Felt craft, iaitu kraftangan dari sejenis fabrik yang namanya kain felt, semakin popular di negara kita sekarang. Ramai yang memulakan perniagaan felt, dan memang laku lah. Mungkin kerana ia sangat cute
Oleh itu kami di Scriptory Box menganjurkan bengkel untuk seisi keluarga : Kids Luv Felt Craft… sebenarnya ia lebih kepada mengajar maknye hehehe.
Kelas pertama kami telah selamat dilaksanakan pada 25 Julai 2010, di Scriptory Box, Puchong. Kami turut mengambil bahagian dalam membuat kraf ni, termasuklah si Comel Fahry. Memang ternyata saya amatlah kerastangan dalam kraftangan ni
Layan gambar aktiviti felt craft..
Scriptory Box di set-up untuk aktiviti ini.
Antara peralatan yang digunakan
Saya, Kay & anak-anak sibuk menggunting, menjahit dan menyepah
Mula-mula tekap dan gunting
Kemudian jahit dan isikan fibre…
Bantu Fahry menggunting felt
Antara hasil kerja peserta (yang layak untuk display, hahahha)
Cupcake, bookmark, key chain, fridge magnet dan penghias pen.
Cikgu Nolie bersama tuan rumah.
Kepada yang terlepas sesi ini, sila cepat2 daftar untuk sesi akan datang ya.
pasti seronok!
Aktiviti sebegini sebenarnya amat baik untuk pendedahan sosial anak-anak (dan mak bapak jugak). Mungkin ramai yang berpendapat, anak2 kecil tak sesuai untuk aktiviti gunting-gunting, jahit2 ni, tapi sebenarnya ia adalah satu cara untuk memperkenalkan hal keselamatan kepada anak : iaitu cara menggunakan gunting dan jarum dengan betul. Jangan terperanjat bila anak seusia 3 tahun pandai menjahit… jahit butang lagi!
Biasanya ibu bapa melarang anak2 menggunakan benda2 tajam tanpa memberitahu cara2 yang betul untuk menggunakannya.
Untuk anak-anak di bawah usia 3 tahun,aktiviti ini adalah untuk sensori mereka, iaitu mengenal fabrik felt, dan juga untuk mereka mengenal warna, bentuk dan sebagainya. Seperti Fahry dan Hafiy, mereka yang memutuskan nak guna warna apa, dan macamana.
Itulah pasal cupcake saya warna hitam!



{ 11 comments… read them below or add one }
this kinda activity can also teach them some motor skill i.e how to pegang gunting and how to use it to cut things.
.-= aidie´s last blog ..My Experience delivering Nadirah at home =-.
exactly
jomla ramai2 kita berfelt crafting
wah comel la..
.-= Anip´s last blog ..Nothing Is Impossible!!! =-.
comel kan? maila anip join takde hal punya
mak cilok gambar ya..heheeh
.-= Norlie Sekoci´s last blog ..Before and After =-.
amik kat FB aku nyah, ada banyak laie
wah comel..So cute, can not help to do it myself
.-= lin´s last blog ..3 free comic book reader =-.
will there be another session for this workshop? i would like to join in
.-= ajjah´s last blog ..a small gift from 3fs =-.
Insya-Allah akan diadakan secara regular basis, nantikan pengumuman ya
comelnye…suka bende2 art ni…
comel la…..skarang cube nk buat…