Nisfu Syaaban, Amalan dan Kelebihannya

by admin on July 26, 2010 · 7 comments

Nisfu Syaaban adalah antara hari yang paling ditunggu-tunggu, kerana katanya ia adalah hari ‘tukar buku amalan’. Jadinya masa ni la nak buat amalan baik2 supaya rekod bagus saja di penutup buku dan pembuka buku baru.

Antara amalan nisfu Syaaban ialah berpuasa, solat sunat nisfu Syaaban, baca suratul ikhlas dan surah Yaasin 3 kali : bacaan pertama diapanjangkan umur, bacaan kedua dimurahkan rezeki, bacaan ketiga ditetapkan iman.

Semasa zaman universiti, ketika kawan2 sibuk dengan nisfu Syaaban, saya mendekati seorang akak senior, yang tak ada pun sebut tentang nisfu Syaaban, walaupun beliau kelihatan ‘alim’. Ye lah, pakai tudung labuh mesti nampak alim kan.

Saya tanya padanya “Akak tak buat ke amalan nisfu Syaaban?”

Jawab beliau “Akak malu lah nak memperbesar2kan amalan nisfu Syaaban ni Dik, sebab hari esok adakah kita akan baca Yaasin 3 kali juga?”.

Saya berasa pelik “Kenapa pula kak?”

Katanya lagi “Saidina Ali berkata, ‘Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam. Terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam. Dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam’. Kita mesti sentiasa memperbaiki diri. Amalan esok lebih baik dari dari ini. Kalau hari ni bagus bukan main, esok balik asal… Itukan sudah jadi lebih buruk dari hari ini?”

T_T

“Tapi Kak, kan boleh je kita usaha… mana boleh cepat mengalah gitu”

Jawabnya “Bukan mengalah Dik, bagi akak, untuk tujuan berdakwah, kita mesti utamakan bab istiqamah yang disukai Allah daripada amalan2 yang bermusim. Sekarang pun kita dah nampak Dik, hanya dalam bulan Ramadhan saja masjid penuh, hanya dalam peristiwa kematian saja semua orang menutup aurat, dan banyak lagi benda yang Islam hanya jadi amalan dalam keadaan tertentu.

Sebabnya kenapa? Kerana kita terlalu memperbesar2kan sesuatu itu atas sebab fadhilat dan pahala yang ada padanya, sedangkan amalan yang paling disukai Allah ialah yang kecil tapi berterusan. Adik tergamakkah nanti tengok Islam hanya jadi amalan ritual, bukan lagi lifestyle? Tergamakkah adik melihat orang2 keliling adik cuma gigih berpuasa sunat pada hari Nisfu Syaaban, mengaji hanya pada nifsu Syaaban.. kerana kelebihan yang ada padanya? Sedangkan hari-hari lain, usahkan amalan sunat, yang wajib pun sangkut-sangkut”

Saya berkata lagi “Alah Kak, at least ada gak masa diorang beramal, daripada tak buat langsung kan?”

Beliau berkata ” Rasulullah bersabda yg diriwayat oleh Imam Bukhari ‘Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit’. Akak tak kata salah, cuma bagi akak yang lebih penting ialah berada dalam keadaan istiqamah dan berusaha untuknya. Seperti yang akak katakan tadi, natijahnya lebih besar bila kita hanya pulun beribadat semasa keadaan2 tertentu. Jadi kita tidak memperdulikan amalan2 harian, sebaliknya menunggu keadaan2 tertentu untuk memperoleh pahala, yang mana tidak betul samasekali. Islam itu bukan terhad pada hari-hari tertentu saja” – mentang2 la masa tu tengah hangat Islam had-hari.

“Jadi akak tak buatlah amalan2 sunat Nisfu Syaaban?”

“Akak tak kata akak tak buat”

“Tadi tu?”

“Should I tell you my amalan?”

OK la, kalah.

Ada betulnya kata-kata beliau. Memang dah terjadi pun. Realiti. Hari2 biasa tak ada pun nak mengaji banyak2, solat sunat ke, puasa pun kalau tak kena ganti memang liat nak buat. Tapi kalau time2 ada reward lebih, macam Nisfu Syaaban, baru pakat bersungguh. Adakah ini salah satu dari kejayaan ghuzwul fikr?

Ingat bulan puasa, hampir semua orang resah kalau tak dapat pergi terawikh, kerana fadhilat2 yang terkandung dalam setiap malam tu. Resahnya melebihi resah kalau tertinggal solat wajib di hari2 biasa. Sedangkan semua fadhilat tu adalah palsu. Ye la, mana logik dengan solat sunat terawikh boleh dapat pahala nabi2? Hari2 lain, masjid sunyi. Siap kena kunci lagi kalau tak esok nak azan Subuh semua mikrofon, speaker dah lesap T_T

Mungkinkah kalau kita tidak bendung dari sekarang, satu masa nanti, semua wanita Muslimah pakai seksi2, hanya berbaju sopan dalam event tertentu saja… semua amalan celup2, hanya nak perfect pada hari2 tertentu saja.. naudzubillah T_T Melihat pada diri hari ni pun ada ciri2 sedemikian. Susahnya nak istiqamah…

Namun, nisfu Syaaban ni molek dijadikan satu titik tolak untuk memulakan iltizam baru dalam diari hidup kita (selain excited nak tukar buku amalan baru). Tambah2 lagi 2 minggu menjelang Ramadhan, elok sangat dimulakan pre-Ramadhan dari awal, untuk kita memulakan latihan, untuk lebih sabar, lebih tenang, dsb.

Artikel menarik tentang nisfu Syaaban:

PERISTIWA NISFU SYAABAN http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UlulAlbab_NisfuSyaabanbakarsemangatpejuangIslam/Article
KEPENTINGAN ISTIQAMAH http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Muslimdituntutsentiasaistiqamahdalamberibadat/Article
MALAM NISFU SYAABAN http://albakriah.wordpress.com/2010/07/17/hidupkan-syaaban-dan-nisfu-syaaban-dengan-amalan-soleh/

{ 7 comments… read them below or add one }

Anip July 26, 2010 at 7:30 pm

thnx for sharing..mari kite tingkt kn ibadah pada allah
.-= Anip´s last blog ..Nothing Is Impossible!!! =-.

Reply

mama faiz July 26, 2010 at 8:08 pm

setuju2…‘Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit’….
.-= mama faiz´s last blog ..ada masalah kulitnak dapat kulit cantiktrial pack bukan sekadar tambah susu =-.

Reply

kakyong July 26, 2010 at 9:02 pm

kakyong suka dengn penjelasan ni…
yg penting amalan kecil yg berterusan..

Reply

Mama Murai July 26, 2010 at 11:05 pm

Bukan mungkin, tapi realitinya memang akan!. Lihat sajalah bagaimana fesyen anak2 muda kita, kerosakan akhlak atau pun gejala sosial yang bersepah di dada akhbar. Bukan tiada langkah utk mengatasinya, tapi suara kita terlalu kerdil utk didengari oleh golongan muda. Harap kedtgan Nisfu Syaaban boleh memberi kesedaran kepada semua. Sekurang-kurangnya seorang :)

Reply

c@rt00n July 27, 2010 at 11:18 am

artikel yg sgt menarikk..tp itulah hakikat, kita seolah-olah menjadi hamba bkn kpd Allah tp kpd ‘ganjaran Allah’ kpd hambanya…sbb itu ibadah bermusim terutama pd bulan Ramadhan…bile start je 1 Syawal…kite sume tlh lupe..seolah-olah Ramadhan tidak memberi kesan kpd kite…

Reply

Syida July 4, 2012 at 6:44 pm

Thanks for sharing…n3 yg menyentap tapi benar…
TQ,
duniabarumama.blogspot.com

Reply

HAmba Allah July 4, 2012 at 9:13 pm

Ya Allah aku sebok mengejar hari hari istimewa islam tapi aku tidak menutup aurat dengan sempurna. Ya Allah ampunilah dosa hamba Mu. Astagfirullahazim.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: