Biasa bila kita enable blog untuk menerima komen, pasti tak terlepas dari komen2 berbentuk sentap, samada secara langsung atau tak langsung. Komen sentap boleh jadi komen yang menyentuh tentang entry, atau tentang peribadi pemilik blog.
Apa yang patut kita buat dengan komen sentap?
Berikut adalah beberapa tindakan blogger yang biasa kita lihat dalam menghadapi komen sentap:
1. Unapprove komen tersebut
2. Down dan tak tentu arah berhari-hari akibat disentap oleh komen berkenaan
3. Reply komen tersebut dengan defensif
4. Buat satu entry khas kerana komen tersebut, samada untuk defend diri atau hentam pengomen
5. Meroyan di FaceBook, Twitter dan sebagainya
6. Buat tak tahu
7. Terus disable komen di blog
8. Dan sebagainya
Rasanya hampir semua blogger pernah terima komen gaya sentap ni. Saya pun pernah juga. Saya rasa pengkomen edisi sentap ni adalah kerana:
1. Dia sendiri tersentap dengan entry kita tu
2. Memang jenis tak boleh tengok orang senang
3. Nak perbetulkan stand kita yang mungkin salah
4. Memang niat ikhlas nak menegur
5. Tak setuju dengan stand kita
6. Ada masalah low self esteem bila baca blog kita
7. Tak boleh terima perbezaan pendapat
8. Dan sebagainya
Biasanya mereka yang masih baru dalam dunia blog masih tak dapat terima komen2 sentap. Sebenarnya bagus komen2 sentap ni.. Ia membayangkan dunia blog ni sama je macam dunia realiti, tak semua orang sependapat dengan kita, dan tak semua orang suka kat kita.
Terpulang macamana kita nak layan komen2 sentap ni, tapi kan… daripada buang masa layan down, lebih baik tak payah layan je kan? Apa yang kita dapat, & apa yg orang tu dapat pun kan? Lagi dia seronok bila kita melatah.
Bagi komen2 sentap yang berunsur fitnah yang boleh menjatuhkan maruah kita dan keluarga kita, mungkin boleh delete saja. Komen2 yang menyentuh hal peribadi, selagi tak melampau over2, biarkan ajelah kot. Komen2 sentap biasa tu anggap saja sebagai hiburan selinangan gitu. Ye lah, kalau asyik terima komen baik2, setuju2, bodek2… je pun boring jugak.
Mood kita, marah kita, sentap kita, hanya kita je yang boleh kontrol, dan kita je yang benarkan semua tu berlaku.
Sekiranya si pengomen sentap tu sebenarnya yang tersentap dengan kita, biar ajelah dia sentap sorang2.
Kalau dia betul nak menegur, kita terima dengan hati terbuka. Mungkin kita akan jadi blogger yang lebih baik.
Cool… Jangan sentap2 dengan komen sentap. Daripada mikirkan komen2 sentap ada baiknya manfaatkan masa, brainstorm untuk buat entry yang lebih mantap!
Terima kasih.
Leave a Reply