Tingkatkan trafik blog… sapa taknak blognya diserbu ramai pembaca? Tipulah kalau kata ada blogger tak suka orang baca blog dia. kecuali yang memang private blog. (ini bersaling-kaitan dengan entry saya di sini : Dilema Blogger – Tulis Blog Yang Macamana Supaya Banyak VIsitor?)
Sekarang ni sangat banyak tips yang dikongsi untuk tingkatkan trafik blog. Sana sini blogger tercari-cari cara untuk tingkatkan trafik, tambahkan unique visitor, galakkan page impression dan sebagainya. Saya pun selalu juga mengikuti tips-tips dari blogger yang hebat-hebat ni, malah saya juga turut mengikuti blog yang mendapat 7-8 ribu unique visitor sehari, orang kata nak belajar dari yang pakarlah.
Tapi…. Tapi… Maaf cakap tapi most of those blogs adalah yang…
“Ini je?” – menunjukkan info itu tiadalah special mana, mungkin sekadar tulis “I takde idea lah nak tulis apa hari ni” tapi ada 40 ribu komen.
Setelah sekian lama barulah saya dapat memahami hukum alam blog. Bloggers belongs to several circles. Bloggers yang berpengaruh dalam sesebuah lingkungan/circle/halaqah (kalau yang ‘baik’ sikit :P) itu tidak selalunya bergantung kepada mutu/manfaat/kualiti blognya, tetapi lebih kepada bagaimana blogger tersebut berinteraksi dengan orang lain, i.e. dalam penulisan, menjawab komen dan sebagainya – tidak selalu, tapi ada kebiasaannya.
Seorang blogger biasa, yang asalnya ialah orang biasa yang tidak dikenali, walau macamana hebatpun penulisannya, tidak akan mendapat recognition jika tiada interaksi dibuat dengan pembaca/blogger lain.
Blog yang entah apa-apa, cakap pun benda biasa aje, layak mendapat trafik yang tinggi bila penulisnya suka bloghop, aktif bergiat dalam circle-nya, sering berinteraksi dengan pembacanya dan sebagainya.
Blogger yang baru menceburi arena ini, kalau berhasrat nak tingkatkan trafik blog memanglah kena peramah-peramah di atas talian, sering berkunjung ke blog-blog lain, aktif di forum serta perkumpulan2 blogger dan sebagainya.
Tapi, kepada blogger yang skima atau orang Kelantan kata sibik, hal ini perlu dilihat dalam banyak sudut. Adakah anda mahu menjadi terkenal kerana diri anda atau penulisan blog anda? Kalau mahu terkenal kerana diri anda, memang wajar mengejar trafik blog dengan cara-cara di atas. Banyak sangat caranya sekarang, hingga ada yang boleh tingkatkan trafikk blog dari kurang 100 kepada 6000 unique visitor dalam masa 3 hari.
Namun begitu, jika anda mahu terkenal dengan penulisan anda, ia boleh juga jadi sesimple itu, tapi penulisan juga haruslah bermutu dan bermanfaat. Or else people will read because of YOU, not because of WHAT you wrote.
Menjadi blogger selebriti ni lebih kuranglah menjadi selebriti artis. Famous kau!
Jadi itu terpulang kepada diri masing-masing. Ada orang memang nak kejar glamour,ada orang mahu meningkatkan manfaat dirinya, ada juga yang tulis blog memang tak ada niat seperti demikian, sekadar suka-suka dan nak tinggalkan kenangan. Semuanya tak ada salah tak ada betul, terpulang kepada individu. Oleh itu sebelum berblog, tanyalah diri sendiri, nak tingkatkan trafik blog, atau nak tingkatkan manfaat blog?
Dengan kata yang lebih ektrem, nak glamour di masyarakat bumi atau glamour di masyarakat langit (bukan kerajaan langit, masyarakat langit di sini ialah para malaikat di Baitur Ridhwan)? Fuyyo, ini memang ekstrem.
P/S : Entry menenangkan hati mereka yang gusar kerana tak ada visitor 7-8 ribu sehari iaitu aku sendiri hahaha.
Leave a Reply