Ramai ibu yang teringin nak solat jemaah tarawih di masjid, tapi risau dengan anak-anak yang masih kecil. Sebenarnya tak ada masalah, bawa aje mereka bersama. Kebanyakannya risau kot tak ada orang nak jaga anak, anak yang aktif susah nak kawal, anak gembeng dan sebagainya.
Alhamdulillah, setakat ini tiap2 tahun saya membawa anak-anak bersama ke masjid bersembahyang tarawih. Sejak dari Hafiy berumur 11 bulan, kemudian Fahry berumur 9 bulan tahun seterusnya, dan tahun ini anak2 saya masing2 berusia 3 tahun dan 2 tahun tanpa masalah.
Malah kami pernah beriktikaf (tidur) di masjid bersama dengan anak-anak.
Antara tips2 bagi ibu beranak kecil yang nak bawa anak ke masjid:
1. Pilih masjid yang children-friendly, iaitu masjid yang luas, yang sejuk, yang ada budak2 lain di situ. Biasanya masjid besar-besar seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Masjid Negara, Masjid Wilayah adalah contohh masjid yang children-friendly. Bukan apa, kalau masjid yang kecik-kecik, biasanya crowded, budak2 pun tak selesa. Dari nak intro anak kepada masjid, jadi stress pulak.
2. Fokus kepada memperkenalkan masjid kepada anak, rather than penuhkan solat tarawih. Kebanyakan ibu yang dilanda dilema ialah kerana risaukan bagaimana nak solat dengan budak kecil yang sedang lasak. Kena ingat tarawih tu sunat, tapi kewajipan kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak mencintai masjid. Setahun sekali je, hari2 lain memang jangan haraple nak bawa kan? Kita pun time bulan puasa je ghairah nak buat ibadat sunat 🙂
3. Solat beganti-ganti sekiranya ada pembantu. Dulu saya ada maid, so berganti-ganti solat dengan dia (sebelum beliau balik Indon). Jangan tamak dan selfish, pembantu kita pun nak solat sunat juga. Jadi, berilah peluang yang sama rata. Jika takde pembantu, boleh ganti-ganti dengan husband, atau berganti2 dengan ibu lain yang jemaah bersama.
4. Bawa kelengkapan anak2 seperti botol air (kalau anak dah lebih 6 bulan), bantal kecil, lapik tidur, lampin, mainan dan sebagainya. Kalau anak dah besar sikit bawalah buku ke apa-apa ke, supaya anak tak bosan, dan kalau dia nak tidur, dia boleh tidur. Di sini pentingnya perkara #1.
5. Ibu bawa sebotol air dan minum segelas Performance Drink (klik sini untuk lanjut) supaya tak terasa nak terkencing-kencing pulak. Maklumlah dengan anak kecil ni susah juga kalau asyik nak ke toilet.
6. Niatkan seikhlas hati untuk memulakan langkah mengenalkan anak dengan masjid, dan menggalakkan mereka mencintai masjid. Hapuskan pemikiran lapuk tentang masjid yang hanya tempat solat, tempat orang2 tua je.. sebab masjid sangat luas fungsinya. Walaupun masjid besar2 banyak menempatkan pejabat, sekolah, taska, pusat aktiviti dalam kompleksnya, tapi masjid kecil2 masih sunyi sepi bila tak ada orang nak pegi. Maklumlah anak2 muda lagi suka lepak di supermarket dan berdating daripada ke masjid.
Ini adalah video klip kesukaan kami sekeluarga.
Alhamdulillah, malam pertama kami di Masjid Wilayah. Hafiy ikut Abiy, Fahry bersama saya. Keprihatinan seorang ibu yang tengok Fahry asyik bergantung pada saya aje…. beliau mengajak Fahry join anak-anaknya dan membolehkan saya solat 4 rakaat, alhamdulillah syukur. Saya nak dukung Fahry dah tak berapa konfiden dengan dia yang lasak, maklumlah kehamilan selepas beliau ni agak berisiko kan hehe. Terima kasih kak, tak sempat saya tanyakan namanya.
Insya-Allah esok-esok kami akan datang lagi. Semoga laratlah saya. Tapi kalau tak laratpun Abiy galakkan juga ke masjid, bawa anak-anak. Biar kita duduk aje pun, asalkan anak-anak dapat berada di masjid. Insya-Allah besar impaknya buat mereka. Yelah, bila lagi nak macam ni. Bulan2 lain jangan harap (berapa kali daa ulang ayat sama), tapi memang betul, bila bulan puasa ni, malam2 jadi relax sikit. Mungkin itulah berkah Ramadhan.
Harumnya bau Ramadhan, maklumla setan dah kena ikat hehehe.
SELAMAT BERPUASA SEMUA!
Leave a Reply