,

Tips Bawa Anak Kecil Ke Masjid

admin Avatar

Ramai ibu yang teringin nak solat jemaah tarawih di masjid, tapi risau dengan anak-anak yang masih kecil. Sebenarnya tak ada masalah, bawa aje mereka bersama. Kebanyakannya risau kot tak ada orang nak jaga anak, anak yang aktif susah nak kawal, anak gembeng dan sebagainya.

Alhamdulillah, setakat ini tiap2 tahun saya membawa anak-anak bersama ke masjid bersembahyang tarawih. Sejak dari Hafiy berumur 11 bulan, kemudian Fahry berumur 9 bulan tahun seterusnya, dan tahun ini anak2 saya masing2 berusia 3 tahun dan 2 tahun tanpa masalah.

Malah kami pernah beriktikaf (tidur) di masjid bersama dengan anak-anak.

Antara tips2 bagi ibu beranak kecil yang nak bawa anak ke masjid:

1. Pilih masjid yang children-friendly, iaitu masjid yang luas, yang sejuk, yang ada budak2 lain di situ. Biasanya masjid besar-besar seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Masjid Negara, Masjid Wilayah adalah contohh masjid yang children-friendly. Bukan apa, kalau masjid yang kecik-kecik, biasanya crowded, budak2 pun tak selesa. Dari nak intro anak kepada masjid, jadi stress pulak.

2. Fokus kepada memperkenalkan masjid kepada anak, rather than penuhkan solat tarawih. Kebanyakan ibu yang dilanda dilema ialah kerana risaukan bagaimana nak solat dengan budak kecil yang sedang lasak. Kena ingat tarawih tu sunat, tapi kewajipan kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak mencintai masjid. Setahun sekali je, hari2 lain memang jangan haraple nak bawa kan? Kita pun time bulan puasa je ghairah nak buat ibadat sunat 🙂

3. Solat beganti-ganti sekiranya ada pembantu. Dulu saya ada maid, so berganti-ganti solat dengan dia (sebelum beliau balik Indon). Jangan tamak dan selfish, pembantu kita pun nak solat sunat juga. Jadi, berilah peluang yang sama rata. Jika takde pembantu, boleh ganti-ganti dengan husband, atau berganti2 dengan ibu lain yang jemaah bersama.

4. Bawa kelengkapan anak2 seperti botol air (kalau anak dah lebih 6 bulan), bantal kecil, lapik tidur, lampin, mainan dan sebagainya. Kalau anak dah besar sikit bawalah buku ke apa-apa ke, supaya anak tak bosan, dan kalau dia nak tidur, dia boleh tidur. Di sini pentingnya perkara #1.

5. Ibu bawa sebotol air dan minum segelas Performance Drink (klik sini untuk lanjut) supaya tak terasa nak terkencing-kencing pulak. Maklumlah dengan anak kecil ni susah juga kalau asyik nak ke toilet.

6. Niatkan seikhlas hati untuk memulakan langkah mengenalkan anak dengan masjid, dan menggalakkan mereka mencintai masjid. Hapuskan pemikiran lapuk tentang masjid yang hanya tempat solat, tempat orang2 tua je.. sebab masjid sangat luas fungsinya. Walaupun masjid besar2 banyak menempatkan pejabat, sekolah, taska, pusat aktiviti dalam kompleksnya, tapi masjid kecil2 masih sunyi sepi bila tak ada orang nak pegi. Maklumlah anak2 muda lagi suka lepak di supermarket dan berdating daripada ke masjid.

Ini adalah video klip kesukaan kami sekeluarga.

Alhamdulillah, malam pertama kami di Masjid Wilayah. Hafiy ikut Abiy, Fahry bersama saya. Keprihatinan seorang ibu yang tengok Fahry asyik bergantung pada saya aje…. beliau mengajak Fahry join anak-anaknya dan membolehkan saya solat 4 rakaat, alhamdulillah syukur. Saya nak dukung Fahry dah tak berapa konfiden dengan dia yang lasak, maklumlah kehamilan selepas beliau ni agak berisiko kan hehe. Terima kasih kak, tak sempat saya tanyakan namanya.

Insya-Allah esok-esok kami akan datang lagi. Semoga laratlah saya. Tapi kalau tak laratpun Abiy galakkan juga ke masjid, bawa anak-anak. Biar kita duduk aje pun, asalkan anak-anak dapat berada di masjid. Insya-Allah besar impaknya buat mereka. Yelah, bila lagi nak macam ni. Bulan2 lain jangan harap (berapa kali daa ulang ayat sama), tapi memang betul, bila bulan puasa ni, malam2 jadi relax sikit. Mungkin itulah berkah Ramadhan.

Harumnya bau Ramadhan, maklumla setan dah kena ikat hehehe.

SELAMAT BERPUASA SEMUA!

admin Avatar

33 responses to “Tips Bawa Anak Kecil Ke Masjid”

  1. ummikhayra Avatar

    Setuju dengan semua point lyna… Hehehhe Niat bawak Khayra ke masjid pun untuk dia biasa and suka dengan masjid. Walaupun semalam tak sempat berterawih sebab khayra sangat lasak berlari ke sana sini, tapi still seronok.. 🙂

    p/s: video clips upsy daisy tu pun khayra and kami pun suka.. 😛 kalau dalam kereta, boleh dengar lagu je… 🙂
    .-= ummikhayra´s last blog .. Khayra @Malam Pertama Solat Terawih – Salam Ramadhan Buat Semua =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Nini solat kat mana? Shah Alam ke?

      Best kan gi masjid dgn family.

      1. ummikhayra Avatar

        haah.. kat shah alam… ramai gak bebudak.. kat sana siap ada nurseri tu.. hehehhhe memang best, sampai tak larat nak layan si khayra tu.. heheheh
        .-= ummikhayra´s last blog .. Khayra @Malam Pertama Solat Terawih – Salam Ramadhan Buat Semua =-.

  2. lin Avatar

    plan asal nk p terawih gak mlm tadi tapi tak berkesempatan..ruginya saya,thanks ye tips ni.insyaallah nak bawak sara lah juga kenalkan masjid kat dia 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bawakla lin, best tau satu family gi masjid 🙂

      kat Masjid Wilayah dia siap greet lagi yang datang bawa family 🙂

  3. mommy umar Avatar
    mommy umar

    lyna,thanks share tips bawa anak ke masjid.insyaallah nak juga bawa Umar ke masjid bersolat.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      jom kita bawa anak2 ke masjid 😀

  4. yangbaik Avatar

    salam,
    tips yang menarik, malam ni buleh la bawak anak2 ke masjid… hmm tak dapat solat pun tak per… buleh ganti2 ngan bibik sementara ada lagi… dekat raya nanti bibik balik ‘Endon’, tak dapat la..
    .-= yangbaik´s last blog ..5 Perkara =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam,

      insya-Allah kita sama-sama invest untuk masa depan anak kita juga 🙂

  5. eray Avatar

    tips yang baik, paling sokong dengan point kewajipan kita mendidik anak. laksanakan yang wajib dulu & disusuli dengan sunat. insyaallah bertambah berkat hidup.
    .-= eray´s last blog ..baby boy harus minum susu formula =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      teringat artikel Ustaz Hasrizal tentang ibu bapa yang sibuk berdakwah hingga tiada masa untuk anak-anak. benar iman tak dapat diwarisi & mmg bukan diwarisi pun, tapi untuk diterap dan dibina. anak sesiapa pun, pembinaan iman itu bermula dari kosong sebab budak2 semuanya fitrahnya suci & putih.

      siapa yg nak menerap dan membinanya kalau bukan kita, ibu bapa dia? …sebelum dia bina ‘iman’ dia sendiri yang tak tahu condong ke mana… Allah Hafiz.

  6. Nadiah Sidek Avatar

    tips yg bagus! tq! selamat berpuasa ye 🙂
    .-= Nadiah Sidek´s last blog ..Salam Ramadhan 1431 H =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      selamat berpuasa untuk antum juga 🙂

  7. Ainul Avatar
    Ainul

    Saya sgt suke entry kaklina ni! sgt setuju dan yg paling penting niat tu mestilah ikhlas bawa anak ke masjid. saya akan praktikkan bile anak saye dah besar skit. saye sukela youtube tu!thanks kaklina perkenalkan video2 yg menarik, saya akan cari yg lelain lagi! 😀

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      nak video youtube best2 lagi ke? hehe. anak2 akak hari2 kejanya tgk youtube je, sampai rasa nak potong je astro kat rumah hahaha

      1. Ainul Avatar
        Ainul

        saye tunjuk kat baby smalam nasyid indon tu, die pun ngangguk2 sambil bersuara2 jugak..nyanyi jugak ke anak aku ni??huhu..sudah..mak diela ngajo ni..hehehe..masuk ofis arini terngiang2 lagu cara hidup plak..huhuhu..kelakar je..

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          lagu faveret Hafiy tu hehehehe

          1. sue Avatar

            sukanya lagu ni. nak cari yg lain plak. TQ!
            .-= sue´s last blog ..Free Watermark Dari Eliss yang baik hati =-.

  8. anasfadilah Avatar
    anasfadilah

    thanks kak lina,saya lupa tentang mewujudkan perasaan cinta dan suka pada masjid untuk anak saya,hanya fikir diri sendiri nak terawikh sedangkan itu sunat sajamyang wajib didik anak-anak

    tips baguih ni,masjid bandaraya di penang ada aircond dan luas,ada kesempatan nak ke sana nanti 🙂 InsyaAllah.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Pi la bawak. Hari lain tah bila nak bawa kan? Time ni kita pun sonok ada moreh kahkahkah

  9. eliss Avatar

    my hubby bulan puasa pun balik lewat.nak pergi sendiri memang tak berani lah.maklumlah driver amatur :p seronoknya kalo berkesempatan ke masjid mcm kat kampung.jalan kaki ajer..

    selamat berpuasa!
    .-= eliss´s last blog ..Siapa dah shopping baju raya =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Balik kampumg eliss heher

      Selamat berpuasa jugeee

  10. mrsboan Avatar

    terima kasih..kerana mengingatkan saya tentang kenalkan anak dgn masjid….ianya telah membuatkan saya bersemangat!
    .-= mrsboan´s last blog ..Dia Pertama Kali Bangun Sahur =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      semangat!

      itu yg kita mahuuu

  11. m-i-o Avatar

    hmmm. sy suka dengan idea bahawa mendidik anak utk mencintai masjid adalah perkara no 1, solat sunat jatuh no 2 🙂

    ok. sekadar nak berkongsi pengalaman sy solat tarawih bersama keluarga di surau malam semalam. sambutannya hebat. sy memang sgt gembira melihatkan betapa makmurnya surau berdekatan yg dikunjungi ibu bapa yg turut membawa anak kecil mereka bersama.

    namun begitu, sy rasa ada beberapa point penting yg perlu diambilkira ketika membawa anak kecil ke surau. terutamanya macam surau kami yg kecil dan sempit – memang panas. tetapi apabila kewajipan mendidik anak sudah jadi keutamaan dan melangkaui perkara sunat, sy rasa ada baiknya kalau ibu bapa mengambil inisiatif utk mengawal anak masing2. instead of bersolat di saf depan dan membiarkan anak2 berlari2 (dan menjerit2) di belakang sana tanpa pemantauan, apakata ibu bapa yg membawa anak kecil sama2 bersolat dengan anak2? masa inilah kita nak terapkan adab apabila berada di tempat ibadat, macam mana nak tampung tangan bila berdoa, bila masanya nak sebut “amin”, memperkenalkan gerakan2 solat – apa itu rukuk, apa itu sujud, memperkenalkan kpd anak nama2 benda seperti sejadah, telekung, kopiah, songkok dan sebagainya. ini adalah peluang besar utk mewujudkan suasana pembelajaran yg islamik.

    memang benar, budak2 memang taunya main aje. kejar2 dan berlari adalah fitrah. tapi, kalau ada budak umur 2 tahun yang reti duduk diam dan sama2 cuba ‘bersolat’, kenapa budak umur 6 tahun boleh menjerit2 dan menyebut “jahanam!” di belakang sana? mari sama2 fikirkan – kerana anak kita adalah cerminan didikan kita. sementara masih rebung, kita boleh lentur lagi. kalau dah jadi buluh, mungkin kita bleh bakar buat lemang. hehe 😛
    .-= m-i-o´s last blog ..Hari ini dalam sejarah =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      saya suka lemang 🙂

      (eh, tu je?)

  12. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    Erk, jgn salah faham. Bukan maksudnya takpayah fikir soal solat tarawih just bawa anak masjid je, tapi kpd mak2 yg dilema nakgi masjid tarawih tp takut leceh nak kawal anak, so tak pegi… tp kat umahpun belum tentu dpt tarawih dh anak asik mengaco. Ada baiknya bawa je ke masjid. Kita pun dapat imarahkan masjid.

    Tol tak?

  13. m-i-o Avatar

    ya, sy faham dan sy setuju 🙂 memang itulah tujuan bertarawih di surau/masjid – iaitu utk menghidupkan malam2 ramadhan. kalau kita cuma sentuh soal solat shj, tiap2 hari pun kita solat 5x sehari semalam.
    .-= m-i-o´s last blog ..Hari ini dalam sejarah =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Uh saya tidak menuju kepada kamu oleh itu saya tidak REPLY pada komen kamu. Kerna saya tahu kamu mmg memahami saya 🙂

  14. mrsnik@meah Avatar

    bgaus sgt info nih.. tp dulu kt kg i penah dengar jemaah merungut budak2 bising..siap ckap’ kalu dah tau ade nak lasak x yah ler bwk sini, ganggu org jer’ ntahlah, jujurnya saya x brape konfident lg nak bawak falah gi masjid, sebab dia tersangat lasak n tak takot org, dia bole pergi dgn semua org nampak pintu bukak jer trus meluru keluar, dgn kes culik budak2 yg byk sgt kt ipoh nih, sy rase terawih kt umah jer…sy x mampu menangung apa2 risiko yg melibatkan anak..iman sy tidak seteguh mane resenyer…
    FYI: kadar jenayah kt ipoh adalah sgt tinggi cuma byk kes x dilaporkan kt media jer…
    .-= mrsnik@meah´s last blog ..1 Ramadhan-Sahur =-.

  15. ummu affan Avatar
    ummu affan

    emmm…saya setuju sangat ngan comment mommy lyna ni…kena ajar anak2 kenal tempat2 yang baik dalam islam..esp masjid.
    zaman kita dulu2, mmg tak boleh bawa anak. saya ingat dulu masa kecil,dlm 6 thn…mak bawa ke surau untuk solat terawikh..tp masa tu saya sorang jer budak kecil…
    tp sekarang ni, alhamdulillah..kita dah mula buka mata..
    saya solat kat masjid negeri pulau pinang…kat belakang saf muslimat ni..mcm playground…tambahan plak tu, dia buka bilik khas untuk nursery..ibu2 boleh drop anak kat situ dan pegi solat dengan tenang..
    tp saya tak ler drop anak kat situ…sbb anak sulung pun solat gak,yang kedua ni manja sikit..tak leh kalau kita jauh dr dia..
    Yang belum pernah bw anak ke masjid…jom lah cuba pengalaman yang indah ni..

  16. ina Avatar

    aduh. betapa ruginya saya selama ni. anak saya dua orang yang kecik baru 7 bulan dan yg besar dah 5 tahun. memang teringin sekali nak ke masjid tunaikan terawih, tapi bila fikir bawa budak kecil takut membuatkan jemaah lain tak selesa saya duduk rumah je. nak buat terawih sendiri saya tak pandai. lepas terbaca artikel ni membuak2 rasa nak terawih malam ni.
    saya terlupa betul fungsi masjid seperti yg pernah belajar kat sekolah (10 tahun dulu). niat hati memang nak dekatkan anak2 dgn agama tapi ibu dia sendiri malas ke masjid. syukurlah saya jumpa artikel ni. malam ni cuba pujuk suami bawa kami sekali.
    .-= ina´s last blog ..Stuffing the fridge =-.

  17. yus Avatar

    Salam Mommy Lyna. Suka dengan entri ini dan tahun ini saya memulakan azam membawa anak kecil bersama ketika berterawih.

    Saya kongsikan sedikit entri Lyna di blog untuk entri saya yang ini…

    http://maz-naz.blogspot.com/2012/07/3-hari-pertama-berterawih-bersama-anak.html

    Satu pengalaman bagi saya juga harap saya akan terus semangat mebawa anak bersama walau dia ada buat perangai juga….huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge