Kalau di Malaysia ni, arah kiblat kita agak-agak antara West dengan North West kalau ikut kompas, dalam 293 darjah. Jadi kalau ke mana-mana tempat di dalam negara yang tidak ada penunjuk arah kiblat, saya guna kompas untuk check arah kiblat. Kalau ke luar negara, biasanya suami yang jadi tukang check arah kiblat dari apps di iPhone beliau.
Tapi ini jadi pengajaran untuk saya, dek kerana tersalah kiblat semasa baru tiba di Jordan. Bila dah terbiasa dengan 293 darjah, saya berpandukan arah itu dan menunaikan solat di surau Lapangan Terbang Amman. Jadi pelik bila ada beberapa orang yang masuk solat di dalam surau itu untuk solat bersama, tapi tiada seorang pun solat di sebelah saya. Rupa-rupanya saya tersalah kiblat!
Sejak itu, saya bersedia dengan beberapa perkara ini sebelum travel.
1. Islamic Finder
Saya biasa guna website IslamicFinder.org untuk check berapa darjah arah kiblat yang betul di sesuatu tempat. Misalnya kalau nak ke Oslo, maka kita check berapa darjah arah kiblat dari Oslo.
Dari arah kiblat berapa degree tu… bole lah check menggunakan…
2. Kompas
Kompas iPhone, jam hiking dan kompas manual… boleh pakai untuk check and balance.
3. App Islamic
Ada banyak app untuk check kiblat… Sebagai check and balance. Dan saya suka guna app ‘Islamic’ di iOS ni.
Tips memudahkan urusan solat:
- Print arah kiblat dari Islamic Finder.
- Print siap-siap jadual solat di tempat tujuan.
- Pakailah pakaian solat-ready (yang tutup aurat dengan sempurna dan boleh dibawa solat).
- Bawa lapik atau sejadah poket kalau terpaksa solat di tepi-tepi jalan atau bangunan.
Walau ke mana-mana sekalipun, solat tetap tak boleh diabaikan OK!
Kepada yang nak bercuti dan melancong sempena cuti sekolah dan Deepavali ni… semoga selamat di perjalanan…. dunia dan akhirat.
Leave a Reply