Tips Door Gift/Party Pack Birthday Anak

Saya selalu dengar keluhan mak-mak ni.. tentang party pack atau door gift yang diterima anak masing-masing setiap kali kawan-kawannya menyambut hari lahir, samada di rumah atau di taska. Mana taknya kebanyakan ibu bapa menyediakan party pack yang diisi dengan gula-gula, cikedis, coklat dan sebagainya. Tidak semua ibu bapa yang ‘membenarkan’ anak masing-masing menikmati junk-food (makanan ringan ni). Sudahnya party pack tu samada dibuang atau disorok dari anak-anak. Membazir kan? Lagipun, kesian la kat empunya majlis kalau buat macam tu.. bukannya beliau dapat free pun benda2 tu…

Berinspirasikan taska anak-anak saya yang mengharamkan makanan ringan di tempatnya, saya ingin kongsikan idea untuk membuat party pack yang lebih berkhasiat dan memberi manfaat kepada anak-anak, bukan semata-mata seronok makan gula-gula. (Anak saya tak pandai makan gula-gula, Hafiy pernah melalak bila diberi gula2 oleh seorang makcik, sebab dia tak pandai makan :P).

Idea Party Pack 1 : Alatulis

Sekarang ni ada banyak alatulis yang berkonsepkan watak2 kartun kegemaran anak-anak kita. Kalau nak murah, di pasaraya macam Tesco, Giant, Carefour, Kedai Runcit Ahmad… kalau nak mahal sikit di Toys’R’Us dan sebagainya. Ataupun beri pensel sebatang dengan buku ‘latih tubi’ yang banyak dijual di Tesco tu.

Idea Party Pack 2 : Buah

Bagi epal sebiji seorang, jauh lebih baik dari beri cikedis berpeket2 seorang.

Idea Party Pack 3 : Handkerchief

Mungkin boleh buat embroider kalau nak tinggalkan kenangan.

Idea Party Pack 4 : Mainan

Kereta Hot Wheels sebiji seorang?

Idea Party Pack 5 : Zabit, kurma…

Ini adalah item yang ada dalam party pack yang baru diterima anak-anak saya. Musim2 nak puasa ni orang mula jual kurma, zabit dan sebagainya. Bagus kan? Ia bukan saja bagus untuk otak budak2 tapi boleh digunakan oleh keluarganya di bulan Ramadhan nanti.. buat buka puasa 😀

Idea Party Pack 6 : Party Stuffs

Belon, mask, dan segala macam barangan untuk party. Budak2 pun suka, boleh join sekali dalam party tu.

Idea Party Pack 7 : Makanan ringan2 tanpa MSG dan gula yang tinggi

Biskut, kerepek, keropok ikan dan sebagainya..

Idea Party Pack 8 : Kuih-muih

Biasa tak pergi derma darah ke, perhimpunan rakyat ke.. masing2 dapat air kotak dengan kuih-muih untuk dibawa balik. Tak salah kan kita adapt konsep ini?

Idea Party Pack 9 : Cenderamata

Cenderamata kenang-kenangan dari majlis anak kita..

Saya pun tak pasti dari mana datangnya idea bahawa budak-budak sukakan gula-gula, cikedis dan pelbagai makanan rapu ni. Anak2 kecil selalu saja ‘digula-gulakan’, padahal kita semua tahu masa tu lah giginya baru nak menumbuh, masa tu la dia tengah belajar menjaga gigi dan sebagainya.

Mungkin ibu bapa prihatin boleh membuat perubahan.. dengan memperkenalkan konsep ‘sihat’ dalam party pack untuk birthday anak-anak kita. Ye lah, masa depa kecil-kecil punyalah memperjuangkan ‘penyusuan ibu’ untuk kesihatan berpanjangan, alih-alih bila besar sikit, tak kisah pula dengan segala macam makanan rapu. Kalau boleh, biarlah berterusan penjagaan pemakanan anak-anak ni kan. Yang penting, ia halal!

Comments

  1. says

    saya juga tak ajar anak2 makan gula2 tp diajar masa di taska/nursery bilamana ada parent yg bagi gula2 dalam party pack dan akhirnya terpaksa saya buang/sorokkan. kan jauh lebih baik bagi kismis ke, kurma ke, biskut tiger tu ke dari gula2. even icecream pun saya x ajar tp dpt pendedahan dari nursery. mcm nk marah je teacher kat nursery tu.

    mintak izin untuk copy-paste untuk di share kat blog boleh tak?

  2. says

    info yg tepat pada masanya…tima kasih mommy lyna, birthday anak sy ujung minggu ni..mmg ingat nk bagi cikedis kat kawan2 taska dia…tp rupanya sensitip jg kan benda ni..parenting isu, drpd membazir sbb mak ayah lain buang or sembunyik, baik sy borong buah oren bagi sorang sebijik..hehe..TQ
    mila´s menulis tentang ..WW: najihah dan gotong royongMy Profile

  3. says

    mmg setuju..saya pun amat berhati2 bab party pack ni..baru2 ni bg mini puzzle sibijik sorang, and letak raisin..kek apollo, pastu kacik canla sikit dairy milk choc..sy mmg tak suka kalo byk sgt gula2..in fact sy mmg akan sorokkan dr anak kalo terlampau byk sgt.

    Betulla, next yr bg buah la plak..
    ida.z´s menulis tentang ..My connected toddlerMy Profile

  4. says

    aku baru jah ngamuk di blog aku pasal mak bapak hok xreti nak mikir bg makanan murah2 & xdop tanda halal ko anak aku..kalu xdok budget baik xpayah bg terus, bukan wajib pon..ni anak aku sampai lawan cakap aku sebab nk makan sangat bendalah tu..geram je aku..haritu aku komplen dekat cikgu dia, moga pantau party pack before bagi kat anak2..

    birthday husna haritu aku beli vitagen, ngan kismis kotak kecil..kalu kira memanglah sikit tapi khasiat yang ada tu cukup dah ntok anak2 kita..buat apa bg banyak gula2 tp semuanya xde satu pon khasiat, buat rongak gigi anak je..

  5. says

    nonie pun baru lepas buat party afifah di tadika dia… mmg problem bila dapat goodie bags dari party yg sebelum2 tu penuh dengan gula2… hampir tiap2 hari pulak tu, mmg puas kitaorang sorokkan… last2 penuh satu paper bag sedang tu, macam boleh jual balik.

    So masa birthday afifah kitaorang bagi kismis, biskut tiger & small dairy chocolate but not sweets… sihat sket la kan…
    nonie´s menulis tentang ..random ramblings…My Profile

  6. says

    Pernah dpt a bag of cekedis masa birthday parti anak kawan. Mmg x makan. Nk bg org lain pun xsampai hati. Abis tu buang je lah. Cikedis xbaik utk otak. Gula2 pulak xbaik utk kesihatan. Too much consume makanan bergula akan membuatkn immune system lemah. Bila immune system lemah, mudah lah nk dpt demam lah, batuk lah, selsema lah. Kan ke elok bg kurma ke, kismis ke, alat tulis ke.. Eh, idea ida.z bg mini jigsaw puzzle cambest. Tp mana nk dpt yg murah ek 😉

  7. says

    Setuju. sy pun last time buat bday party anak kasik stationary yg comel2 campur2 bajet setiap pek bawah RM3. pastu campur2 ngan coklat milo mcm tu, ngan some barang2 party(hat etc) ngan air kotak. semua budak suka :) sy pun tak setuju ngan party pack penuh junk food. tp susah nak halang budak2 mkn bila dpt kat sekolah…diorang ni kalau teacher dia kata, makanla…ckp mak dia dah kurang dengar…tq for highlighting this issue :)
    Yani´s menulis tentang ..Healthy? Kurus?My Profile

  8. says

    tiap2 bulan taska ada buat sambutan hari jadi…biasanya taska akan sediakan kuih n mihun/mee….cuma kdg2 parents budak2 tu lak yg sediakan gula2 n cikedis….confuse gak ngan sesetengah parents ni…so far yg mana sempat, dapatla sembunyikan…yg xsempat..selamat ke dalam perut….
    bg buah…idea yg best..kalau parents saya…masa kenduri kawen pun selain bg telur..bg juga buah…xpernah lagi bagi bungkusan gula-gula…
    Nur Adha´s menulis tentang ..Penghantaran PERCUMA ESP – HANYA 5 HARI SAHAJAMy Profile

  9. sharina says

    hmm.. party pack ni mmg sth yg buat sy slalu rs serba salah. kat tadika, wpun kite dah ckp dgn parents x blh bwk junk food, tp masih ade parents yg letak junk food dlm party pack. si anaknya pulak, datang2 je dah show off kat kawan2 yg die ade bwk party pack dlm die ade gule2, coklat etc2. budak2 ni kalo dah tau, sure diorang asyik tanye je bile diorang blh dpt party pack tu.
    slalunya kami bg time diorang dah nak blk, suruh diorang bwk balik “nnt kat rumah tanya mama blh x makan ni?” coklat or biskut je kami bg makan kat tadika, cikedis/gule2/chewing gum mmg kami akan rampas kalau nampak sape2 makan.

    anak sy sniri mmg slalu dpt party pack yg isinya dah kurang, sbb mamanya dah tapis dulu isi kandungan party pack tu..

  10. salzahari says

    bukan kat party birthday je, kenduri kahwin 1 lagi..haai, nak buat rampasan / komplot sorok pun serba salah sbb kdg2 yg bagi tu atok nenek yg sengaja bg/ simpan sbb nak bg seronok cucu atau jiran2!

  11. says

    nasib baik taska anak saya akan pulangkan balik pada parents if party pack tu ada gula2 or coklat.. (yer, coklat pon takleh).. pastu, kismis saya tak brani nak bagi sbb ada budak2 yg below 2 years tu.. takut tercekik…
    yana´s menulis tentang ..:: 8 Hari ::My Profile

  12. says

    d best entry ever psl doorgift utk ank2..

    truje n rasa bangga sgt ngn entry mcm ni.. xsgka sbenarnye kite jgk yg berikn ank2 kite mkn bnda2 xelok tu..budak2 mane tahu..

    erm lps ba entry ni nk tros brubah smpena bday ank hjg mngu ni.. alhamdulillah terima kasih tuan umah..
    lov´s menulis tentang ..GA BUAT LOV-NOTE FOLLOWERMy Profile

  13. Annie says

    Salam,

    Just nk respond ckit, saya pun mengalami dilemma sama jugak masa bila anak dpt party pack yg byk junk jer dlm tu…. X bagi anak mkn kesian, kalau bagi nnt addicted pulak…. Errmm.. Cuma nak share ckit yea, air vitagen or any yogurt drinks tu x sesuai letak dlm party pack, sbb dlm air tu ada live culture yg perlu di simpan pada suhu sejuk, kalau dalam suhu bilik live culture tu akan rosak dan bertukar jadi bakteria yg akan memudaratkan dan bole jadi food poisoning… Ini pernah berlaku pada anak saya, dan bila investigate rupa2nya kat taska tu dia ada minum air vitagen dlm party pack tu, so ramai jugak budak2 taska yg kena diarrhea sbb minum vitagen rosak.. So, as parent kita kena aware benda2 mcm nih…. Anyway, like to the max idea bagi epal sorang sebijik tuu… 😉

  14. Lilie Hashim says

    As Salam,

    Setuju dgn cadangan yg diberi. Saya juga pening bila fikirkan tentang party pack utk anak sy sebelum bermula cuti sekolah yg lalu. Dr awal thn semua majlis birthday akan mendapat party pack yg semuanya junk food! OMG!!! So, sy mahu yg lain dr biasa. Setelah puas berfikir dan selari dgn budgetnya, Saya hanya memberi sekotak air milo , sekotak kecil koko cruch dan homemade cupcakes .

  15. nmu says

    Salam Sejahtera …………
    we provide kids table and chair for rental. Do SMS/Whatsapp at +60123288522 Let your child enjoy doing activity and dining in a GREAT setting table!!

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge