Pelaburan Paling Untung: Emas, Hartanah Atau Saham?

Pelaburan paling untung ialah melabur untuk diri sendiri, ini yang selalu kita dengar kan? Then what? Bab ni yang kena pilih betul-betul. Soal pelaburan paling untung banyak bergantung kepada pendedahan yang kita terima serta preference sebagai individu.

Contoh pendedahan, pasti akan ada kelebihan jika anda terlibat dengan pelaburan itu sendiri. Contohnya kalau anda bekerja dengan syarikat hartanah macam Sime Darby Property, for sure anda lebih berminat dengan pelaburan hartanah lepas tengok sendiri bagaimana orang buat duit beratus ribu dengan senang-senang beli then jual semula rumah yang anda reka. Tambahan pula sebagai staff, you are entitle for super discount on top of insider info tentang projek berikutnya.

Tentang preference, banyak bergantung kepada minat pelabur. Pelaburan emas bagus jika anda merancang untuk terlibat dalam perniagaan emas tu sendiri. Sebagai contoh jadi ejen emas atau bukak kedai emas teros. Sebabnya, perbezaan harga beli & jual (atau dikenali sebagai “spread”) agak besar (dalam lingkungan 5-7%). Harga emas perlu naik sekurang-kurangnya 15% setahun supaya setanding dengan ASB.

15% setahun 2-3 tahun lepas mungkin mudah, tapi agak mencabar untuk 2-3 tahun dari sekarang melainkan terjadi super-inflasi atau lagi satu great depression. Negara China sendiri dah mula menunjukkan cool-down economy dengan beberapa langkah kerajaannya dalam membendung spekulasi hartanah dan mengurangkan inflasi. Great depression mungkin sedikit sukar sebab satu dunia dalam era pemulihan ekonomi besar-besaran; kecuali Jepun?

Kalau anda terlibat dengan perniagaan emas tu sendiri, walaupun emas tak naik banyak mana, anda masih boleh dapat komisen atau untung dengan menjual emas. Ni kira sambil menyelam minum air. Kalau emas naik, koleksi emas yang dipegang boleh dijual semula. Kalau emas turun, boleh promote emas sementara harga rendah AND still make money. Super good business proposition jugak ni kan?

Pelaburan saham atau forex pula sangat sesuai jika anda memiliki latar belakang matematik yang kuat. Terlalu banyak formula matematik yang perlu dihayati (faham aje tak cukup); contohnya mengkaji model perniagaan daripada Annual Report syarikat tersebut. Lepas tu pulak, kena buat persamaan sendiri (correlation) supaya senang nak buat keputusan jual beli dalam masa yang singkat IF anything happen.

Contohnya kalau minyak naik x%, untung jatuh by y% walaupun jualan naik by z%. Lebih kalut kalau anda plan nak main derivatives macam Warrant atau Futures. Mungkinkah ini sebabnya banyak Engineer jadi Trader or Analyst? I read a book pasal trading Mechanical Engineer yang tulis. Dia siap boleh kaitkan formula thermodynamics dengan pergerakan harga saham. Sungguh Saiko Wokeh! Ada seorang analyst yang bagus kat Malaysia pun from Mechanical jugak. Bagus sangat ke Mechanical Engineer nih?

Main saham atau forex ni juga sangat bagus jika anda suka ambil tahu pasal gosip-gosip korporat. Owh, ini sangat common and can be SO REWARDING; but also risky. Kalau nak tahu, terlalu banyak udang disebalik batu untuk setiap berita perniagaan yang selalu kita baca. Contohnya, ada la sorang CEO property developer ni keluarkan statement perniagaannya makin sukar bila harga simen & keluli naik. Pada masa yang sama, complaint pulak tu kalau kerajaan tak benarkan buruh dari negara jiran, semua projek-projek akan tergendala.

Lepas habis statement dia tu dapat media coverage yang sangat luas, harga saham pun jatuh. Jatuh la dalam 10%. Kena pulak analyst komen yang keuntungannya bakal jatuh teruk kalau masalah tu tak dibendung sejak awal, harga saham tu pun jatuh lagi 10-15%. Time ni la banyak orang dalam beli saham-saham ni, termasuk lah CEO tu sendiri.

Lepas semua dah stabil, CEO ni pun bagitau la pulak SYUKUR kerana demand untuk hartanahnya sangat kuat walaupun harganya yang premium dan dalam perancangan untuk launch projek berdekatan bulan depan. Harga saham pun naik pulak 15%, in less than a year. Inilah antara gosip-gosip yang menguntungkan daripada gosip artis. Namun, skill untuk membaca “between the lines” sangat-sangat penting. Sangat tak sesuai untuk “straighforward thinker” sebab semua putar-belit dan lidah bercabang perlu ditafsir.

Let’s go to pelaburan hartanah pulak. The biggest advantage ialah ia mampu bagi cashflow bulanan ON TOP OF harga hartanah yang berpotensi untuk naik. It’s like cash flow tu macam gaji & harga rumah naik tu macam bonus. So, ia sangat sesuai jika anda ada target nak pencen awal. Setiap hari kerja kutip sewa je lepas pencen.

Lagi satu hartanah ni sesuai untuk orang yang suka cakap dengan orang. Dalam pelaburan hartanah ni, negotiation skill perlu dikukuhkan. Nak nego harga rumah satu hal, nak nego dengan pembeli atau penyewa pun bukan senang. Tak ramai yang suka sebab ia memang betul-betul leceh. Proses nak beli saja takes 3-6 bulan. Ada yang setahun!

Kalau anda berminat dengan cara beli rumah second, touch up sikit then jual semula, skill renovate rumah tu perlu ada. Sangat advantage jika anda sendiri adalah interior design. Lebih advantage kalau anda sendiri ada syarikat kontraktor kecil-kecilan. Rumah banglo lama-lama banyak yang di niagakan sebegini. Kalau jual-beli banglo tu boleh la untung RM300-700,000 bersih untuk setiap unit.

Kesimpulannya, semua pun boleh buat duit dan sebaiknya you master them all. Nak start yang mana dulu tu saya sarankan pelaburan yang paling anda minat dan berkebolehan. Jangan terpengaruh dengan janji-janji manis orang lain sebab pasti tersembunyi di dalamnya pengalaman pahit. Cuma kalau anda dah minat, yang pahit bagi orang lain masam-masin je bagi anda. Kalau memang dah tak minat, manis to me can be sangat pahit to you. Agree?

19 thoughts on “Pelaburan Paling Untung: Emas, Hartanah Atau Saham?”

  1. owh, sy sebagai bekas pelajar mechanical engineering n sekarang mengajar engineer mathematics pon tidak sanggup untuk memahami apath lagi menghayati FOREX2 nih..so sy adalah mechanical engineer(pada nama jer) yg mmg tak bagus..huhu..

  2. ade sorang brader ni ,die bf kpada kakak gf aku..dia seorang broker.,die ajak aku mlabur 10U$D utk plaburan forex,aku mcm tak yakin,tpi bile dngr die cter mcm best.. :( ..aku nk tnye pda org yg mahir,tp aku xtau nk tnye sape :( somebody help me..klau ni ujian dri tuhan,aku pon xtau,,klau ni rzeki dri tuhan,aku pon xtau.. penin2..sbb die jnjikan pulangan wang plburan 4U$D utk sbulan,aku takut jgk..please sape2 yg lgi mhir tlong blas komen aku ni

  3. ade yg cakap haram,ade yg ckp harus..mne satu ni… :( penin2,aku nk try jgk kan,10k U$D mlbur,,dpt pulangan 4k U$D utk tempoh 15 hari ,,sape yg xnk kn..cume nk pstikan hram ke x ..ade ustaz ckp harus,ade yg ckp hram.. please someone help me..

  4. Saya ada buat pelaburan mengikut syariat… Public Ittikal… Setakat ni nampaknya Alhamdulillah… Risiko sederhana dan pulangan pun sederhana, rasanya pulangan lebih tinggi dari ASB … Ingat nak tambah pelaburan… InsyaALLAH dalam masa terdekat…

  5. Pelaburan yang halal adalah pelaburan dalam komoditi sprt emas, minyak dll… . Umpama kita beli kereta, kemudian jual pada harga yg lebih tinggi sket – ada sesuatu dijual(kereta), begitu juga pelaburan saham. Bukan duit atas duit, yg ni sah2 le haram…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge