Tips dan Panduan Bagaimana Memilih Taska Terbaik

Bagi ibu bapa yang bekerja sepenuh masa, mungkin tidak ada cara lain untuk menguruskan anak-anak melainkan kita titipkan mereka kepada orang-orang yang dipercayai, seperti opahnya, pengasuh, ataupun taska.

Namun, sekarang ini bila kebanyakan orang hidup merantau, agak susah untuk bertemu dengan mereka yang boleh dipercayai. Dari situ, timbullah berita2 semacam ini:

didera pengasuh

pilih taska

Meskipun kematian itu adalah satu ketentuan dan kemestian… dah sampai masanya.. tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bagaimana seorang ibu/bapa yang sebelah paginya hantar anak kepada pengasuh/taska dalam keadaan ceria, tiba-tiba mendapat perkhabaran anak sudah tiada…

Antara Pengasuh, Maid dan Taska

Saya mempunyai ketiga-tiga pengalaman : anak pernah dihantar kepada pengasuh, dijaga oleh pembantu rumah, dan dihantar ke taska. Setiap satu mempunyai pro and cons tersendiri. Namun di akhirnya saya memilih untuk anak-anak terus dijaga di taska. Kenapa?

  1. Tugas taska 100% untuk menjaga bayi/anak. Berbeza dengan pengasuh yang mempunyai banyak kerja lain untuk dibuat di rumahnya. Begitu juga dengan maid (kecuali dah diarahkan 100% masa untuk jaga baby saja). Potensi untuk bayi ditinggalkan bersendirian adalah lebih tinggi berbanding di taska.
  2. Taska mempunyai jadual cuti dan biasanya akan mengikut cuti umum yang biasa. Pengasuh boleh je nak pergi becuti bila-bila masa. Dan maid boleh je tiba-tiba nak minta cuti.
  3. Kakitangan taska mengikut ratio 1 penjaga 5 bayi (paling maksimum). Pengasuh boleh saja nak jaga ramai2 bayi, toddler dan kanak-kanak.
  4. Taska mempunyai sistem dan program tertentu.
  5. dan sebagainya.

NAMUN, harus ingat, tak semua taska adalah TAMAN ASUHAN, banyak taska yang menjadi NERAKA DUNIA bagi anak-anak. Kerana itu adalah penting untuk kita MEMILIH TASKA.

Bagaimana Memilih Taska Terbaik?

  1. Berjumpa sendiri dengan pengusaha taska dan penjaga.
  2. Membuat research sendiri.
  3. Bertanya dan mengambil testimonial dari mereka yang pernah menghantar anak ke taska tersebut.
  4. Melihat sendiri cara penjagaan yang diamalkan di taska tersebut.
  5. Meneliti program yang ditawarkan di taska tersebut.
  6. Menjalin hubungan baik dengan pemilik dan penjaga di taska.

Tips Memilih Taska Terbaik

  1. Pastikan taska tersebut adalah yang berdaftar dengan JKM – jumpa pengusaha taska dan minta dia tunjukkan sijil & dokumen berkenaan.
  2. Kebersihan dan susunatur perabot yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak – masuk sendiri untuk tengok keadaan dalam taska.
  3. Taska yang mementingkan nilai-nilai moral dan Islamik.
  4. Akhlak dan tatacara penjaga di taska hendaklah baik.
  5. Taska yang ‘membantu’ kita memberikan yang terbaik untuk anak, misalnya pro-breastfeeding.
  6. Operasi kebersihan yang dilakukan – misalnya sekali seminggu taska dinyahkuman.
  7. Makanan yang disediakan adalah yang berkhasiat.
  8. Program yang dilaksanakan sesuai untuk perkembangan bayi.

Prinsip saya, kalau tak suka, STOP. Jadi sekiranya mendapati ada something wrong terhadap anak sepanjang ditinggalkan, tak perlu tunggu lama-lama, tukarkan saja ke taska lain. Mungkin dalam keadaan terdesak dah tak sempat nak cari-cari taska mana yang bagus, oleh itu SANGAT PENTING untuk membuat research seawal mungkin sebelum hantar anak.

Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari taska mana yang terbaik untuk titipkan bayi anda, dapatkan panduan Pilih Taska ni. Janganlah berkira kalau nak research yang terbaik untuk anak, ingatlah taska adalah rumah kedua mereka, jadikanlah tempat tu betul2 sebagai TAMAN bukan NERAKA DUNIA bagi si comel kita.

KLIK PADA BUKU DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN PANDUAN MEMILIH TASKA :)

P/S : saya nak hantar Danny awal seminggu tapi tak diterima sebab taska cuma accept baby 2 bulan ke atas saja… HuHuHU

Comments

  1. says

    Setuju.

    Yang penting we have to pay a visit before decide nak pilih taska and buat spot check selalu. Kalau taknak obvious sangat spot check tu, buat2 la nak pakai toilet ke apa ke…at the same time mata kita harus tajam untuk scanning sekeliling inside the taska.

    Soalan wajib saya dari masa ke semasa kat taska owner anak saya “sekarang budak dah ramai berapa dah?” From there we can tell if they are following the right ratio.

    • Mommy Lyna says

      ya, sgt2 penting pegi dulu tengok beleum hantar. plg bagus pegi masa weekday dan juga weekend. g weekday bole tgk cemana depa jaga, gi weeknd bole tengok cemana depa bersihkan tempat tu.

  2. says

    tak jumpa2 lagi yg menepati kriteria dan berdekatan kat umah….kalo yang cinok banyak tapi tak mo…sob sob…rindu taska lama kat terengganu dulu…amat best.

  3. says

    dh 2 thn kakak ipar mnjaga ank2 sy..tp next year dier dh nk blk kg..
    jd sy perlu hntr ank2 kt org lain..hasben prefer hntr kt pengasuh..sy pulak taska..tq bg pro n con naper duk taska lg ok..

    tp yg sy xtau naper ader neraka dunia kt taska?? taska ajar aper kt bdk2?
    sy xtau ler..blh explain..
    maui_wifey´s menulis tentang ..Project Size S kat Slimming CentreMy Profile

  4. says

    aku dah start hantar Ashraf dah sebab memandangkan aku kan tgh kedemaman chicken pox so xleh nak pegang Ashraf, naseb baiklah aku baik dgn pengasuh di taska & diorang sanggup jaga Ashraf..

    satu tips dari aku, carilah taska yang pekerjanya melayu..jangan sekali2 hantar pd taska yang pekerjanya indon (walaupon bos melayu) sebab banyak kes aku dgr anak2 kn cubit / pukul dek pengasuh taska. lepas tu jalinkan hubungan yg baik dgn pengasuh2 anak kita, dermakan sedikit makanan untuk dikongsi bersama2 & selalu bertanyakan khabar melalui anak2 contohnya bila balik rumah tu aku selalu tanya Haziq “hari ni makan apa” & kalau boleh berbaik juga dgn parent yang lain so kalau kita notice something yang xbetul, boleh tanya parent lain untuk mengesahkan berita tersebut..
    zaila´s menulis tentang ..Wordless WednesdayMy Profile

    • Mommy Lyna says

      kalo taska berdaftar diorng tak bulih gaji pekerja Indon sebagai pengasuh. sebagai tukang cuci2 je bulih.

  5. yuz says

    rungsing sebab nak antar anak ke taska..tp kat area rumah dan ofis kebanyakan taska tutup pukul 6 atau 6.30ptg…mane sempat nak ambil anak kalau keluar office je sudah pukul 6…campur masa perjalanan balik je dah makan masa hampir sejam…tu pun lum campur dgn jem lagi..huhu..nak taknak…terpaksa cari pengasuh…:(

  6. says

    agree with you..kalo kt umh pengasuh, ank2 xbnyk bljr sbb pengasuh ada kerja rumah utk dibereskan..kt taska, bdk2 lbh berdikari dan bljr..
    er, kalo maid, silap haribulan anakku kecek bandung…huhu..pusing..pusing (pening)
    kinna´s menulis tentang ..Negative thinking personMy Profile

  7. zila says

    sy n mnta sedikit info la di sini…sy n husband seorg guru….jd mcm mana agk nye bayaran yuran taska utk waktu cuti sekolah…walaupun sbulan tu kami x hntar ank2…pun kene byr jgk ke? mmg ade alasan yg diberi sbb nk byr gaji pekerja…tp itu sbnr nya bkn masalah parents pun….itu masalah pengurusan taska sendiri…sbb kami xguna pun perkhidmatan mereka waktu tu…xkan nk byr membuta tuli aje kn…

  8. says

    It’s hard to come by experienced people on this subject, however, you seem like you know what you’re
    talking about! Thanks
    Minna´s menulis tentang ..MinnaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge