Suami saya selalu tanya “You tak penat ke?” maklumlah, kami sama2 bekerja.. balik rumah saya yang masuk dapur, kemas2 sikit, siapkan anak2, etc. Beliau pula tidur lebih awal dari saya dan bangun lebih lambat dari saya…
Perkara utama yang membantu saya berani nyatakan – supplement. Pengambilan supplement yang konsisten alhamdulillah, membantu sel2 badan saya untuk bekerja dengan lancar. Bila proses dalaman kita lancar, terserlah di luar. Tak ada lah penat sangat.. Maklumlah, walaupun makan makanan seimbang, selain dari nutrition depletion dari makanan itu sendiri, kesan2 dari alam sekitar juga menyumbang kepada ketidakstabilan nutrisi dalam tubuh. Radikal bebas! Ya, kajian sains moden menunjukkan kebanyakan masalah kesihatan termasuk penuaan berpunca dari radikal bebas.
OK, itu satu. Itu untuk physical fitness. Hidup kita ni berasaskan wasatiah, iaitu keseimbangan. Dalam mana2 bangsa pun ada konsep wasatiah ni. Misalnya konsep yang dan ying. Jika makanan fizikal kita dah beri, makanan roh jangan diabaikan. Amalan rohani tentunya makanan roh yang utama. Bila roh kita sihat, maka fikiran pun lebih tenang.
Salah satu cara untuk mengenyangkan roh dan mengatasi kepenatan adalah petua yang diajarkan oleh Rasulllah SAW kepada puterinya, Fatimah.
Tatkala Fatimah mengadu kepada suaminya, betapa penatnya membuat segala kerja rumah. Saidina Ali menyarankan Fatimah berjumpa bapanya, Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu.
Namun, Rasulullah tidak memberikan sebarang pembantu, sebaliknya sekalung zikir yang dipanggil ‘Zikir Fatimah’, khas untuk anaknya yang kepenatan menguruskan keluarga.
tasbih, Subhanallah 33 kali
tahmid, Alhamdulillah 33 kali
takbir, Allahu akbar 33 kali
Rasulullah SAW menyuruh Fatimah mengamalkannya setiap kali merebahkan diri untuk tidur. Sabda Baginda bahawa itu jauh lebih baik dari seorang khadam.
Maka untuk ibu-ibu yang sering kepenatan di rumah (dan bapa2 juga!), selain dari menjaga hal2 fizikal (ini utama juga ya!), amalkanlah zikir Fatimah setiap malam sebelum tidur. Semoga esok pagi bangun dalam keadaan ceria dan gembira!
^___^
Leave a Reply