Bagi ibu bapa yang bekerja sepenuh masa, mungkin tidak ada cara lain untuk menguruskan anak-anak melainkan kita titipkan mereka kepada orang-orang yang dipercayai, seperti opahnya, pengasuh, ataupun taska.
Namun, sekarang ini bila kebanyakan orang hidup merantau, agak susah untuk bertemu dengan mereka yang boleh dipercayai. Dari situ, timbullah berita2 semacam ini:
Meskipun kematian itu adalah satu ketentuan dan kemestian… dah sampai masanya.. tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bagaimana seorang ibu/bapa yang sebelah paginya hantar anak kepada pengasuh/taska dalam keadaan ceria, tiba-tiba mendapat perkhabaran anak sudah tiada…
Antara Pengasuh, Maid dan Taska
Saya mempunyai ketiga-tiga pengalaman : anak pernah dihantar kepada pengasuh, dijaga oleh pembantu rumah, dan dihantar ke taska. Setiap satu mempunyai pro and cons tersendiri. Namun di akhirnya saya memilih untuk anak-anak terus dijaga di taska. Kenapa?
- Tugas taska 100% untuk menjaga bayi/anak. Berbeza dengan pengasuh yang mempunyai banyak kerja lain untuk dibuat di rumahnya. Begitu juga dengan maid (kecuali dah diarahkan 100% masa untuk jaga baby saja). Potensi untuk bayi ditinggalkan bersendirian adalah lebih tinggi berbanding di taska.
- Taska mempunyai jadual cuti dan biasanya akan mengikut cuti umum yang biasa. Pengasuh boleh je nak pergi becuti bila-bila masa. Dan maid boleh je tiba-tiba nak minta cuti.
- Kakitangan taska mengikut ratio 1 penjaga 5 bayi (paling maksimum). Pengasuh boleh saja nak jaga ramai2 bayi, toddler dan kanak-kanak.
- Taska mempunyai sistem dan program tertentu.
- dan sebagainya.
NAMUN, harus ingat, tak semua taska adalah TAMAN ASUHAN, banyak taska yang menjadi NERAKA DUNIA bagi anak-anak. Kerana itu adalah penting untuk kita MEMILIH TASKA.
Bagaimana Memilih Taska Terbaik?
- Berjumpa sendiri dengan pengusaha taska dan penjaga.
- Membuat research sendiri.
- Bertanya dan mengambil testimonial dari mereka yang pernah menghantar anak ke taska tersebut.
- Melihat sendiri cara penjagaan yang diamalkan di taska tersebut.
- Meneliti program yang ditawarkan di taska tersebut.
- Menjalin hubungan baik dengan pemilik dan penjaga di taska.
Tips Memilih Taska Terbaik
- Pastikan taska tersebut adalah yang berdaftar dengan JKM – jumpa pengusaha taska dan minta dia tunjukkan sijil & dokumen berkenaan.
- Kebersihan dan susunatur perabot yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak – masuk sendiri untuk tengok keadaan dalam taska.
- Taska yang mementingkan nilai-nilai moral dan Islamik.
- Akhlak dan tatacara penjaga di taska hendaklah baik.
- Taska yang ‘membantu’ kita memberikan yang terbaik untuk anak, misalnya pro-breastfeeding.
- Operasi kebersihan yang dilakukan – misalnya sekali seminggu taska dinyahkuman.
- Makanan yang disediakan adalah yang berkhasiat.
- Program yang dilaksanakan sesuai untuk perkembangan bayi.
Prinsip saya, kalau tak suka, STOP. Jadi sekiranya mendapati ada something wrong terhadap anak sepanjang ditinggalkan, tak perlu tunggu lama-lama, tukarkan saja ke taska lain. Mungkin dalam keadaan terdesak dah tak sempat nak cari-cari taska mana yang bagus, oleh itu SANGAT PENTING untuk membuat research seawal mungkin sebelum hantar anak.
Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari taska mana yang terbaik untuk titipkan bayi anda, dapatkan panduan Pilih Taska ni. Janganlah berkira kalau nak research yang terbaik untuk anak, ingatlah taska adalah rumah kedua mereka, jadikanlah tempat tu betul2 sebagai TAMAN bukan NERAKA DUNIA bagi si comel kita.
KLIK PADA BUKU DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN PANDUAN MEMILIH TASKA 🙂
P/S : saya nak hantar Danny awal seminggu tapi tak diterima sebab taska cuma accept baby 2 bulan ke atas saja… HuHuHU
Leave a Reply