Perjalanan dari Borgarfjörður Eystri ke Tasik Myvatn menghidangkan suasana yang sangat jarang dialami… pemanduan di lebuhraya di tengah-tengah dataran tinggi bersalji…
Rasa gerun dalam hati, tak nampak apa-apa kecuali benda hitam dan putih ini saja.
Kami berhenti makan tengah hari di salah satu perhentian. Pemiliknya seorang Icelander yang berkahwin dengan orang Vietnam. Katanya dia taknak balik Vietnam, serabut ramai orang. Hehe. Di sini aman damai orang tak ramai.
Di sekitar Tasik Myvatn, kami berhenti rehat dan minum petang. Teruskan perjalanan ke Akureyvi, perhentian kami malam itu. hajat di hati nak ke Grimsey (pulau yang terletak di Garisan Artik), tapi masa tak mengizinkan… Feri ke Grimsey hanya ada pada hari Isnin, dan kami tiba pada hari Sabtu. Tak boleh tunggu karang tak sempat sampai ke Keflavik pula T__T tak apalah, mungkin rezeki lain kali.
Dari Akureyvi, kami ke Hellnar yang terletak di Snaeffellsnes Peninsular. Scene Mitty naik basikal dibuat di sini. Hehe. Sempat singgah di beberapa attraction di sepanjang jalan, especially air terjun Godafoss. Sampai di Hellnar, cuaca sejuk dan berkabus. Hujan renyai-renyai pula. Tak nampak langsung Snæfellsjökull.
Esoknya kami sambung perjalanan ke Reykjavik. Sempat keliling semenanjung tu dan misi mencari Kirkjufell yang famous tu. Tak tau mana nak cari spot nak ambil gambar macam dalam poster, hish.
Masalahnya tak ada air pun kat situ. OK.. mungkin di tengah-tengah summer kot area situ jadi tasik.
Singgah sekejap di Borgarness, ambil gambar di kedai yang dijadikan Papa John Pizza dalam cerita Mitty. Kemudian sambung perjalanan ke Reykjavik.
Esoknya kami jalan-jalan sekitar Reykjavik, sebelum ke Blue Lagoon. Malam tu tidur di Keflavik sementara nak kejar flight jam 2.30 pagi.
Begitulah sedikit sebanyak gambaran peta perjalanan kami di Iceland. Alhamdulillah, habis jelajah semua ceruk kecuali kawasan pergunungan (4WD je boleh masuk), Grimsey dan Westfjords (akibat kesuntukan masa). Insya-Allah kalau ada masa yang lebih panjang, mungkin boleh sewa 4WD, jauh sikit langkah boleh jalan.
Beberapa tips memandu di Iceland:-
- Untuk habiskan satu pulau tanpa singgah di mana-mana, boleh ambil masa 4 hari… tapi sesungguhnya tidak enjoy kalau sekadar tengok dari dalam kereta saja.
- Paling minimum untuk memandu di Iceland adalah 7 hari. Paling bagus 2 minggu.
- Pilih kereta yang menggunakan diesel kerana ia lebih murah berbanding petrol.
- Bersedia untuk isi minyak bila jumpa stesen minyak. Mungkin the next stesen minyak sangat jauh!
- Hati-hati di jalanraya, binatang-binatang melintas sesuka hati.
- Jangan pernah rasa bosan terutama bila melalui kawasan fiords. Tolong enjoy!
- Jalan raya tiada bahu jalan, dan ramai orang berjalan serta naik basikal di sana.
- Kenalpasti jalan tak berturap supaya boleh bersedia mental dan fizikal.
- Jangan lupa bekal. Ikan kering Iceland sangat sedap dimakan semasa dalam kereta.
OK, kita sambung lagi dengan tips-tips yang lain pula!
Leave a Reply