya kalau nak lagi best sewa 4wd la kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge